Khamis, 29 Februari 2024

URUSNIAGA MENINGKAT TINGGI HARI INI

Oleh. Helary Sukiono

Indonesia. Semua kadar harga perniagaan hari ini diseluruh negara telah meningkat tinggi bermula 1 March 2024 keluh penduduk seluruh negara.

Kebanyakan rakyat miskin rasa tertekan dengan kenaikan harga barangan seluruh negara hari ini namun tidak mungkin terasa bagi warga yang berpendapatan besar. 

Isu kenaikan kadar harga barangan bagi negara ini sungguh memberi tekanan terhadap rakyat berpendapatan rendah, namun tidak ada sebarang pilihan bagi orang miskin dirantau ini melainkan terpaksa berjimat cermat dalam kos perbelanjaan bulanan keluarga. 

Menurut warga miskin negara ini, jika tekanan hidup bagi kos kenaikan barangan tidak dapat dibendung pemerintah negara ini dalam jangka masa panjang, pastinya bakal menggalak lebih ramai penduduk miskin negara ini bakal berhijrah keluar negara demi mencari kewangan lebih bagi menampung kehidupan keluarga mereka.

Penduduk Indonesia yang tergolong orang miskin merayu kepada pemerintah agar mencari jalan bagi membantu rakyat miskin bagi pemberian bantuan kos sara hidup demi keluarga ramai mereka sepanjang masa.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

BATALKAN WARISAN BAK KUT TEH

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Hasrat mendaftar BAK KUT TEH pada permakanan Warisan Negara perlu dihentikan serta merta demi menjaga hati rakyat berbilang kaum dan agama 
agar sentiasa terpelihara aman makmur tanpa perselisihan pendapat.

Ini didedahkan oleh ahli ahli Bekas Perajurit Sabah seba-
gai mengulas isu BAK KUT TEH yang banyak mengelirukan rakyat Malaysia khususnya warga yang kurang bersekolah, disamp- 
ing mengelak dari golongan peniaga yang mengambil kesempatan terhadap rakyat tidak mengenalinya. 

Apapun jenama makanan yang sudah terkenal lama dalam Malaysia sebagai HARAM BAGI ORANG Islam tidak ada kewajaran dijadikan makanan Warisan melainkan disertakan notis TIDAK HALAL BAGI UMAT ISLAM, ahli ahli Bekas Perajurit Sarawak dan Sabah juga mendedahkan ada juga peniaga makanan bukan Islam serta tidak memiliki sijil halal namun cukup notis SERVE NO PORK ramai umat Islam terpedaya memasuki kedai terlibat ujar mereka. 

Untuk menang menang dan menjaga lebih 33 juta rakyat Malaysia isu BAK KUT TEH lebih baik dibatalkan dalam makanan Warisan Negara agar tidak menjadi pertikaian orang politik sepanjang masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

APAKAH PERNIAGAAN MEREKA DILORONG JALAN

"Setiap Hari Duduk Santai Dilorong Pejalan Kaki Tepi Bangunan Kedai Dan Lorong Ditengah Bangunan Kedai, Kumpulan Terlibat Adalah Golongan Wanita Tidak Diketahui Apa Urusniaga Yang Mereka Jalankan" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi  

Sabah.  Ramai orang bertanya sesama sendiri apakah urusniaga yang dilakukan kumpulan wanita yang berkumpul duduk setiap lorong pejalan kaki dan tepi tepi kedai bagi negeri ini. 

Kebanyakan  wanita yang dilaporkan berdudukan tepi bangunan Kedai, lorong lorong pejalan kaki  adalah berpakaian ketat senda seksi bagi menarik orang ramai mendekati mereka.

Menurut sumber orang ramai wanita wanita terlibat hanya mengeluarkan kertas kertas kecil kepada orang yang mengelilingi mereka, ini menimbulkan pertanyaan warga Sabah apakah urusniaga mereka sehingga sukar dikesan dengan pandangan mata kasar tanpa pengesanan terperinci.

Sehingga berita ini ditulis, isu wanita duduk berkumpulan disetiap lorong semakin bertambah namun belum ada orang mendedahkan kerjaya mereka lebih jelas.

Hanya ramalan warga Sabah mendakwa kertas kertas yang diberi kepada pelanggan terlibat mengerumuni mereka adalah nombor ekor gelap dan kertas judi Wahui yang cukup digemari penduduk Sabah tanpa sebarang lesen dan cukai urusniaga mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Rabu, 28 Februari 2024

ANDA JANGAN JADI MANGSA LANGGAR SENGAJA

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Penduduk tempatan mahupun pelancong asing wajar berhati hati dengan Geng Gesel dan Langgar golongan dilapor wanita asing tanpa diketahui apa motifnya.

Kejadian tersebut dilaporkan kerap berlaku sekitar Tamu Mingguan dan Pasar Malam amnya yang kerap dilakukan perempuan asing tanpa mengira usia jelas orang ramai yang ditemui.

Pelbagai ramalan mangsa yang menjadi mangsa langgar wanita asing berkenaan jika ditegur pasti ada sesuatu perkara yang tidak diduga mungkin berlaku, sebaliknya semua mangsa yang dilanggar wanita asing hanya melarikan diri tanpa memperbesarkan isu yang bagai disengajakan oleh golongan terlibat.

Menurut orang ramai yang ditemui, kes seumpama telah bertahun lamanya dilakukan sebilangan wanita asing sekitar bandar dan pekan yang dikunjungi ramai orang, namun belum ada seorangpun dari mangsa yang menyoal perlakuan wanita seumpama demi mengelak sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Hanya peringatan semua warga yang menjadi mangsa langgar lari wanita asing, supaya berjaga jaga sahaja setiap hari diseluruh tumpuan pengunjung yang membanjir bandar dan pekan, demi mengelak sesuatu kejadian yang tidak diingini  berlaku dalam perjalanan seharian.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

BENARKAH RAMAI ANDRATU MASA KINI?

"Semua Masaalah Pasti Ada Cara Penyelasaiannya Jika Berusaha Sedaya Upaya Setiap Yang Mendekatinya, Golongan Terlibat Juga Tidak Perlu Memencilkan Diri Jika Belum Memperolehi Jodoh Yang Didambakan" 

Oleh. Lenny Noor Anak Abdullah @ George 

Nusantara. Golongan wanita berusia lanjut dan masih bujangan tidak perlu memencilkan diri jika masih berhajat mencari pasangan hidup dimasa hadapan. 

Sememangnya ramai wanita berusia lanjut atau ada juga menggelarkan mereka ANDRATU perit meniti kehidupan bersendirian namun bukan halangan memencilkan diri, pelbagai langkah boleh diusahakan mengikut garis panduan yang tidak melanggari batas peradaban setiap kaum berbilang bangsa apa tak lagi bagi wanita Islam yang penuh tatasusila.

Dalam ruangan kali ini Media Terkini memaparkan betapa ramai wanita berusia antara 40 hingga 60 tahun  belum memperolehi jodoh, antara Indonesia Thailand, Singapore dan Malaysia, kebanyakan dari golongan terlibat malu bila ditemui malah ada yang enggan ditemubual walaupun untuk kebaikan mereka sendiri dalam jangkamasa panjang.

Dalam jelajah Media Terkini Harian Nusantara, ada wanita berkerjaya dalam usia 40 hingga 55 tahun namun langsung tidak memperolehi pasangan sebagai suami, adakah mereka yang terlibat ini memilih lelaki juga berpendapatan lebih tinggi dari mereka atau mahukan yang muda dari mereka tentunya sukar diramal punca tidak dapat jodoh.

Kita doakan semoga diruangan ini bakal ramai wanita berusia dan bujang menyertainya sebagai dikongsi tips mencari jodoh yang bersesuaian walau dimana juga berada.

PERTANYAAN DIRUANGAN INI SILA DAIL 01138554026 DAN 0194827829 MASA PEJABAT SAHAJA.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

KENALI BAHASA ASLI SABAH (1)

1.  Bueh Matah (Samah) Ertinya Air Mentah 

2.  Ruoh Nei  Erom  (Samah) Ertinya Mukanya Hitam 

3.  Saging Nya Mamis (Samah) Ertinya Pisang Tidak Manis 

4.  Luman  Betis Jo Ketei (Samah) Ertinya Jalan Kaki Sahaja Kita 

5.  Dembila  Suang (Samah) Ertinya Seberang Sungai

6.  Daras  Banah  Uran  Tu (Samah) Ertinya Kuat Sangat Hujan Tu 

7.  Bei Kelipat  Ku Badi Pooh Menjatah Belud (Samah) Ertinya Saya Lupa Parang Sana Atas Bukit 

8.  Pedih Banah Moto Ku (Samah) Ertinya Sakit Benar Mata Saya 

9.  Mamis Banah Ruoh Podondoon Tu (Samah)  Ertinya Cantik Manis Wajah Wanita Itu 

10. Nguceei Olos Aku Doow (Samah) Ertinya Saya Cuci Baju Dulu 




Ruangan bahasa ini disusun  oleh Koijul Hairol Setiap Keluaran. Sesiapa yang berhasrat menyertai ruangan bahasa asli Sabah sila dail 01138554026 Masa Pejabat Sahaja.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

  


 

Selasa, 27 Februari 2024

ISU AIR SABAH KERJASAMA PERLU ADA

"Orang Ramai Perlu Ada Kerjasama Dengan Jabatan Air Amnya Kerajaan Bagi Seiring Menjaga Kerosakan Atau Dicuri Orang Asing Dilokasi Setinggan Depan Mata" 

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Masaalah AIR PAIP  dalam negeri ini memerlukan kerjasama semua pihak, rakyat jelata warganegara, Jabatan Air Negeri serta Semu Kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah agar tidak berlaku penjualan gelap air atau Air Paip Disambung Curi orang asing dalam Sabah.

Ini didedahkan oleh warga Sabah yang menghubungi Media Terkini Harian sebagai mengulas masaalah air tidak mencukupi kepada warganegara asli pengguna sehingga hari ini walaupun pelbagai peruntukan kerajaan pusat dari dahulu sampai kehari ini. 

Menurut penduduk Sabah yang menghubungi Media Terkini Harian, isu Air Sabah Sukar ditangani selagi wujud kloni setinggan warga asing yang sentiasa mencari peluang mencuri air, malah ada juga individu penduduk tempatan sanggup menjual air kepada kloni setinggan demi mengaut keuntungan ujar mereka.

Sehubungan dengan ini, Jabatan Air Sabah perlu berkerjasama dengan keselamatan Tentera dan Polis bagi memantau pencurian air paip setiap masa, Jabatan Air juga boleh meminta bantuan Bekas Bekas Tentera dan Polis Sabah bagi memantau isu para pencuri air sesuai dengan pengalaman mereka melakukan risikan setiap masa.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

HAMAS DAN SEKUTU TIDAK TUNDUK TEKANAN

"Hamas Dan Seluruh Pejuang Sekutunya Dilaporkan Tidak Tunduk, Walau Pelbagai Tekanan Israel Serta Amerika Syarikat Yang Berusaha Menawan Gaza" 

Oleh. Huzera Ben 

Rafah. Tekanan pelbagai serangan Zionis Israel diseluruh  Gaza hanya mampu membunuh rakyat Plastine setiap hari.

Korban Zionis Israel meliputi kanak kanak dan golongan wanita tanpa ada perikemanusiaan terutama mereka yang berada dihalaman rumah mereka sendiri.

Bagi kumpulan Hamas dan Sekutunya mereka hanya menyerang terhadap tentera Zionis Israel sahaja tanpa melibatkan orang awam Israel, ini menjadi persoalan siapa pengganas membunuh orang awam Plastine kah atau membunuh segenap tentera Zionis Israel yang disuarakan orang Plastine.

Dunia perlu mengkaji siapa sebenarnya pengganas antara Israel dan Hamas bersama Sekutunya yang kian panas berperang sehingga hari ini, Tentera Israel membunuh siapa sahaja rakyat Plastine didepan mereka manakala  Hamas dan Sekutunya pula terus menyerang hanya Tentera Israel sahaja yang diburu mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

GEMPAR JALAN LAJU PEGANG TONGKAT?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu. Penduduk yang melancong dibandar ini perlu berhati hati orang pegang tongkat tapi laju berjalan entah apa muslihatnya berbuat sedemikian.

Malah orang terlibat memakai cermin mata gelap dan memakai tongkat orang buta namun gerak langkah nya laju bagai orang normal dan tidakpun mengguna pandu arah dari tongkatnya jelas penduduk Kota Kinabalu hari ini.

Menurut warga Kota Kinabalu lagi, banyak ragam dibandar tersebut mampu dilihat setiap hari termasuklah peminta sedekah, penjual rokok seludup dilorong lorong bangunan kedai serta penjual wahui dan nombor gelap tersembunyi jelas mereka.

Sejajar dengan paparan ini golongan pelancong harus hati hati agar tidak terpedaya dengan orang yang menjadi orang tengah berhubung pelbagai kegiatan yang tidak baik dibandar tersebut.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

SIDANG PENGARANG MEDIA TERKINI HARIAN

Penulis Tamu. Helary Sukiono (Indonesia) Basron Kirwan, Gifkir Aming, Koijul Hairol, Tedung Selar Dan Aki Kinabalu

Wartawan. Huzera Ben (Luar Negara), Jusupi Anak Kurdi, Norsham Haji Tukirin, Williem Anak Lagau

Pegawai Pengiklanan. Lenny Noor Anak Abdullah @ George 

Penolong Pengarang. Joupis Anak Lagau

Pengarah Urusan Pengiklanan Dan Ketua Pengarang.  Encek Arman Karim @ Doriso

Pengarah Penyiaran Bersama. Dato' Azhar Haji Omar

Diurusniagakan Oleh. Media Terkini Press @ Azom Productions House Kuala Lumpur. Tel 01138554026 Dan 0194827829 Masa Pejabat Sahaja





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran, dan pengiklanan  Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Isnin, 26 Februari 2024

DADAH SAMPAI BILA BERSIH DIASIAN?

Oleh. Helary Sukiono 

Myanmar. Tindakan pantas pihak berkuasa dinegara ini menahan dadah (gambar) yang cuba diseludup keperairaan Malaysia telah menyelamatkan seluruh warga dari terjerumus dalam najis dadah musuh setiap negara Asian. 

Anehnya sampai bila kah Dadah pemimpin kerajaan sedunia boleh hapuskan agar tidak ada lagi yang mampu mengancam kehidupan generasi muda mudi masa kini, jika dadah (gambar) ini terlepas ke Malaysia adakah tidak akan wujud agent membawa sebilangan kecil dadah tersebut menyusup masuk kedalam negara ini. 

Sabah hari semakin bertambah banyak dadah yang diedarkan seluruh dunia namun pemansuhan pengedar besar besaran sukar dilaksanakan walaupun ada negara yang berteknologi canggih dadah tetap berleluasa.

Bagi negara negara membangun, isu  pengedaran yang lebih kecil juga terus menakutkan generasi muda mudi mereka berikutan sistem pemantauan masih jauh ketinggalan berbanding negara negara maju, tidak hairan lah ada pembuat  dadah besar besaran diluar negara berusaha sedaya upaya mencari laluan alternatif bagi memasarkan najis dadah  demi mereka mengaut keuntungan masing masing.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur.  Pengarang

 

PENDUDUK ISRAEL MARAH KEPIMPINAN ISRAEL

"Warga Israel Terus Berarak Tunjuk Perasaan Di Bandar Tel Aviv Menggesa Perang Israel Penduduk Plastine Dihentikan Serta Merta" 
Oleh. Huzera Ben

Lubnan. Dunia kini dikejutkan terhadap penunjuk perasaan bukan sahaja umat Islam sedunia malah ramai juga, warga bu-

kan beragama Islam berarak membantah serangan Israel terhadap rakyat Plastine yang tidak berdosa. 

Terbaru penduduk bandar Tel Aviv Israel berhimpun mendesak Tentera Israel meninggalkan Gaza dan Rafah demi melindungi warga Plastine dibumi mereka, malah desakan penduduk Israel berpunca dari melihat kematian dan kemusnahan dibumi Gaza dan Rafah  sejak Oktober 29l023 sehingga lah kehari ini.

Tentera Zionis Israel bukan sahaja memusnahkan bangunan kedai atau kediaman rakyat Plastine malah membunuh orang Plastine yang tidak berdosa, ini membimbangkan seluruh umat Islam dunia namun apakan daya mereka permaufakatan masih tidak sebulu bagi menentang kezaliman Zionis Israel.

Dalam perkembangan terbaru Perdana Menteri Plastine Mohammad Shtayyeh meletak jawatan dipercayai mendapat tekanan dari luar Plastine berhubung isu serangan Israel di Gaza dan Rafah.


Dengan perletakan jawatan tersebut rakyat Plastine bimbang siapakah bakal pengganti beliau bagi memerintah Plastine dan mendepani Zionis Israel masa kini.

Malah apakah kesudahan bumi Plastine dalam serangan serangan Israel yang tidak henti henti bagai tak ubah mereka mahu memusnahkan penduduk Plastine di Gaza dan Rafah demi hasrat Israel mahu menduduki kawasan tersebut.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

BERSIKAP JUJUR AMANAH DAN PEMURAH AMALAN HIDUP

"Bentuk Lah Amal Mulia, Amanah, Jujur Dan Pemurah Dengan Sahabat Handai Walau Dimana Juga Berada, Ianya Sangat Penting Jika Mahu Memperkasa Keimanan Dan Amalan Dalam Meniti Kehidupan Dimuka Bumi Ini" 

Oleh. Helary Sukiono

Jakarta. Ramai warga berusaha melaksanakan amalan agama dalam kehidupan harian mereka, namun ada yang tidak sedar mahupun sengaja cuba memperdaya orang lain demi kepentingan peribadi.

Antara isu yang diterima kru Media 
Terkini Indonesia dari individu yang mahu berurusan dengan syarikat pengiklanan  serantau, namun bila diberi pelbagai penerangan dan pandangan golongan terlibat terus menyepi dan tidak menjawab segala penerangan yang telah dikemukakan. 

Sejak beberapa minggu lepas banyak cabaran yang berlaku melibatkan luar negara bagai berpuak puak dengan seagama sendiri demi mementingkan diri sendiri, namun golongan terlibat  bagai terlupa bahawa membelakangkan kaum seagama sendiri merupakan satu perbuatan yang tidak baik dan bukan satu amalan yang mulia apa tak lagi orang dikenali.

Sebagai golongan beragama pamerkan kemuliaan diri terhadap rakan rakan sejagat yang dikenali dan laksanakan urusniaga yang telah ditempah tanpa menyakitkan hati golongan peniaga, semua gedung perniagaan dirantau Nusantara dan sekitar berhampiran perlu keiklasan dari warga yang berurusan setiap masa dan jangan sesekali bercakap tidak serupa bikin pesan warga Nusantara yang ditemui. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


SIDANG PENGARANG MEDIA TERKINI HARIAN MALAYSIA

Penulis Tamu. Helary Sukiono Indonesia, Gifkir Aming, Koijul Hairol, Basron Kirwan, Tedung Selar, Aki Kinabalu 

Wartawan. Huzera Ben Luar Negara, Jusupi Anak Kurdi, Williem Anak Lagau, Norsham Haji Tukirin

Pegawai Pengiklanan. Lenny Noor Anak Abdullah @ George

Penolong Pengarang. Joupis Anak Lagau

Pengarah Urusan Pengiklanan Dan Ketua Pengarang. Encek. Arman Karim @ Doriso

Pengarah Penyiaran Bersama. Dato' Azhar Haji Omar 

Diurusniagakan oleh Azom Productions House Dan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Tel. 01138554026 Dan 0194827829 Masa Pejabat  Sahaja. 




Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Ahad, 25 Februari 2024

PRN SABAH SIAPAKAH RAKYAT PILIH?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Menjelang PRN akan datang rakyat negeri ini masih dalam teka teki siapakah pilihan mereka bagi menerajui kerajaan negeri Sabah yang berwibawa tegas dan berani mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup warga miskin. 

Masa Kini Sabah diterajui oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah dengan campuran PAS dan SAPP Adun dilantik dua dua didalam Gabungan Perikatan Nasional (PN), namun apakah PAS dan SAPP akan menyokong GRS atau Perikatan Nasional selepas DUN Sabah dibubarkan atau akan bersama PN bertanding di DUN Sabah.

Bagi BN dan PH berserta KDM dan WARISAN apakah wujud persefahaman mereka bagi membahagi kerusi 73 DUN demi langkah meraih sokongan pengundi Sabah, perpecahan mereka dalam mendepani GRS bakal memberi kemenangan Gabungan Parti lawan apa tak lagi bertembung sesama sendiri kelak.

Gerak kerja perlu dilakukan bagi memberi kefahaman seluruh rakyat jelata sebelum Bubar DUN Sabah jika parti parti yang bertanding mahu menang dalam PRN Sabah akan datang. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

HATI HATI MUSLIHAT INDIVIDU SUANG PARAI

Oleh. Williem Anak Lagau

"SAYA JUAL TANAH DAN KERETA"

Kota Kinabalu. Penduduk negeri ini diminta berwaspada dengan individu yang mengaku jual Tanah dan Kereta tengah mencari pengiklanan akbar yang bersiaran luas, sebaliknya bila diperkenalkan dan dibincangkan harga individu SUANG PARAI SEPANGGAR (orang tempatan) menyepi diri tanpa menjawab semua penerangan yang diminta.

Individu terlibat mengaku kenal lama kru Media Terkini namun bagai tidak menjawab segala penjelasan yang diberi entah apa motif pihak terlibat menemui kru akbar ini jika sekadar mencurah lakonan dirinya.

Menurut sumber yang mengenali individu terlibat, Ianya dilaporkan banyak cerita kosong setiap kali berjalan berjumpa dengan orang ramai apa tak lagi pihak yang dikenalinya, sebaliknya individu terlibat akan meminggirkan diri jika berjumpa dengan orang asing tanpa mencurahkan cerita kosong atau tipu muslihat dengan mereka. 

Kejadian tersebut kerap berlaku namun yang terbaru dengan kru Media Terkini adalah antara yang terbaru sekali bagaikan individu terlibat sengaja melakukan pembohongan, dengan pendedahan ini penduduk Sabah perlu berwaspada dengan individu terlibat agar tidak menjadi mangsa seterusnya Jual Tanah dan Jual Kereta sebagai kata kata manis yang tidak perlu dilayan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

BUS MINI SESUKA HATI MEMBUAT TERMINAL

"Semua Bus Mini Kota Kinabalu Telipok Ria Dilaporkan Sesuka Hati Membuat Terminal Bagi Menunggu Penumpang Setiap Hari" 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kemelut pemandu Bus Mini Kota Kinabalu ke Telipok Ria Dilaporkan sesuka hati membuat Terminal Bus Mini sendiri bagi Menunggu Penumpang sesuka hati setiap hari.

Ini didedahkan orang asal Sabah kepada Media Terkini Malaysia sebagai peringatan dan pemantauan pihak kerajaan Sabah agar perbuatan tersebut dihentikan sepenuhnya sepanjang masa.

Bus Bus Mini berkenaan sesuka hati menyusun bus mereka didepan kedai perniagaan sehingga sesak menghalang pelanggan memasuki kedai berkenaan tanpa ada tempat parking berhampiran kedai terlibat.

Media Terkini dimaklumkan kejadian tersebut berlaku sejak beberapa tahun yang lalu tanpa  disedari sebilangan penumpang Bus Mini Kota Kinabalu Sepanjang jalan sebelum sampai Telipok pasti menaiki sahaja bus mini tidak bertanggongjawab berkenaan ujar orang asal Sabah.

Majoriti pemandu Bus Mini terlibat yang membuat TERMINAL BUS sesuka hati adalah penyewa PERMIT dan Lesen Bus Mini, jika ada operasi bersepadu ditengah jalan raya pasti pemandu Bus Mini terlibat hilang bersembunyi sehingga operasi bersepadu selesai.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 


 

RUANGAN SIARAN MENJELANG RAMADHAN

Akbar Media Terkini Harian Menyediakan SLOT SIARAN RAMADHAN 2024.

Ruangan ini terbuka kepada semua Umat Islam didalam dan luar Negara, malah orang orang bukan Islam yang mahu menyampaikan ucapan khas kepada umat Islam sahabat mereka boleh menyertainya.

Semua gambar yang disiarkan mestilah sopan menutup aurat bagi umat Islam demi memelihara kesopanan didalam penyiaran.

Semua penyertaan boleh dikemukakan bermula 27 February 2024, KEPADA PENGELOLA RANCANGAN SLOT SIARAN RAMADHAN 2024, (NORSHAM HAJI TUKIRIN) DITALIAN 01138554026 DAN 0194827829 MASA PEJABAT SAHAJA.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Sabtu, 24 Februari 2024

BENARKAH ORANG SABAH TIDAK KENAL JALAN?

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Ramai penduduk negeri ini mengaku tidak tahu arah berjalan laluan jalan raya walaupun sudah bergelar remaja. 

Ini didedahkan seorang gadis yang mahu ke Kota Kinabalu dari Terminal Bus Inanam namun tidak tahu dimana arah jalan menuju Kota Kinabalu, tergamam juga penduduk Sabah langsung tidak tahu jalan ke Kota Kinabalu dengan hanya jalan dua hala Ke Tuaran dan Ke Kota Kinabalu.

Kru Media Terkini yang berada ditempat gadis terlibat bertanya hairan dan bertanya gadis berkenaan asal dari Mana, gadis tersebut berasal dari pantai timur Sabah sahaja namun tidak tahu mengenal halatuju jalan raya yang dilalui ke Kota Kinabalu. 

Mujurlah warga Inanam baik baik bagi petunjuk laluan ke Kota Kinabalu bagi memudakan perjalanan setiap orang yang tidak tahu jalan nya ketempat yang dituju.

Semua warga perlu mengenali setiap lorong jalan raya yang dituju bagi mengelak berlaku sesat ditengah jalan, malah adalah lebih baik berusaha mendapatkan peta laluan perjalanan diseluruh Sabah dari masa kesemasa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelukusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

PENDUDUK SABAH DITAHAN DIMELAKA

Oleh. Basron Kirwan

Melaka. Pemegang Kad Pengenalan dilapor berasal dari Sabah ditahan JPN Melaka berikutan dipercayai Kad Pengenalan Palsu dan soal siasat didapati pemegang Kad Pengenalan terbabit warga Fhilipina.

Anehnya pemegang Kad Pengenalan terlibat memegang Kad Tersebut selama 39 tahun dimana kini dilapor berusia 53 tahun boleh bebas berhijrah ke Melaka, mungkin kah masih ramai yang belum dikesan didalam pemegang Kad Pengenalan Palsu ini diseluruh Sabah dan Malaysia amnya apa tak lagi golongan dari luar negara.

Pihak berkuasa negeri Melaka disanjung tinggi berikutan kecekapan mereka mengesan pemegang Kad Pengenalan Palsu tersebut, jika tidak semua keistimewaan warganegara Malaysia mampu dikecapi golongan PATI yang memalsukan dokumen rakyat Malaysia dari Sabah.

Sehubungan dengan tertangkapnya rakyat Sabah pemegang Kad Pengenalan Palsu PATI dari Fhilipina semua warga perlu berwaspada dengan golongan terlibat, bayangkan 39 tahun menyamar sebagai warganegara Malaysia di Sabah memperolehi semua kemudahan sebagai rakyat Malaysia cukup beruntung walaupun PATI.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

PENDUDUK DUNIA GERUN PADA ISRAEL DAN PEJUANG

"Sampai Bila Pembunuhan Orang Awam Di Gaza  Dan Rafah Sehingga Zionis Tidak Lagi Memilih, Kanak Kanak, Wanita Dan Lelaki Terus Juga Di
Serang Malah Ada Yang Dibunuh Walaupun Bukan Ahli Kumpulan Pejuang" 

Oleh. Huzera Ben 

Gaza. Semangat juang Hamas, AlQassam dan Hizbollah dalam kekurangan  sekalipun mampu juga menghancurkan kereta kebal Zionis Israel yang menyerang bumi Gaza dan Rafah. 

Tidak seperti Zionis Israel yang mendakwa menemui Terowong Persenjataan Pejuang Hamas dan Sekutunya namun dilaporkan para pejuang semua tipu muslihat Zionis Israel.

Pejuang Hamas dan Sekutunya AlQassam serta Hizbollah beberapa kali memusnahkan kereta kebal perang Zionis Israel berserta tentera Israel juga turut banyak Terbunuh, namun zionis Israel sebaliknya bergambar dipercayai dalam terowong mereka sendiri yang mendakwa memasuki terowong Hamas dan sekutunya ujar Hamas dan sekutunya.

Menurut penduduk Gaza, Zionis Israel lebih kepada membunuh rakyat awam Plastine di Gaza dan Rafah berbanding kepada Pejuang Hamas Dan Sekutunya membunuh Tentera Zionis Israel sahaja tegas mereka.

Apapun  dunia harus membuka mata bagi memberhentikan serangan Tentera Zionis Israel terhadap penduduk Plastine di Gaza dan Rafah, Ianya sangat penting demi keselamatan para penduduk Plastine yang tidak berdosa terutama kanak kanak sehingga umat Islam sembahyang pun dikatakan ancaman Israel lapor warga Rafah.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

PERIKATAN NASIONAL BOLEH RAIH SOKONGAN

Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Pemimpin Perikatan Nasional Sabah boleh meraih sokongan rakyat tempatan jika gerak kerja dipertingkatkan sehingga keperingkat rakyat jelata.

Malah ramai rakyat jelata yang menanti pemimpin parti politik menemui mereka sebagai meluahkan isu isu yang rakyat jelata tempuhi,  sebaliknya jika PN hanya menunggu pilihan raya baharu bergerak menemui rakyat jelata Sabah mungkin sukar diramal halatuju sokongan mereka.

Ini disuarakan beberapa aktivis politik Sabahan yang menemui Media Terkini dekat sini beberapa hari yang lepas, malah warga pengundi Sabah masing masing memiliki pandangan masing masing siapa calon yang boleh bersama rakyat tegas mereka.

Perikatan Nasional  yang dianggotai PAS, GERAKAN dan BERSATU masih lagi memiliki Adun Lantikan dalam kerajaan GRS negeri Sabah masa kini mewakili PARTI PAS yang mungkin kurang disedari warga tempatan Sabah.

Dalam tinjauan Kru Media Terkini Sabah, ada pemimpin parti politik yang gemar bercakap perjuangan untuk Sabah namun tidak ada usaha pun kearah pembelaan rakyat sebenar apa tak lagi meninjau kepayahan hidup rakyat jelata.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Malaysia. Pengarang
 

Jumaat, 23 Februari 2024

SIDANG REDIAKSI MEDIA TERKINI HARIAN

Penulis Tamu. Tedung Selar, Aki Kinabalu, Helary Sukiono Indonesia, Gifkir Aming, Koijul Hairol, Basron Kirwan

Wartawan. Huzera Ben Luar Negara, Norsham Haji Tukirin, Jusupi Anak Kurdi Dan Williem Anak Lagau

Pegawai Pengiklanan. Lenny Noor Anak Abdullah 

Penolong Pengarang. Joupis Anak Lagau

Pengarah Urusan Pengiklanan Dan Ketua Pengarang. Encek Arman Karim @ Doriso

Pengarah Penyiaran Bersama. Dato Azhar Haji  Omar

Diurusniagakan Oleh. Media Terkini Press Dan Azom Productions House Kuala Lumpur. Tel 01138554026 Dan 0194827829 Masa Pejabat Sahaja



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

TENTERA ISRAEL AKUI RAMAI TELAH GUGUR

"Sejak Perang Hamas Israel Meletus, Banyak Penduduk Dunia Tidak Mengetahui, Betapa Ramai Tentera Israel Telah Terbunuh, Sehingga Ada Dikalangan Mereka Enggan Memasuki Perang Dibumi Gaza Plastine" 

Oleh. Huzera Ben

Rafah. Sebilangan tentera Israel gerun berperang dengan Pejuang Hamas, AlQassam dan Hizbollah dimana menurut mereka sukar ditentang walaupun serba kekurangan dalam kelengkapan perang.

Berdasarkan pendedahan anggota Tentera Israel yang menghadapi kesukaran berperang dengan Hamas dan kumpulan pejuang sekutunya, tidak hairan lah jika tentera Zionis Israel lebih banyak menyasarkan pembunuhan terhadap rakyat awam Plastine di Gaza dan Rafah sehingga hari ini.

Serangan semua pejuang Hamas, AlQassam dan Hizbollah menepati sasaran terhadap tentera Zionis Israel walau tidak setanding kelengkapan dengan Israel, manakala sebilangan besar sasaran zionis Israel kepada KUBU PERSEMBUNYIAN Pejuang lebih banyak tersasar kepada orang awam Plastine akui tentera Israel.

Puluhan ribu rakyat Plastine sudah terkorban sepanjang pertempuran pasukan tersebut namun pemerintah seluruh dunia masih gagal memujuk Israel menghentikan peperangan terhadap Rakyat Plastine.

Hanya negara negara memiliki kuasa veto sahaja mampu mengambil tindakan terhadap pemberhentian serangan Israel kepada rakyat Plastine.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

ROKOK SELUDUP SABAH SUKAR DIHAPUS

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Penjualan rokok seludup dalam negeri ini sukar dibasmikan akibat tempahan dikalangan orang orang tempatan serta melibatkan segelintir kakitangan kerajaan negeri mahupun persekutuan sekitar negeri ini lapor aktivis warga Sabah. 

Penjualan rokok seludup bagai menjual pisang keropok atau kacang goreng digerai tepi kedai setiap hari tanpa segan dilihat orang ramai mereka membeli rokok seludup, ada warga lantang berpolitik membidas warga asing berniaga didalam negeri ini namun golongan terlibat juga punca penggalak rokok seludup melambak diseluruh negeri ini.

Menurut aktivis masyarakat Sabah, tanya sebilangan ahli parti politik di 73 kerusi DUN Sabah dimana yang bersih tidak ada penjual dan pembeli ROKOK SELUDUP, golongan ahli parti politik dan kakitangan kerajaan yang bersekongkol membeli rokok seludup perlu jujur dan berani mengakui perbuatan membeli rokok seludup.

Jangan berpolitik membidas orang asing menjual rokok seludup atau merebut pelbagai ruang kerja atau urusniaga dalam Sabah jika masih bersikap  bersekongkokol dalam pembelian rokok seludup disetiap kawasan 73 kerusi DUN Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Khamis, 22 Februari 2024

SIAPAKAH MEREKA PENJUAL IKAN BASAH ?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Kota Kinabalu. Seluruh penjual ikan basah perlu disedari warga daerah Kota Kinabalu dan sekitar, agar meneliti Ikan Basah yang dibeli agar tidak dicelup dengan rendaman pewarna seperti yang ditahan pihak berkuasa sekitar KK dan IMANAM baru baru ini.

Perbuatan penjual IKAN seumpama dilaporkan bukan budaya orang asli Sabahan dengan mencelup pewarna pada ikan basah yang mereka jual sebagai makanan penduduk Kota Kinabalu dan Inanam.  

Penjual ikan yang mencelup pelbagai pewarna bagi mengekal kecantikan ikan basah mereka akhirnya tumpas oleh pihak berkuasa tempatan, namun penduduk berbilang bangsa perlu bersatu bagi mengawal perbuatan seumpama agar ianya tidak berulang dalam jangkamasa panjang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

WARGA MISKIN MINTA BERAS TEMPATAN DIKEKALKAN

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kuala Lumpur. WARGA MISKIN seluruh Malaysia, Sarawak dan Sabah meminta Kerajaan Madani mengekalkan BERAS TEMPATAN MURAH RM28.00 kebawah demi meringankan bebanan kemiskinan orang bandar dan kampung amnya.

Kadar harga Beras Madani Malaysia yang ditetapkan RM30.00 baru baru ini dijangka boleh mencecah RM34.00 hingga RM38.00 jika sampai keluar bandar bagi Sabah dan Sarawak Amnya ujar orang miskin yang ditemui.

Sebagai kerajaan Madani isu kehidupan rakyat miskin seluruh negara perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding mengubah dan menaik kadar harga tanpa memandang warga terlalu susah jelas penduduk yang dihubungi.

Dengan cadangan ini rakyat mengharapkan kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia mengekalkan Penjualan Beras Tempatan untuk warga miskin manakala Beras Import untuk orang orang yang hidup senang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

ORANG ASING BOLEH JADI GURU DISABAH?

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Selama dua puluh sembilan tahun orang asing yang memohon status penduduk tetap menjadi guru sekolah di Sabah dengan gaji lumayan tanpa dikesan rakan rakan seperjuangan pada sebelumnya menimbul pelbagai persoalan warga Tenom.

Sebaik diperiksa berkuasa baru baru ini JPN Sabah sahkan Kad Pengenalan tersebut bukan warganegara Malaysia lantas guru terlibat diberkas dikawasan Tenom Sabah.

Guru tersebut Ridaf  Abdul Kadir 53 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Keningau bermula 29 Januari 2024 lalu. 

Berdasarkan pada usia beliau masa kini dan jumlah perkhidmatan sebagai guru sekolah selama 29 tahun Ridaf Abdul Kadir menyamar warganegara Malaysia sejak berusia 24 tahun lagi ujar penduduk Tenom yang dihubungi.

Kes serupa perlu dibongkar habis habisan pihak berkuasa negeri Sabah walau dimanapun keberadaan warga asing yang menyamar sebagai rakyat Malaysia tanpa henti.

Diharapkan seluruh orang asing yang menyamar sebagai warganegara di Sabah menyerah diri sahaja bagi mengelak mereka ditahan seperti Ridaf Abdul Kadir dari masa kesemasa.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

MENGAPA TIADA KERJASAMA DITEMPAT AWAM?

"Mengapa Rakyat Sabah Sukar Berkerjasama Mengelak Merokok Ditempat Awam Khususnya Perhentian Bus  Seperti Saranan Pihak Kerajaan Menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia Betapa Merokok Merbahayakan Kesihatan" 

Oleh. Koijul Hairol 
Sabah. Isu merokok ditempat awam terus menjadi cerita panas bagi orang Sabahan yang tidak merokok, sudah berulangkali diumumkan tidak boleh merokok ditempat awam namun55 golongan perokok terus juga berdegil. 

Kebanyakan  perokok dilaporkan kerap bersekongkol dengan orang asing sehingga mereka terbawa bawa merokok beramai ramai dikawasan tempat awam setiap hari, antara perokok ramai ialah Kedai Kopi amnya Bus Stop disepanjang  jalan raya termasuk sebilangan pemandu Bus Mini.

Majoriti perokok ditempat awam melenting bila ditegur oleh golongan anti asap rokok walaupun mereka bersalah namun tidak sesekali mereka bersalah merokok disekeliling orang awam tidak merokok.

Diharap pihak berkuasa kerajaan Sabah khususnya Jabatan Kesihatan Negeri mampu melakukan sesuatu tindakan bagi menghentikan perokok ditempat orang awam setiap masa. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang









SIAPA MEREKA DI DUN INANAM?

"Siapakah Mereka Ini Berkeliaran Sekitar Dewan Undangan Negeri  Inanam Lelaki Atau Wanita Montok Menawan Hati Muda Remaja" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah.  Sesiapa yang bertandang dikawasan Dewan Undangan Negeri Inanam pasti terpegun melihat golongan berpakaian seumpama wanita seksi berlegar disekitar tempat terlibat setiap petang penuh menggoda. 

Ramai warga ditemui sekitar kawasan tersebut mendakwa golongan terlibat adalah Maknyah (pondan) yang tidak diketahui dari mana asal mereka apa tak lagi suku bangsa ujar warga setempat.

Isu pakaian seksi yang melibatkan segelintir wanita juga dilaporkan muncul lebih kerap sejak beberapa minggu yang lepas lapor penduduk setempat,  namun golongan terlibat wanita seksi serta maknyah pantas umpama kilat jika terserampak pihak beruniform yang menjalankan operasi bersepadu dikawasan laluan mereka.

Adakalanya kumpulan terlibat berjalan beramai ramai umpama pertandingan ratu cantik saling berpakaian penuh seksi dan mengghairahkan namun sayang mereka adalah lelaki ditakuti wanita dan lelaki amnya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

Rabu, 21 Februari 2024

BENARKAH SEPANJANG TAHUN ADA?

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Sabah. Benarkah Madu Tualang  sepanjang tahun ada diseluruh Borneo berikutan Pemerdagangan nya tidak pernah terputus secara bergerak di Sarawak dan Sabah lapor penduduk tempatan.

Ramai warga mendakwa MADU TUALANG hanya 2 ke 3 kali sahaja ada sepanjang tahun namun setiap hari sepanjang tahun ada sahaja bergerak menjual MADU TUALANG diseluruh Borneo, amat menjadi persoalan mengapa MADU TUALANG tidak pernah habis dijual golongan tertentu sepanjang tahun sedangkan POKOK TUALANG  pandai kosong sarang nya sepanjang tahun.

Tidak hairan lah Madu Tualang bagi pakar menanti musim nya hanya akan membeli bila sampai pada tarikh sebenar Madu Tualang bersarang lama disetiap Pokok Tualang, Madu Tualang yang dijual tanpa henti sepanjang tahun dilaporkan bukan madu yang asli malah ramai yang mendakwa ianya Madu Tiruan ujar warga asli yang ditemui. 

Siapapun pembeli Madu Tualang berhak meneliti kesahihan dan keaslian Madu Tualang yang mereka beli  agar tidak terbeli dengan Madu Tualang Tiruan diseluruh Borneo.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

MENGAPA ORANG SABAH TERUS BAGI MEREKA DUIT?

"Mengapakah Masih Ramai Orang Sabah Terus Menghulur Mereka Wang Sedangkan Sihat Tubuh Badan, Malah Tidak Diketahui Siapakah Sebenar Mereka Dalam Kumpulan Ramai Berlegar Legar Dipelusuk Sabah" 

Oleh. Williem Anak Lagau

Borneo. Orang Sabah sudah tiba masanya mengkaji siapa sebenar mereka yang bergerak dalam kumpulan ramai dengan pecahan tempat meminta sedekah bersama membawa anak anak kecil, peliknya anak anak dibawa bertukar tukar ibu pembawa mereka sehingga merimaskan orang ramai terutama disetiap kedai kopi dan kedai makan dalam negeri Sabah sejak sekian lama.

Kumpulan terlibat juga dilapor menyuruh anak anak membawa jualan keropok didalam bakul bergerak sendirian duduk berpindah randah dilorong kedai sekitar orang tua yang bergerak juga meminta sedekah, kumpulan terlibat juga dilaporkan tidak pandai bercakap Melayu melainkan hanya tahu "Minta Untuk Makan" pada setiap orang yang dihampiri walau didalam kedai makan minum jelas orang ramai. 

Menurut warga Sabah, jika wanita dan anak kecil ini dihalau dari meminta sedekah paksa bukan dikalangan petugas kerajaan pasti ada lelaki penjaga mereka datang campur tangan, tidak hairan lah peminta sedekah ini bagai tidak berhenti memandangkan dilaporkan golongan terlibat ada yang memerhati dari jauh apa tak lagi kanak kanak kecil yang berjualan ujar orang asli Sabah.

Dalam pertanyaan kru Media Terkini Malaysia, orang minta sedekah ini dilaporkan mirip bahasa dari negara jiran berhampiran Sabah namun tidak diketahui tempat tinggal mereka, ada juga penjual dikedai makan dilaporkan memberi mereka makanan lengkap bersama air masak dalam botol berikutan mereka tidak berganjak sebelum diberi makanan secukupnya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 
 

RAMAI TIDAK KENAL TONGKAT ALI HERBA

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Borneo. Melawat Sabah memeranjatkan masih ramai tidak kenal Tongkat Ali Hidup sebagai herba setiap hari umpama warga yang baru tinggal didalam negeri ini. 

Tongkat Ali ada dua jenis dengan jauh perbezaan pada

daun nya  sehingga sukar mencari jika tidak mengenalinya, tidak hairan lah jika ramai orang Sabah yang ditemui mengaku tidak mengenali jenis sebenar Pokok Tongkat Ali sehingga hari ini. 

Menurut pakar pakar herba tumbuhan didalam hutan, siapapun yang mahu mencari Tongkat Ali perlu mendapat nasihat dahulu dari pakar yang mengenali bagi mengelak terjumpa pokok beracun didalam hutan, Ianya penting bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku kesilapan dalam pencarian herba Tongkat Ali demi nyawa seluruh keluarga. 

Apapun berhati hati bagi memilih sebarang pokok herba didalam hutan bagi mengelak seisi keluarga boleh menempah keracunan jika tersilap memilih herba yang asli boleh dijadikan perubatan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang