Ahad, 31 Mac 2024

NASI MURAH BELUM ADA SAHUT CABARAN

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Penduduk seluruh negara berpendapatan rendah ternanti nanti dengan penurunan nasi putih kosong RM0.40 sen seperti yang dicadangkan beberapa minggu lalu.

Beras harga RM38.00 bagi 10 kilogram sesuai dijual nasi kosong semangkuk RM0.40 sen manakala mungkin beras tempatan berharga RM26.00 bi 10 kilogram boleh dijual RM0.20 sen nasi kosong semangkuk. 

Pelbagai etnik menjual Nasi Putih Kosong masih kekal dengan harga RM2.00 hingga RM3.00 Semangkuk tanpa orang ramai kenali, ini menyebabkan ramai orang tertanya tanya mengapa cadangan seumpama tidak diperaktik oleh kerajaan disetiap negari melalui pihak berkuasa tempatan.

Tidak ada sebarang kerugian dikalangan peniaga jika mengguna kadar harga RM0.40 sen nasi kosong semangkuk jika dijumlah 10 kilogram itu berapa jumlah mangkuk yang terjual, demikian juga pada 10 kilogram beras tempatan berharga RM26.00 hingga RM30.00 berapa banyak jumlah mangkuk jika ianya dijual pada RM0.20 sen semangkuk ujar orang ramai.

Sama sama kita manafaatkan segala cadangan ini demi membantu orang rakyat Malaysia berpendapatan rendah apa tak lagi golongan warga miskin yang sukar mencari nafkah kehidupan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

NOTIS PENTING

Akbar Penyiaran Media Terkini Harian Memberi Notis Kepada Golongan Warga Politik Yang Kerap Menghubungi Akbar Ini Tanpa Keperluan Munasabah, Supaya Menghentikan Perbuatan Mereka Bagi Mengelak Gangguan Terhadap Kakitangan Kami Setiap Masa Didalam Dan Luar Negara Sejak Kebelakangan Ini.

Intuk Rekod Kru Akbar Kami Di Borneo Kerap Sekali Mendapat Panggilan Dengan Pelbagai Tawaran Janji Pengiklanan Nya Namun Jauh Sekali Mahu Membuat Pembayaran Nya.

Sehubungan Dengan Pendedahan  Ini Diharap Warga Borneo Yang Suka Melakukan Panggilan Penawaran Pengiklanan Penyiaran Agar Berhenti Melakukan Nya Serta Merta. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

IKN SAMBUT MERDEKA OGOS

"Warga Indonesia Menjangkakan Bakal Menyambut Hari Kemerdekaan Di Ibu Kota Nusantara Pada 17 Ogos 2024 Ini" 

Oleh. Helary Sukiono 

Kalimantan Timur. Warga Indonesia bakal menyambut ulang tahun hari kemerdekaan ke 79 pada 17 Ogos 2024 di Ibu Kota Nusantara Baru dekat sini, ianya bakal dilancarkan oleh Bapak Joko Widodo sebelum melepas jawatan nya pada Oktober 2024 yang bakal digantikan oleh Bapak Probowo Subianto.

Semua prasarana di Ibu Kota Nusantara sedang giat dipersiapkan bagi proses pemindahan Ibu Kota Jakarta ke Ibu Kota Nusantara yang dijangka Igis tahun ini, pemindahan ibu kota ini bakal menambah baik ekonomi seluruh warga kalimantan serta berhampiran termasuklah Sarawak dan Sabah jika mereka turut mengambil peluang urusniaga.

Menurut pengelola projek IBU KOTA NUSANTARA masa kini semua pembangunan sedang berjalan dan dijangka siap sebelum Ogos 2024, mala Bapak Joko Widodo Presiden Indonesia bersungguh sungguh mahu IBN dapat disiapkan secepat yang boleh dengan penuh berkualiti.

Semoga matlamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Warga Indonesia 17 Ogos di Ibu Kota Nusantara berjaya direalisasikan oleh Bapa Joko Widodo sebelum berundur sebagai Presiden Indonesia masa kini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Tetkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

ANCAMAN LUAR PADA NEGARA PERLU DITANGANI

Oleh. Helary Sukiono

Malaysia. Ketangkasan PDRM memberkas Shalom Avitan seorang rakyat Israel tepat pada waktunya demi keselamatan negara serantau. 

Helah menggunakan

dua Pasport Francis serta Pasport Israel sangat meragukan memasuki Malaysia apa tak lagi menempah 6 pistol dengan 200 butir peluru pasti menjadi tanda tanya.

Israel dilaporkan pakar dalam pencarian semua pemimpin yang boleh mengancam perjuangan mereka menerusi Agen Mossad mereka yang bijak memasuki pelbagai negara seluruh dunia. 

Malah Ketua Mossad David Barnea (Gambar)  (Agensi Perisikan Israel)  kerap dilapor memengeluarkannya ngeluar kenyataan akan memburu setiap ketua ketua kumpulan Hamas mahupun sekutunya walau dimana juga negara perlindungan mereka.

Sesetengah pemerhati keselamatan negara Malaysia mengharapkan semua aspek perhubungan Shalom Avitan perlu disiasat lebih terperinci  bagi memburu sesiapapun golongan talibarutnya, malah penduduk seluruh negara Malaysia harus sama sama membantu menyalurkan maklumat berhubung golongan rakan kenalan Shalom Avitan tegas mereka. 






Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Sabtu, 30 Mac 2024

PEMIMPIN PARTI POLITIK PERLU ADA KESUNGGUHAN

"Hendak Menjadi Pemimpin Dalam Politik Amnya Berhasrat Mahu Menjadi Wakil Rakyat Memerlukan Keiklasan Dan Kesungguhan, Merayu Sokongan Rakyat Jelata Dipelusuk Tempat Namun Bersedekan Dan Menderma Orang Miskin Terlalu Susah Dan Berkira Sangat" 

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Ramai rakyat jelata merasa keciwa masa kini berikutan sikap sebilangan pemimpin parti politik yang merayu minta sokongan undi
namun bersedekah dan menderma sangat berkira bagi golongan miskin.

Lebih ramai individu bukan orang parti politik tampil menghulur bantuan sepanjang bulan Ramadhan bagi fakir miskin berbanding pemimpin parti politik dalam negeri ini, tindakan sebilangan mereka orang parti politik yang mengeciwakan rakyat miskin boleh dilihat dalam PRN akan datang  jelas rakyat jelata luar bandar yang ditemui.

Sejak beberapa bulan lepas ramai orang parti politik lama mahupun parti politik baharu saling ghairah dimedia sosial masing masing mempamerkan perjuangan terbaik mereka pada rakyat, sebaliknya impian rakyat miskin luar bandar menunggu kunjungan pemimpin parti politik lama dan baharu sukar dinanti walaupun semangkuk bubur lambuk keluh mereka.

Kumpulan jejak kru Media Terkini yang menemui rakyat miskin dimaklumkan ada pemimpin parti politik lama dan parti politik baharu banyak bercakap perjuangan, namun orang miskin yang dirayu minta sokongan dalam PRN akan datang sekadar dibiarkan menanti sehingga keluar mengundi tanpa simpati derma setin sardin pun akui warga kampung. 

KRU Media Terkini juga yang berusaha menghubungi beberapa pemimpin parti politik baharu dan lama sejak beberapa bulan lepas sehingga masa kini gagal mendapat jawapan, tidak hairan lah ramai rakyat miskin Sabah hanya ditemui badan NGO bagi menghulur sumbangan dibulan Ramadhan bagi meringankan bebanan sumber makanan mereka sehingga hari ini.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

PERCATURAN PANAS EMPAT DUN PRN DEPAN

"Percaturan PRN Dalam Dun Kadamaian, Pintasan, Usukan Dan Tempasuk Dijangka Panas, Masing Masing Parti Politik Dan Kompenen Mereka Meyakinkan Rakyat Setempat Memilih Parti Mereka dalam PRN Akan Datang" 

Oleh. Koijul Hairol

Kota Belud. Parlimen Kota Belud masa kini diwakili oleh YB. Isnaraissah Munirah Majilus@ Fakharudy yang memiliki empat Dewan Undangan Negeri Pintasan, Usukan, Tempasuk dan Kadamaian. 

Menjelang PRN akan datang jentera perebutan parti dalam empat Dun tersebut dijangka panas antara BN, GABUNGAN RAKYAT SABAH, WARISAN, PERIKATAN NASIONAL BERSATU, PAKATAN HARAPAN serta beberapa parti yang lain.

Menurut penduduk dalam empat DUN terlibat mereka akan sentiasa memerhati Calon dan Parti yang bertanding demi masa depan kawasan mereka, keutamaan warga dalam empat Dun tersebut adalah bakal Wakil Rakyat yang sentiasa mendampingi semua warga dan prihatin membantu golongan penduduk miskin.

Ada juga warga penduduk masa kini lebih bijak memilih calon calon yang bertanding dalam pilihan raya sehingga mengejutkan pihak calon, tidak hairan lah tidak semua calon yang diarak beramai ramai sepanjang kempen bakal memenangi kerusi didalam pilihan raya berbanding calon berkerja untuk rakyat.

Apapun bukan muda meramal parti mana dan siapa calon yang boleh memenangi empat kerusi Dun didalam parlimen Kota Belud akan datang, namun siapa dikalangan mereka yang berusaha mewakili parti masing masing turun padang menemui setiap pengundi lebih awal pasti menjadi perhatian penduduk.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran  dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang




 

LANGKAH MINGGUAN MEDIA TERKINI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Langkah penyiaran Media Terkini semasa Mungguan dahulu kini masih dalam fail penyiaran akbar ini sehingga hari ini. 

Sebaik sahaja Media Terkini bersiaran harian ramai pelanggan tercari cari kemana akbar tersebut menghilang,  dari kemelut kerosakan jalan raya sehingga pemimpin parti politik dan pemimpin kerajaan terdahulu sememangnya mengenali akbar Media Terkini Mingguan dalam dan luar negeri. 

Pelbagai paparan Akbar Media Terkini dahulu sama ada parti politik kerajaan mahupun parti politik pembangkang semua menjadi perhatian umum, namun hari ini ramai pula masyarakat tertanya tanya dimana Media Terkini menghilang akbarnya ujar mereka. 

Untuk makluman semua pembaca Media Terkini Harian masa kini boleh terus berhubung dengan kami bagi mendapat intipati persiaran harian didalam dan luar negara, Media Terkini Harian masih berkonsep semua siaran didalam Bahasa Melayu bagi memudahkan seluruh warga Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia dengan muda difahami.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam  akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pebgiklanan Media Terkini Harian Malaysia Kuala Lumpur. Pengarang
 

JANGAN GADAI MARUAH BANTU ISRAEL

"Warga Serumpun Malaysia Wajar Sama Sama Membantu Keselamatan Negara Dari Diceroboh Warga Israel Dan Bukan Nya Membantu Perancangan Mereka" 
Oleh. Tedung Selar/Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Dalam usaha Polis DiRaja Malaysia mempertahankan keamanan didalam negara, ada juga penduduk Malaysia yang dilapor sanggup diperalat oleh rakyat Israel bagi membeli  Pistol  dan Peluru dari negara jiran tanpa berfikir panjang apakah kesan nya perbuatan mereka.

Bayangkan lah jika 7 pistol yang dirampas Polis bersama 200 butir peluru jika terlepas begitu sahaja ditangan rakyat Israel berkenaan, apakah ia tidak menggugat keselamatan negara apa tak lagi kekejaman sebilangan orang Israel terhadap umat Islam.

Kecekapan Polis DiRaja Malaysia memburu warga Israel berkenaan dikagumi rakyat Malaysia, namun pintu masuk Lapangan Terbang setiap negeri perlu diletak unit tindakan khas berpengalaman, bagi mengesan rakyat Israel menyusup masuk dengan helah mengguna pasport negara lain. 

Antara perlu kawalan pasukan berpengalaman adalah semua Lapangan Terbang setiap negeri yang bebas kemasukan terus dari luar negsra, selain dari itu Kapal Laut Penumpang dari luar negara juga perlu dikawal ketat dengan penyediaan unit khas pakar pengesanan warga Israel yang memasuki negara ini dengan pelbagai helah sepanjang masa. 

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, sama sama lah kita berganding bahu dengan Polis mahupun Tentera mencegah Agent Israel memasuki negara ini setiap masa agar negara kuta sentiasa aman terpelihara.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

PEKEJ PENYAMPAIAN IKLAN UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Akbar Ini Masih Membuka Ruang Menyampaikan Iklan Ucapan Hari Raya Aidilfitri Sebelum 4 April 2024.

Pekej Iklan Ini Akan Mendapat Diskaun Pada Tempahan Sebelum 4 April 2024 Mengikut Keluaran Yang Ditempah.

Hantarkan Teks Ucapan Berserta Gsmbar yang Terang Sebelum Tarikh Tersebut Menerusi Watsap 0194827829 Masa Pejabat Sahaja.

Sebarang Pertanyaan Dan Tempahan Boleh Hubungi Lenny Noor Anak Abdullah @ George Dan Norsham Haji Tukirin Ditalian 01138554026 Waktu Pejabat Sahaja





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

MENGAPA BERNIAGA SOROK SOROK?

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Setiap bandar mahupun pekan  dilaporkan ada sahaja berniaga sorok sorok dilaluan pejalan kaki mahupun bawah pokok pokok kayu setiap hari, ramai warga yang ditemui tidak tahu apa urusniaga mereka duduk secara sorok sorok  tambahan tidak nampak sebarang jualan mereka.

Sebaliknya para penggemar perjudian nombor ekor gelap kerap berkerumun melanggani wanita wanita yang dilantik  oleh taukeh taukeh judi nombor gelap setiap bandar dan pekan terpilih, para penjual terlibat beroperasi dari 9.00 psgi hingga 4.00 petang tanpa memilih bangsa dan agama pasti boleh dilihat dalam perjudian berkenaan sejak sekian lama.

Paparan  ini memberi peringatan semua lapisan warga yang beragama Islam agar menghentikan perjudian demi memelihara akidah agama setiap masa, malah perjudian gelap juga merugikan cukai pendapatan pada negara dan hanya menguntungkan kepada pihak penganjur perjudian berkenaan.


 BERKHASIAT UNTUK PERUBATAN

Ramai warga Kalimantan Timur memilih kelapa UNGGU ini sebagai kaedah rawatan mujrab pada semua lapisan usia. 

Namun bukan muda mencari Kelapa Seumpama melainkan memiliki sahabat yang mempunyai benih kelapa unggu sebagai  rawatan perubatan mujrab ujar warga tempatan yang ditemui.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

GAZA DAN RAFAH DIAMBANG KEHANCURAN

"Bumi Gaza Dan Rafah Bakal Hancur Jika Pemimpin Negara Negara Besar Dunia Gagal Menghukum Pemimpin Israel" 
Oleh. Huzera Ben 

Plastine. Pemerhati situasi Gaza dan Rafah meramalkan hancur  oleh serangan demi serangan tentera Israel jika negara negara berkuasa didunia gagal mengheret Israel ke muka pengadilan antara bangsa.

Selagi Israel bebas menyerang dan mengebom Gaza dan Rafah selagi itu bumi  Gaza dan Rafah akan terus hancur dengan korban nyawa sudah puluhan ribu orang sejak Oktober 2023.

Ramai mempersoalkan mengapa Israel sangat kebal dengan tindakan undang undang sedangkan mereka membunuh orang awam sesuka hati, dimana peranan kuasa kuasa besar dunia tidak mampu menghukum perbuatan membunuh sesuka hati walaupun tidak ada sebarang petanda kehadiran Hamas diserangan mereka.

Majoriti yang terbunuh dalam seramgan Tentera Israel di Rafah dan Gaza adalah wanita dan kanak kanak kecil diluar rumah mereka tanpa perikemanusiaan Tentera Israel, persoalan nya bagaimana perasaan Tentera dan Pemimpin Israel jika penduduk sedunia membunuh anak anak mereka yang tidak tahu sebarang apapun jelas mereka.

Dengan pendedahan ini diharapkan pemimpin kuasa kuasa besar dunia bertekad satu hati mengheret Israel ke muka pengadilan antara bangsa tanpa tunduk sebarang ugutan Sekutu Israel.




Nota. Dilarang memuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

ATM DARAT SARAWAK GALAS TANGGONGJAWAB

"Kejayaan Angkatan Tentera Darat Sarawak Mematahkan Penyeludupan Gula Dan Minyak Kawasan Persempadanan Ba'kelalan Wajar Diberi Pujian Oleh Kerajaan Malaysia" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Lawas. Ketangkasan rondaan Tentera Darat kawasan perbatasan Ba'kelalan berjaya memintas penyeludupan gula dan minyak dalam galon jerikin bertutup kanvas biru masa dijumpai.

Penemuan tersebut tidak menemui sesiapapun orang pembawanya atau telah meloloskan diri sebelum pasukan keselamatan tiba dilokasi berkenaan. 

Menurut sumber warga Ba'kelalan, kawasan laluan sempadan berkenaan kerap menjadi laluan PATI memasuki Sarawak, malah penduduk tempatan pula menjadikan nya rangkaian penyeludupan dengan pelanggan tetap mereka disekitar Kalimantan.

Tidak hairan lah kecekapan Tentera Darat melakukan risikan dan tinjauan bersama berjaya menumpaskan bukan sahaja penyeludupan barangan, malah penyusupan PATI dari Kalimantan memasuki Sarawak juga sentiasa dipatahkan Tentera Darat dan diusir semula balik kenegara asal mereka lebih awal. 

Tentera Darat Sarawak bertegas tidak menberi ruang langsung dalam aktiviti penyeludupan barangan apa tak lagi penyusupan PATI bagi memasuki Sarawak demi nama baik pasukan serta negeri Sarawak amnya.  


TUKAR TEMPAT BERAYA DEMI IBU

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kuching.  Siapa menduga Sherry Alhadad anak seni terkenal bakal bertandang ke Kuching tempat keluarga ibunya bagi menyambut Aidilfitri 2024. 

Mungkin ada kelainan upacara sambutan aidilfitri dibumi Kenyalang berbanding dengan Semananjung Malaysia, namun demi tidak mengeciwakan impian seorang ibu tersayang Sherry Alhadad  akan terbang beraya di tempat keluarga ibunya pada aidilfitri tahun 2024.

Siapa menduga ibu Sherry Alhadad  mempunyai ramai keluarga di Kuching Sarawak, terbayang kegembiraan diwajah Sherry Alhadad  beraya bersama keluarga mereka di bumi kenyalang pada tahun ini.

Semoga semuanya sokses dalam sambutan aidilfitri tahun 2024 dan selamat kembali kedestinasi keluarga masing masing.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Jumaat, 29 Mac 2024

USAH LEKA KEAMANAN LAHAD DATU

"Keamanan Pencerobohan Di Lahad Datu Sabah Tidak Wajar Dijadikan Kelekaan Menukar Kawasan Putih Dalam Aspek Keselamatan, Selagi Pengganas Negara Jiran Dan Talibarut Mereka Belum Menyerah Diri Aspek Kawalan Keselamatan Sabah Perlu Ditingkatkan" 

Oleh. Joupis Anak Lagau 

Lahaf Datu. Isu keselamatan pantai timur khususnya Lahad Datu tidak wajar tergesa gesa merekodkan sebagai kawasan putih sebelum semua Pengganas Negara Jiran menyerah diri bersama kumpulan talibarut mereka yang sukar dikesan.

Kelekaan dalam pengendalian kawalan di zon Esscom sehingga diketegorikan kawasan putih perlu kajian lebih terperinci apa tak lagi dengan pelbagai tuntutan mendakwa pewaris kesultanan Sulu sehingga keperingkat luar negara, semua aspek seumpama belum menggambarkan pantai timur bebas dari pengganas, penculikan mahupun pelbagai ancaman dari negara jiran jika wujyd kelekaan dipihak kerajaan Sabah. 

Ini didedahkan oleh sekumpulan bekas bekas perajurit Sabah Sarawak dalam satu pertemuan tertutup bagi menberi peringatan betapa perlu kawalan ESSCOM dipertingkatkan, sesuatu kelekaan berdasarkan kepada keselamatan dipandang mata tidak wajar dijadikan ukuran bagi menukar corak pemetaan putih sehingga leka penuh yakin soal keselamatan ujar mereka. 

Pengganas dan talibarut mereka bijak melihat kelekaan dipihak kerajaan Sabah demi memberi ruang pada pengganas dan talibarut merancang diluar pengawasan keselamatan kelak,  sehubungan dengan cadangan ini  semua kawasan keselamatan Esscom tidak wajar ditukar tergesa gesa demi memastikan semua pengganas negara jiran tidak menyerang lagi.

Pengganas dan talibarut negara jiran mahupun bersembunyi dinegeri ini bijak mendiamkan diri jika semua peluang mereka tertutup merancangkan sesuatu,  namun jika kerajaan negeri Sabah leka dengan keselamatan sejak tahun 2013 sehingga hari ini dengan menganggap kawasan terlibat diletak dalam kawasan putih bimbang pengganas dan talibarut ambil kesempatan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

APA JUGA TERJADI WARGA HARUS WASPADA

"Setiap Kejadian Depan Mata Ada Petunjuk Yang Diberi Maka Kebijaksanaan Warga Setempat Adalah Berwaspada Didalam Melayari Lautan Berhampiran" 

Oleh. Gifkir Aming 

Kuala Penyu. Pengalaman warga dizaman lampau perlu dijadikan sebarang iktibar bagi memperkasa diri dan keluarga agar sentiasa berwaspada jika melayari lautan berhampiran kejadian ganjil.

Antara luahan masyarakat berhubung kebanjiran OBOR OBOR ditepi pantai Kg. Jangkit dekat sini beberapa hari yang lalu, obor obor berkenaan dilaporkan ada yang sudah mati dan masih ada yang masih hidup dengan warga berhampiran dinasihatkan menjauhi pantai tersebut.

Sungguhpun tidak ada sebarang maklumat dikeluarkan punca sebenar kebanjiran OBOR OBOR berkenaan dikawasan pantai, namun tidak salah warga setempat membuat kewaspadaan bersama keluarga semasa meredah lautan kawasan Kuala Penyu setiap masa ke Laut berhampiran.

Menurut sejarah wargatua dahulu bagi kawasan Borneo, setiap sesuatu petunjuk yang diperlihatkan disekeliling kita pasti ada sesuatu yang diperingatkan, berdasarkan kepada warisan sejarah berkenaan tradisi warga Borneo sentiasa mengamalkan kewaspadaan jika memperolehi sesuatu keganjilan disekeliling mereka. 

Sebaliknya hanya warga baharu di Sabah sahaja yang kurang arif berhubung keganjilan dan kewaspadaan didalam meniti kehidupan mereka seharian.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

WANITA KEMBAR BADAN DELEMA NAK KHAWIN

Oleh. Huzera Ben 

United  Kingdom. Ramai hairan mengapa ramai wanita kembar badan berlainan kepala wujud dibeberapa negara Eropah sejak kebelakangan ini. 

Wanita kembar badan 

berpisah kepala  tambah membingungkan empunya diri bagi menjalani liku liku kehidupan dimasa akan datang apa lak lagi bagi membina rumahtangga dengan pasangan masing masing.

Sebaliknya dugaan golongan terlibat cukup perit  dilalui sejak lahir  hingga lah remaja pasti pelbagai cabaran yang golongan terlibat tempuhi, tidak hairan lah  hanya mereka yang tabah mendepani hidup badan berkembar terutama dinegara negara barat sehingga dewasa.

Ada juga wanita badan kembar merencana mahu mendapat zuriat sendiri sebaik mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihan mereka, satu satunya cabaran bila kembar badan berkenaan ialah siapa yang menjadi ibu kandung sebenar jika mereka dikurniakan anak berikutan badan mereka kembar tidak terpisah.

Apapun harapan mereka adalah kebahagiaan dan kesihatan bersama secara berkekalan sepanjang hayat walaupun sukar menerima kehidupan seumpama dimuka bumi ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

MAMPUKAH RAKYAT SABAH KEMBALI SOKONG BN?

"Mampukah BN Sabah Seiring Jelajah Menemui Rakyat Berbilang Kaum,  Terutama Menjelang Pilihan Raya Negeri Akan Datang Sebagai Me-
raih Kemenangan Dalam Pilihanraya Kelak" 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Usaha sebilangan pemimpin UMNO menerajui perjuangan dalam parti diperingkat negeri ini mungkin getir jika tidak sampai kepada ahli ahli dan rakyat diperingkat akar umbi mulai dari sekarang.

UMNO yang memiliki rakan dalam kompenan BN termasuklah PBRS, MIC dan MCA dalam negeri Sabah mempunyai cabaran tinggi, kearah menemui rakyat jika mereka tidak selangkah mahu bertemu semua rakyat dalam 73 kerusi Dewan Undangan Negeri lebih awal dari pilihan raya negeri. 

Sejak kebelakangan ini dilaporkan hanya beberapa pemimpin UMNO Sabah kerap bergerak menemui rakyat diperingkat  akar umbi menurut suara penduduk masa kini, mungkin kah kompenen BN yang lain secara solo  menemui rakyat dikawasan mereka masing masing tanpa diketahui umum hanya BN sahaja yang tahu pergerakan mereka.

Menurut sumber penduduk Sabah masa kini, satu keghairahan yang dijadikan daya tarikan politik tempatan masa kini adalah Sabah Ditabdir Parti Tempatan Sabah, mereka mahu mengikuti Sarawak yang diterajui Gabungan Parti Sarawak kerajaan masa kini dinegeri tersebut tanpa menyedari Sabah dilaporkan menjadi tumpuan PATI dari negara jiran terdekat.

BN perlu menjawab dakyah Sabah Ditabdir Parti Tempatan Sabah oleh pihak parti lawan jika mahu rakyat Sabah kembali menyokong mereka didalam PRN akan datang, jika kepimpinan BN tidak menepIs kempen parti lawan bagi mempengaruhi rakyat menolak BN dengan parti Sabahan majoriti rakyat Sabah mungkin terpedaya dengan kempen tersebut.

Terdapat juga beberapa parti baharu dalam Sabah aktif dimedia sosial mahu berhasrat bertanding dalam PRN akan datang dalam 73 kerusi, namun kepimpinan parti berkenaan masih menjauhi akbar akbar berdaftar dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah sehingga rakyat Sabah keliru.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

SIAPA SAHUT CABARAN NASI EMPAT PULUH SEN SEMANGKUK?

"Cabaran Menurunkan Harga Semangkuk Nasi Putih RM0.40 Sen Terlalu Sukar Tanpa Sambutan, Malah Kadar Harga Beras Dimaksudkan Sepuluh Kilogram RM38.00" 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala  Lumpur. Siapa penjual nasi putih kosong sanggup menyambut cabaran menjual semangkuk RM0.40 sen bagi beras RM38.00 sepuluh kilogram?, manakala RM0.20 sen semangkuk nasi putih kosong bagi beras RM26.00 hingga RM30.00  sepuluh kilogram diseluruh negara. 


 Isu harga makanan baru baru ini tersebar dalam akbar tempatan betapa beras RM38.00 sepuluh kilogram nasi putih kosong hanya harga RM0.40 bagi semangkuk kosong, malah beras bagi harga RM26.00 hingga RM30.00 sepuluh kilogram seharusnya RM0.20 sen semangkuk nasi putih kosong namun belum ada yang dilapor melaksanakan nya.

Bagaimana  hendak berbakti serta beramal jika terus mengaut keuntungan lebih lima kali ganda harga jualan nasi putih kosong dalam pasaran, malah ada warga yang sekadar melihat semua berita dipaparkan siaran tanpa ada suara yang dilontarkan demi membela rakyat termiskin seluruh negara. 

Dalam rangkaian paparan kali ini kru Media Terkini mengungkapkan sampai bila hargi nasi putih kosong dari beras RM38.00 sepuluh kilogram boleh dijual RM0.40 sen semangkuk, tentunya tidak ada peniaga yang sanggup menyahut cabaran ini termasuklah Sarawak apa tak lagi Sabah namun jika ada yang melaksanakan nya kita akan teruskan penyiaran nya.

Sementara bagi beras RM26.00 hingga RM30.00 sepuluh kilogram boleh lah menyahut cabaran bagi menjual nasi semangkuk nasi putih kosong RM0.20 Sen sebagai amal jariah terhadap orang orang miskin tanpa mengaut keuntungan lebih lima kali ganda ujar orang ramai yang ditemui.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


Khamis, 28 Mac 2024

GAZA TERUS DISERANG ISRAEL

Oleh. Huzera Ben 

Plastine. Israel tidak pernah mengotakan Gencatan Senjata yang diarahkan PBB baru baru ini demi melindungi rakyat seluruh Gaza dan Rafah  mlah mempamerkan kerakusan  mahu membedil setiap inci bumi Gaza dan Rafah sehingga hari ini.

Negara negara Islam dunia hanya melihat apa yang dilakukan oleh mereka tanpa ada yang mampu menentang pengeboman Israel keatas rakyat Plastine, ini didedahkan oleh penduduk Plastine yang menderita melihat sejak 7 oktober 2023 sehingga hari ini puluhan ribu sudah terkorban rakyat Plastine ujar mereka.

Ramai mempersoalkan mengapa Gencatan Senjata sudah diluluskan namun Israel masih mengebom di Gaza dan Rafah adakah ianya kebal dari tindakan undang undang dunia,  negara negara kuasa besar bagaikan tidak mengambil tahu segala perbuatan tentera Israel yang terus menerus membunuh warga Plastine. 

Kebanyakan rakyat Plastine terkorban adalah kanak kanak serta golongan wanita disamping lelaki warga emas tanpa ada mampu menghukum Negara Israel, ada juga aktivis antara bangsa  bersuara sampai bila kah negara negara berkuasa besar  membiarkan serangan Israel keatas penduduk Plastine tidak berdosa.

Sebagai negara negara berkuasa besar wajarlah bersatu mengambil tindakan terhadap pemimpin Israel supaya menghukum mereka yang sesuka hati menbunuh tanpa menatuhi keputusan Gencatan senjata terhadap Gaza dan Rafah.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

REKOD DATA RAKYAT MALAYSIA

"Data Rekod Seluruh Rakyat Malaysia Miskin Kaya  Dan Jumlahnya Sudah Ada Sejak Sekian Lama, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat E. Kasih Dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Bahagian Penerima Bantuan Bantuan Sara Hidup Rakyat" 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Kerajaan Perpaduan  Madani perlu mengkaji semula sistem PADU yang berjalan masa kini seperti bantahan beberapa pemimpin kerajaan seperti Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery Gapari Kitingan baru baru ini.

Bantahan tersebut merupakan penghentian operasi bagi menambah baik sistem dan bukan nya mahu nemberi penekanan dan memaksa seluruh jumlah penduduk Malaysia, malah mengapa secara tergesa gesa Pendaftaran PADU dilaksanakan sedangkan rekod data kemiskinan rakyat sudah ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabayan Kebajikan Masyarakat Malaysia E. Kasih dan Jabatan Perangkaan Malatsia Banci Penduduk.

Semua data rakyat Malaysia khususnya yang miskin cukup tersimpan didalam tiga Jabatan  tersebut yang semua nya tidak akan hilang sepanjang hayat setiap warga Malaysia, sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin disetiap negeri mengharap kerajaan perpaduan menghentikan dahulu PADU bagi penyusunan semua datanya sehingga tidah terdedah semua rakyat Malaysia.

Pengumuman Menteri Sarawak Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah Yang Mendakwa Padu Menelanjangkan biodata rakyat Sarawak perlu ditutup dan dikaji pengubahsuaian nya, data rakyat perlu terlindung demi masa hadapan mereka dan tidak mungkin golongan menteri dalam setiap negeri sanggup membantah jika tidak ada fakta asas kerisauan mereka keatas rakyat jelata negeri mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

SUSAHKAH MEMOHON MAAF PADA SENEGARA

"Mengapa Masih Ada Orang Yang Enggan Memohon Maaf Terhadap Individu Yang Dilanggarnya Walau Senegaranya, Sebaliknya Golongan Terlibat Pantas Memohon Maaf Jika Terlanggar Warga Asing Atau Pendatang Tanpa Izin Dihadapan Mereka" 

Oleh. Gifkir Aming Dan Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Jejak langkah dibeberapa bandar dan daerah mengejutkan masih ada orang ego bangsa send-

iri melanggar tanpa memohon maaf pada bangsa sendiri yang dilanggar, namun jika orang asing atau PATI dengan pantas memohon maaf berulang kali bimbang diancam kumpulan ramai berbanfing bangsa sendiri umpama tidak ambil kisah
kesalahan mereka. 

Antara pendedahan penduduk asli Sabah dalam jejak mingguan Media Terkini Harian Malaysia dibeberapa daerah dalam Sabah bagi mengimbau kisah harian yang berlaku tanpa disedari orang ramai, perilaku ini bagai disengajakan melanggar orang dihadapan mereka dengan terus berlalu pergi tanpa rendah hati memohon maaf pada orang yang dilanggar dilorong pejalan kaki. 

Menurut penduduk asli Sabah, kejadian seumpama telah lama berlaku namun tidak ada saluran pendedahan  bagi menyedarkan mereka yang melakukan kesalahan, hebahan ini juga bertujuan memberi kesedaran golongan yang suka melanggar orang dihadapan mereka tanpa sedikitpun merasa serba salah dan memohon maaf golongan yang dilanggar.

Jika mereka melanggar orang asing atau PATI dengan tidak memohon maaf pasti akan dikepong dan dicederakan sesuka hati sebelum pergi melarikan diri, sebaliknya jika dengan sebangsa sendiri yang dilanggar mereka tidak menghiraukan perbuatan mereka dengan berlalu pergi tanpa memohon maaf.

Ini lah yang merunsingkan orang Sabah gemar cari gaduh  sebangsa mereka yang kerap menjadi sahabat orang asing dan PATI, namun sebagai senegara yang prihatin adalah lebih baik golongan yang suka melanggar orang lain berubah dan menghentikan perilaku mereka.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Rabu, 27 Mac 2024

PERMAUFAKATAN TEMPAH KEMENANGAN

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Parlimen Sepanggar. Kekuatan semangat dan kerjasama semua penduduk etnik Liwan dan Bundu sepakat tenaga mampu memadam api yang hampir memusnahkan kebun tanaman mereka beberapa hari yang lepas.

Penduduk setempat hanya berbekal parang dan ilmu  langkah mencegah kebakaran serta beberapa gelen spray air kecil mereka mampu memadam keseluruhan api berkenaan yang hampir memusnahkan perkebunan buah buahan penduduk asli tempatan.

Tenaga muda mudi serta idea warga dewasa dicantum dalam pemadaman tersebut akhirnya mereka berjaya memadam sepenuhnya lebih kurang jam 8.20 minit malam yang dilaporkan bermula jam 2.45  petang minggu lalu.

Cabaran memadam api dimusim kemarau cukup mencabar  dalam situasi tanah kering serta sukar mendapat bekalan air sungai yang turut kering.

Mengimbau pengalaman umat
Islam etnik Dusun Liwan dan Bundu memadam api dalam tengah berpuasa bukan muda didalam kebun buah dan getah, namun kejayaan mereka memadan kebakaran jam 8.20 minit malam adalah sebahagian bantuan dari Allah swt tanpa sebarang kecedraan jelas mereka. 

Sebagai warga kampung adalah menjadi harapan mereka kerajaan Sabah membekalkan beberapa alat pemadam api pada kampung mereka sebagai persediaan akan datang, selain kerajaan Sabah kerajaan persekutuan melalui Ahli Parlimen Sepanggar turut memberi alat pemadam  api terhadap Kg. Tamalang Bawah, Kg. Tamalang Atas, Kg. Kebayau Ruminatau dan Kg. Tendiran Gonipus bagi kelengkapan memadam api pada setiap berlaku kebakaran ungkap mefeka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

MY KAD PALSU WARGA FHILIPINA MENGHAIRANKAN

"Mengapa Ramai Warga Fhilipina Ditangkap Pegang My Kad Palsu Bila Sampai Semananjung Malaysia" 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Segaknya mereka menjadi Pengawal Keselamatan Dengan Berbekal Kad Pengenalan Palsu entah darimana diperolehi pada harga RM250.00 hingga RM400.00 sekeping.

Namun bukan senang mereka menunduk pihak JPN Semananjung Malaysia pasti tertangkap juga jika dapat diperiksa sahaja mesti sangkut ujar warga setempat, anehnya tidak dapat dikesan dari mana mereka memasuki Semananjung Malaysia adakah menerusi perairan atau Kapal Terbang hingga ke Kuala Lumpur.

Menurut warga Kuala Lumpur yang ditemui, jika warga Fhilipina ini daripada Sabah bagaimana mereka melepasi kawalan Lapangan Terbang Kota Kinabalu serta Lapangan Terbang Kuala Lumpur tanpa dokumen yang sahih sehingga bebas menjadi PENGAWAL KESELAMATAN aneh dan licik perbuatan mereka tegas mereka.

Adakah Negeri Sabah bebas dari Kad Pengenalan Palsu dikalangan Warga Fhilipina masa kini atau kian bertambah pada masa kini?, hanya warga asli Sabah sahaja yang mampu menilai sebenar isu Kad Pengenalan yang terdapat pada warga Fhilipina dalam Sabah dari dahulu sampai masa kini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

MENGAPA PEMBUANGAN SAMPAH TERBAKAR?

Oleh. Koijul Hairol

Parlimen Sepanggar. Cabaran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bagi memadam kebakaran di Pelupusan Sampah Kayu Madang Telipok cukup mencabar, sehingga hari ini ianya masih lagi belum terpadam sepenuhnya menyebabkan asap kelihatan gelap dikawasan berhampiran tanpa diketahui punca sebenar api terlibat. 

Menurut warga penduduk berhampiran Kayu Madang Telipok, kebanyakan pemungut sampah dikawasan tapak terlibat perlu pemeriksaan dan kawalan ketat berikutan ramai dipercayai warga asing, ramai orang asing berkampung disekitar pelupusan sampah berkenaan sejak beberapa tahun yang lepas tanpa diserbu pihak berkuasa ujar mereka.

Penduduk Parlimen Sepanggar berharap setiap berkampung dipusat pelupusan Sampah Kayu Madang Telipok wajar diperiksa lebih ketat agar tidak wujud perkampungan orang asing disekitar tapak pembuangan sampah berkenaan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

MENGAPA PENGEMIS KIAN BERTAMBAH?

"Pengemis Dilaporkan Bertambah Setiap Bulan Ramadhan Bagi Bandar Dan Pekan Dalam Negeri Ini Entah Siapa Dan Dari Mana Mereka Semua" 

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Pelawat datang ke negeri ini khususnya Daerah Kota Kinabalu 

atau berhampiran harus berwaspada dengan teknik mereka yang membawa anak kecil mengemis tepi kedai. 

Kumpulan terlibat disertai wanita dan kanak kanak kecil yang kerap bertangisan serupa kelaparan, namun bagi yang sudah 

mengenali kumpulan berkenaan tidak lagi terpedaya dengan rayuan mereka.

Pengemis ini juga berpakaian kotor bagi meraih simpati orang ramai disekeliling mereka setiap hari terutama sepanjang Ramadhan sehingga menjelang aidilfitri,  tidak banyak pihak berkuasa memburu mereka dibandar atau pekan dari awal pagi sehingga lewat petang. 

Sehubungan dengan paparan ini seluruh penduduk negeri ini menjauhi golongan terlibat yang bukan sahaja meragukan malah sukar bercakap Bahasa Malaysia dalam apa juga pertanyaan orang ramai.



 Hati hati berjalan mengunjungi dimana juga Bazar Ramadhan jangan sampai terbeli Martabak serupa ini.

Peringatan kepada semua lapisan masyarakat walau dimana sekali berada jangan sampai membeli Martabat Kain Pengelap Meja.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

KEMENTERIAN PENGANG

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Warga asli dalam negeri ini meminta YB. Anthony Look Menteri Pengangkutan Malaysia supaya turun padang memerhati sendiri tingkah laku para pemandu Bus Mini membuat undang undang sendiri menguasai semua Bus Stop milik awam sejak bertahun lamanya. 

Majoriti pemandu terlibat merupakan menggunapakai budaya asing dari negara jiran yang sesuka hati berhenti ditengah jalan raya, ini menyebabkan ramai orang awam terpaksa berjalan kaki bila kenderaan keluarga parking jauh dari Bus Stop yang dikuasai pemandu Bus Mini tegas orang asli Sabah. 

Menurut orang asli Sabah, loghat bahasa pemandu Bus Mini yang menguasai  setiap Bus Stop dalam negeri ini muda dikenali dengan loghat bahasa asing walaupun mereka dalam bahasa Melayu, golongan pemandu terlibat langsung tidak ada kesopanan apa tak lagi berbudi pekerti dengan semua orang tempatan yang berada di Bus Stop umpama orang Sabahan tidak reti membaca tulisan dalam bus mereka.

Pendedahan demi pendedahan isu ini dalam Sabah namun tidak ada sebarang tindakan dilapor dalam negeri Sabah, sebaliknya pemandu Bus Mini terus naik tocang terhadap penduduk Sabah menekan hon berulang kali mengganggu orang di Bus Stop.

Penduduk asli Sabah menggesa YB Anthony Look Menteri Pengangkutan melakukan penyamaran sebagai orang awam bagi meninjau sendiri gelagat pemandu bus mini tidak bersopan, malah ramai pemandu bus mini Kota Kinabalu dan sekitar bagai memberi tekanan setiap orang awam memaksa menaiki Bus Mini mereka walaupun orang awam menanti kenderaan lain disetiap bus stop. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Selasa, 26 Mac 2024

PENEMUAN ULAR BERKAKI MENGGERUNKAN

Oleh. Huzera Ben

United Kingdom. Isu dibeberapa negara barat dilaporkan menemui  kumpulan ular berkaki tangan menggempar dunia masa kini. 

Ada juga masyarakat antarabangsa masa kini sekadar membaca dan melihat keajaiban tersebut namun sukar menggambarkan berapa jumlah yang menginsafinya sehingga masa kini, ada juga yang pernah ditemui kru Media Terkini  pada masa masa tertentu mendakwa Ular berkaki dan bertangan merupakan petunjuk dari Tuhan sebagai kesedaran dan keinsafan.

Namun semakin banyak keganjilan dimuka bumi ini semakin ramai pula masyarakat yang alfa dan lupa dengan keganjilan disetiap negara petunjuk dari nya, ada kah kemungkinan  besar kealfaan manusia hari ini membuatkan para pemerhati keganjilan masa kini terus menemui nya sepanjang masa dimana juga keberadaan mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, membuat iklan niaga tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan  Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

APA KATA ISRAEL GENCATAN SENJATA GAZA

Oleh. Huzera Ben 

Israel. Benjanin Netanyahu Perdana Menteri Israel marah dengan Amerika Syarikat tidak 

konsestan membantu Israel membatalkan Gencatan Senjata PBB hari ini, dalam kemarahan Benjamin Netahyahu ini adakah Gencatan Senjata di Gaza berjaya dilaksanakan tanpa serangan berterusan Israel sehingga hari raya aidilfitri akan datang.

Helah Benjamin Netanyahu kerap sekali bertukar dengan sekelip mata sehingga puluhan ribu sudah rakyat Plastine terbunuh sejak 7 Oktober 2023 sehingga masa kini, pelbagai langkah gencatan senjata dilakukan oleh kepimpinan seluruh dunia namun Perdana Menteri Israel sukar untuk menuruti  arahan  dari kuasa bangsa bangsa bersatu.

Malah langkah Israel mengusir rakyat Plastine disempadan bumi Israel sungguh kejam dan dianggap tidak berperikemanusiaan, malah perbuatan seumpama sekadar merampas bumi hak Plastine jika penduduk meninggalkan tanah kediaman rumah mereka.

Sehingga berita ini ditulis belum ada pemimpin dunia menghukum kekejaman Israel terhadap rakyat Islam di Plastine walaupun pembunuhan berterusan setiap hari sampai ke Hospital, adakah kekejaman Israel ini akan terus  berlanjutan sepanjang masa membunuh dan terus membunuh rakyat Plastine di Gaza dan Rafah tanpa ada pemerintah seluruh dunia menghukum pemimpin Israel.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang