Isnin, 31 Julai 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN, KEPADA SELURUH BEKAS BEKAS TENTERA MALAYSIA DARAT, UDARA DAN LAUT PADA 1 OGOS 2017, SEMOGA TABAH MENGHADAPI CABARAN HIDUP BERSAMA KELUARGA DISELURUH NEGARA MALAYSIA KHUSUSNYA SARAWAK DAN SABAH. SEMOGA BEKAS BEKAS TENTERA SEMUA PASUKAN DARAT, UDARA DAN LAUT HARI INI MENDAPAT KERJASAMA SERTA SUMBANGAN DARI MEREKA YANG BERKEMAMPUAN SEPANJANG MASA TERUTAMA DI SARAWAK DAN SABAH. JASA PASUKAN TERSEBUT TIDAK TERNILAI DENGAN WANG RINGGIT DEMI MASYARAKAT DALAM NEGERI DAN TANAH AIR KITA SEJAK SEKIAN LAMA.
DARIPADA,  1.  IBU PEJABAT PERSATUAN BEKAS PERAJURIT SABAH
                       2. UNIT SIARAN media-terkini-sabah.blogspot.com TEL. 0113554026  0145748469
                      3.  MEDIA TERKINI, DAN SEMUA STAFF AZOM PRODUCTIONS HOUSE MALAYSIA/MEDIA TERKINI/MEDIA MISTERI DIAMOND SQUARE JALAN GOMBAK KUALA LUMPUR
Oleh. Wartawan Media Misteri
KEMELUT POLITIK DUN KIULU DALAM TEKA TEKI
Tuaran. Percaturan politik terus berada dalam teka dalam kawasan Dun Kiulu berikutan terlalu banyak parti pembangkang meraih sokongan dengan impian golongan terlibat mengharap parti politik yang mereka wakili memberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya, antara yang menonjol parti politik DUN Kiulu ialah Parti Keadilan Rakyat, Warisan, empat parti dalam Gabungan Sabah Star, SAPP, Perpaduan dan Parti Jarapan Rakyat Sabah (Harapan) manakala dilaporkan PCS bersendirian bersama Warisan menghadapi semua calon pilihan raya di Sabah khususnya Kiulu.
Bagi Barisan Nasional yang utuh perjuangan semua ahli  sepakat memilih calon dalam pilihan raya sememangnya dijangka akan bertembung sengit dengan beberapa calon parti. Pembangkang pada pru ke 14 dimana majoriti jentera parti pembangkang meyakinkan rakyat setempat mereka (pembangkang) mampu menewaskan calon BN kawasan tersebut,  gerakan kempen jentera parti pembangkang jelas menonjol berikutan setiap hari mereka silih berganti menemui rakyat jelata disetiap kampung dengan pelbagai hujah vagi meyakinkan orang orang kampung mengundi calon yang mereka ketengahkan dalam pilihan raya ke 14 akan datang.
Beberapa penduduk Kiulu mengirimkan gambar seorang berpakaian tradisional etnik Sabah aktif mempromosi parti Keadilan Rakyat manakala En. Julian gambar biasa merupakan aktivis masyarakat sosio politik setempat dan pemerhati keadaan setempat kerap menghubungi media terkini dimana masa kini bukan muda berpolitik tanpa sumbangan pada orang ramai, media terkini yang cuba menghubungi beberapa  pemimpin parti politik tempatan sebagai mengesahkan bahawa masa kini tidak banyak perubahan yang dikawasan Dun Kiulu seperti dakwaan pemidato parti pembangkang setempat namun gagal sebab beberapa talian telipon dihubungi diluar kawasaan suara menjawab.
Sementara badan badan NGO pula setakat ini terus menyepi memandangkan tidak ada mana mana orang politik  memohon bantuan dari mereka bagi meraih sokongan undi orang ramai.

Ahad, 30 Julai 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
JENTERA PEMBANGKANG MULAI PANAS
Tuaran.  Dalam kehangatan kempen beberapa kumpulan parti pembangkang dalam seluruh kawasaan parlimen Tuaran beberapa pemimpin parti kompenan BN yang sempat ditemui dengan nada selamba menjelaskan rutin mereka berkerja bersama rakyat setiap hari jika ada masa terluang, bagi kumpulan parti pembangkang pula sudah nampak kesibukan mempertaruhkan nama calon calon yang mereka (pembangkang) rasakan mampu memikul sebagai calon berhadapan parti kompenan BN berikutan ekonomi melebihi daripada para pemimpin mereka yang lain dalam berhadapan dengan rakyat.
Dalam konsep persempadanan pilihanraya yang baru Parlimen Tuaran mempunyai 4 Dun termasuklah DUN Kiulu, DUN Tamparuli, DUN Sulaman dan DUN Dalit yang dijangka semua akan ditandingi oleh Parti Parti Pembangkang tanpa menyerahkan bulat bulat pada parti kompenen BN, namun rakyat jelata diseluruh Parlimen Tuaran ini juga terus keliru jika mereka menyokong parti pembangkang calon mana diundi jika berlaku 3 atau 4 penjuru pertembungan pembangkang dalam 1 kerusi Dun menentang 1 calon parti kompenan BN dalam PRU ke 14 yang dijangka tidak lama lagi, ini pasti disedari oleh para pemimpin parti kompenen BN seluruh kawasan Parlimen Tuaran dan tidak hairan lah BN setempat tidak gusar berhadapan dengan pelbagai jentera beberapa kepimpinan parti pembangkang sebagai menghadapi PRU  ke 14 akan datang menyebabkan BN setempat sekadar melawat rakyat jelata menerusi penyampian lebih sumbangan pada rakyat jelasnya.
Antara pembangkang yang aktif berkempen jelajah Parlimen Tuaran ialah Parti Keadilan Rakyat, Semua 4 Parti Gabungan Sabah Harapan Rakyat, Star, SAPP dan Perpaduan serta Parti Warisan Sabah dan Parti Cinta Sabah dengan misi semua pemimpin parti tetsebut mahu menumbangkan kekuatan kepimpinan BN setempat, kebanyakan pemimpin parti kompenan BN setempat sekadar turun padang menemui rakyat jelata bagi menjejaki masaalah setiap perkampungan terpencil agar kerajaan dapat menyalurkan pelbagai projek yang amat diperlukan oleh setiap  perkampungan terpencil agar mampu merubah landskap  kemajuan orang kampung dalam jangkamasa panjang.
GAMBAR KANAN ORANG KUAT KERJA PKR RAJIMIT GUNONG AKTIF MENJELAJAH MENEMUI RAKYAT SELURUH PARLIMEN TUARAN.
GAMBAR KANAN TIMBALAN KETUA PBS BAHAGIAN TAMPARULI MADIN ANAK ENGGAN BERCAKAP POLITIK NAMUN DIKABARKAN TERUS BERKERJA UNTUK PBS  BN TAMPARULI.

Sabtu, 29 Julai 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
PERJUANGAN PAN BERPANDUKAN SUARA AKAR UMBI
Sabah. Dalam memperjuangkan politik berwawasan dan tekad mahu mendapat undi majoriti terbanyak dari rakyat anak negeri Sabah ini lah masa nya kena turun padang memberi penerangan menyeluruh terhadap semua kaum yang menjadi anak negeri Sabah walaupun tidak semudah apa yang lihat dalam perjuangan sekian lama, fokus utama perjuangan parti politik adalah mahukan kemenangan undi semua lapisan rakyat anak negeri tanpa berlaku kealfaan yang taksub apa tak lagi membelakangkan segala pandangan bernas warga anak negeri Sabah perlu diketepikan demi memperolehi undi yang lebih besar demi kejayaan.
Parti Kerjasama Anak Negeri juga mengutamakan perjuangan yang termaktub didalam Batu  Sumpah di Keningau sebagai landasan memperjuangkan semua kepentingan rakyat anak negeri Sabah terutama berkaitan isu kebebasan beragama dan hak hak anak negeri Sabah yang termaktub dalam batu Sumpah sejak awal tahun 1963 dahulu, perjuangan seumpama hanya sia sia jika rakyat anak negeri Sabah tidak bersatu dalam satu perjuangan bersama Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah umpama sebulat suara menuntut hak hak yang sewajar mereka perolehi menerusi satu perjuangan kuat bersama Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah tanpa berpecah belah.
Kekuatan sepakat tanpa terpedaya dengan perpecahan diluar perjuangan Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah sekadar membantutkan usaha mempertahankan perlaksanaan segala yang tertera di Batu Sumpah Keningau walaupun seluruh anak negeri Sabah mengharapkan PAN DAPAT MEMBANTU kearah bersemangat dan memilih PAN, Parti PAN juga sedang berusaha mahu mendekati rakyat kearah mendapat seluruh suara yang dikemukan oleh rakyat diperingkat bawahan demi merealisasikan seluruh suara yang diperolehi dari rakyat anak negeri ini sejajar dengan misi perjuangan berani tanpa tunduk segala dakyah tidak bermanafaat untuk anak ank Sabah.
Demikian sebahagian perjuangan yang sering di ungkapkan oleh Datuk Henrynus @ Rinus  Amin dalam setiap kali berjumpa segenap lapisan rakyat anak anak negeri Sabah walaupun terlalu banyak pesaing parti politik terserah pada anak anak negeri Sabah bagi memilih pemimpin berwawasan dalam menitikberatkan jawapan rakyat anak 
anak negeri Sabah tanpa membelakang hak dan kepentingan rakyat jelata seluruh Sabah, Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah juga  sentiasa berbincang dengan seluruh ahli dikalangan rakyat jelata dalam apa juga perubahan dalam perjuangan parti supaya semua ahli berdaftar tidak tercicir dari memberi sumbangan pendapat sebagai mencapai kemenangan parti jelas beliau.
Media Terkini yang membuat tinjauan sokongan Masyarakat dimaklumkan bahawa lebih banyak kaum Cina dan rakyat anak negeri Islam menyokong parti tersebut walaupun baru diterajui oleh Datuk Henrynus @ Rinus Amin selaku Presiden, malah setiap kali ada perjumpaan parti tersebut semua hujah yang disampaikan berpandukan pada garis panduan perlembagaan parti yang didaftar serta diluluskan oleh pendaftar pertubuhan tegasnya.

GAMBAR ATAS SEKALI DATUK HENRYNUS MENUNJUK SEMUA MAKNA SIMBOL LOGO TERBARU PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH
GAMBAR 2 SEBAHAGIAN PEMIMPIN TERTINGGI PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH

Khamis, 27 Julai 2017

Oleh. Pena KDM
TULAH SEPANJANG MASA MELAWAN IBU BAPA KANDUNG?
Sabah. "AKU BERSUMPAH AKAN MEMUSNAHKAN HIDUP ANAK CUCU KETURUNAN MU JIKA KAMU LAHIR DARI RAHIM KU" Sambil menunjuk arah rahim didepan anak perempuan dan dua cucu perempuan nya akibat dilawan oleh anak cuvu berpunca dari mendidik anak cucu agar menghormati keluarga kandung yang lain semasa masih hidup, anak cucu pula melawan dan menyumpah mati ibu selaku nenek kandung disamping memecah kan cermin tingkap jandela rumah ibu selaku nenek kandung cucu yang durjana walaupun mendapat didikan sekolah dan didikan agama.
Kejadian tersebut hampir 20 tahun lalu disalah sebuah perkampungan sempadan Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar dimana majoriti wargatua kampung berhampiran mengetahui kes berkenaan namun keturunan terlibat bagai dirasuk memusuhi seluruh keluarga kandung amya jiran tetangga, bayangkan sepanjang hayat sesuatu keturunan itu tidak terampun dengan perbuatan mereka terhadap ibu bapa kung bagaimana mereka hendak memohon  keampunan pada ibu bapa yang sudah berada didunia alam ghaib masa kini.
Tanda tanda TULAH pada keluarga berkenaan masih terasa dan dilihat berlaku dalam anak cucu mereka bagai tidak lagi mampu diubati  melainkan bertakwa sebaik  baiknya dengan memohon keampunan dari Allah swt serta keluarga kandung yang dimusuhi sepanjang masa, malah sikap sombong dengan bertopeng pakaian bertudung sahaja tidak akan memberi jaminan golongan terlibat terlepas dari sumpahan ibu kandung dan bapa kandung amnya jika tidak benar benar bertaubat pada Allah seluruh keluarga terlibat ujar orang kampung mereka.
ALLAH MAHA BESAR LINDUNGI LAH KAMI DARI SUMPAHAN TULLAH IBU BAPA KANDUNG AKIBAT SIKAP ANGKUH MELAWAN SEHINGGA MEMUSNAHKAN TINGKAP RUMAH IBU BAPA KANDUNG  TANPA KESALAHAN MEREKA, KETAHUI LAH ANAK CUCU DERHAKA PASTI MENDAPAT PEMBALASAN JIKA DISUMPAH TANPA SEURAT BENANG PUN DARI IBU KANDUNG MEREKA DISIANG HARI DAN KINI DIPERCAYAI MASIH TIDAK TERHILANG SAMPAI MASA KINI.

Oleh. Peranak Samah
SESUDU KECIL IKAN BILIS SEGENGAM NASI RM4.50
(MANA PEGAWAI KERAJAAN BERTANGGONGJAWAB?)
Kota Kinabalu. Sebuah komplek beli belah yang menyediakan restoran ditengah Kota Kinabalu memeranjatkan apabila nasi segenggam dan ikan bilis sesudu kecil masak kering dijual sampai harga RM4.50 tanpa sayor, harga menu yang dipamerkan juga tidak mencerminkan harga makanan yang pelanggan ambil mengikut kesesuaian nafsu pelanggan yang hanya makan sedikit diberi harga terlalu tinggi.
Kejadian ini berlaku petang 27 Julai 2017 oleh seorang pelanggan bekas tentera namun pekerja kedai masih berdegil mempertahankan harga yang diberi tidak masuk akal, semua anak negeri Sabah perlu bersuara menentang diskriminasi serupa ini yang memerlukan suara dan tinjauan ADUN API API DAN WAKIL PARLIMEN KOTA KIBABALU AGAR DAPAT DIAMBIL TINDAKAN PENIAGA MAKAN TULANG demi memelihara nama baik orang Sabah dari pandangan orang luar khususnya para pelancong asing dimasa akan datang.
Edisi siasat media yang melakukan tinjauan pekerja didalam restoran berkenaan adalah terdiri dari etnik yang dahulunya dari luar negera, tidak dapat disahkan sama ada semua pekerja terlibat sudah menjadi rakyat Sabah atau masih memegang pasport atau pas pelarian yang lazimnya status perlindungan kebal etnik mereka yang menatap dalam Sabah ujar orang ramai.
HATI HATI MAKAN MINUM DI KOTA KINABALU JANGAN SAMPAI HARGA RM3.50 DICAJ DENGAN RM6.30 SEN.

Rabu, 26 Julai 2017

BINGKISAN KATA DARI BORNEO
Oleh. Anak Borneo

Dalam kemajuan teknologi maklumat dan kepesatan pembangunan dan ekonomi masyarakat sejagat ramai warga Sabah terleka betapa pentingnya memelihara tatasusila diri dalam kesopanan dan tidak angkuh menemui sesiapa juga masyarakat sekeliling, dalam perwatakan duri setiap hari tidak ada bezanya antara cantik sederhana terpelajar mahupun sedang belajar asalkan kita mampu memelihara tatatertib tatasusila dan bersikap ramah dengan sesiapa sahaja yang kita temui setiap hari asalkan menjauhkan diri dari sombong bongkak dan memandang tendah terhadap orang disekeliling kita semua.
DALAM PAPARAN GAMBAR INI GOLONGAN TERPELAJAR TIDAK MAMPU MEMVEZAKAN SUTUASI /GAMBAR SEBENAR, PARAS WAJAH DILIHAT TIDAK JAUH PERBEZAAN SAMA BERSERI BENTUK DIRI SAMA CANTIK  NAMUN DALAM ASPEK NALURI DIRI SEMEMANGNYA JAUH BERBEZA ANTARA PERIKEMANUSIAAN  BUDI PEKERTI KESOPANAN DALAM BERTEMADUN PASTI PEMBACA TERTANYA TANYA.
BAGI MENDAPAT JAWAPAN PERBEZAAN GAMBAR YANG DIPAPARKAN JANGAN GUNDAH GULANA BOLEH IKUTI BERTERUSAN media-terkini-sabah.blogspot setiap hari atau watshap ditalian 0145748469   Email.  gonipistelipok@gmail.com



Oleh. Jasly Dol
PEMERGIAN MU DIKENANG SEMUA MASYARAKAT

Sabah. Seluruh rakyat negeri ini mengenang pemergian mu atas panggilan Tuhan dengan harapan semoga seluruh keluarga tabah menerima ketentuan yang ditetapkan oleh Tuhan kita yang pasti akan pergi     meninggalkan kita        disuatu masa yang   ditetapkan oleh Tuhan yang berkuasa, jasa yang telah ditabur semasa menjadi pemimpin kerajaan dalam negeri ini tetap menjadi inspirasi kepemimpinan muda masa kini khususnya dikawasan Parlimen Tuaran walaupun dalam masa yang singkat jasa pada masyarakat setempat amnya negeri ini tidak terhitung nilainya dan terus berkekalan hingga kehari ini.
Antara cebisan nota nota warga Sabah khususnya dari kawasan Parlimen Tuaran yang mengharapkan seluruh keluarga mendiang YBGH. Yunof Welter Maringking (JP) yang pergi buat selama lamanya pada 22 Julai 2017 yang mana dilahirkan pada 01 Febuary 1948 dengan penuh harapan seluruh keluarga mendiang tabah dan meneruskan kehidupan dengan doa kepada Tuhan maha berkuasa, kami semua mendoakan mendiang semoga diberi keberkatan oleh Tuhan dan segala jasa mendiang akan terus dikenang yang tidak terhingga dimana khidmat dalam kerajaan persekutuan sepanjang menjadi Ahli Parlimen banyak menyuarakan permasaalahan diparlimen Tuaran demi membela pelbagai lapisan masyarakat setempat.
WARGA BERBILANG KAUM DIKAWASAN PARLIMEN TUARAN  MENDOAKAN SELURUH KELUARGA MENDIANG YBGH. YUNOF WELTER MARINGKING (JP) TABAH MENERIMA PEMERGIAN NYA KEMBALI PADA PANGGILAN TUHAN MAHA KUASA.

SEKALONG UCAPAN TAKZIAH KEPADA MADAM STELA BUGUNG DAN KELUARGA DIATAS PEMERGIAN BUAT SELAMANYA YBGH. YUNUF WELTER MARINGKING (JP) PADA 22 JULAI 2017, SEMOGA KELUARGA MADAM TABAH MENGHADAPI SEMUA KETENTUAN DARI TUHAN MAHA KUASA KEATAS HAMBANYA. DARIPADA,  DATUK HENRYNUS @ RINUS AMIN PRESIDEN PARTI KERJASAMA  ANAK NEGERI SABAH DAN KELUARGA.


Sekalong ucapan takziah kepada seluruh keluarga Madam Stela Bugung diatas pemergian buat selamanya YBGH. MENDIANG YUNOF WELTER MARINGKING (JP) pada 22 Julai 2017.
Semoga Tuhan memberi penempatan yang termulia kepada mendiang dan kita yang masih hidup terus menjalani kehidupan dengan sentiasa mohon perlindungan dari Tuhan  maha berkuasa.     Daripada,
1. Kumin Novet Gilou 2. Daimin Sulukan  3. Marino Ahmad  4.Jopis Anak Lagau

Selasa, 25 Julai 2017

Oleh. Peranak Samah
KEBERANIAN KETELUSAN KEWIBAWAAN SINAR  KEJAYAAN
Sabah. Rakyat berbilang kaum akan berusaha bersatu dalam perjuangan para pemimpin yang bersatu berani telus berwibawa dan memahami inspirasi rakyat berbilang kaum khususnya dalam beberapa keperluan penting mereka, sebilangan pemimpin yang tidak pernah melihat keperluan mendesak rakyat jelata tidak mampu menghimpunkan rakyat jelata dalam satu rumah menerusi proses pilihan raya sehingga berlaku team berpuak puak seperti pecahan undi serupa PRU ke 13 yang lalu.
Berbeza pada PRU ke 14 akan datang ini seluruh rakyat anak negeri Sabah telah memilih satu perjuangan yang kukuh dengan menepati segala perlembagaan serta matlamat perjuangan  mengutamakan rakyat tanpa berlaku keciciran anak negeri yang dilahirkan dalam negeri Sabah tanpa mengira bangsa dan agama, menyatupadukan seluruh rakyat anak negeri Sabah bukan semudah apa yang dibayangkan oleh sebahagian pejuang parti politik melainkan memahami apa kehendak rakyat jelata didalam bandar mahupun dikawasan luar bandar yang memerlukan peningkatan pembangunan dan ekonomi mereka.
Marcus Bendimin berkata demikian sebagai mengulas halatuju politik rakyat anak negeri Sabah menjelang pilihan raya ke 14 akan datang apa tak lagi selama ini rakyat jelata anak negeri Sabah sering dimanipulasi oleh kumpulan ahli politik terdahulu walaupun bukan semua namun anak anak negeri Sabah telah memahami golongan terlibat, anak anak negeri Sabah mampu menentu acuan politik yang mereka menangkan dalam pilihan raya dengan hanya sekali sahaja mendengar seruan politik berani telus dan iklas memperjuangkan semua isu besar yang anak anak negeri kemukakan terhadap pemimpin parti politik disetiap kawasan yang parti politik bayangkan mereka mampu menangi jelasnya.
Marcus Bendimin dari Tamparuli mengaku mendengar perjuangan Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah namun belum bersemuka dengan Presiden parti tersebut Datuk Henrynus @ Rinus Amin namun dalam kacamata anak negeri Sabah beliau berwibawa dan berani, Datuk Henrynus @ Rinus Amin juga seorang murah hati dalam keadaan bertemu warga anak negeri Sabah yang menghadapi kesulitan kehidupan bergantung kepada kesediaan yang terdapat dalam tangan beliau tanpa bertangguh seperti segelintir  masyarakat berkemampuan dipelusuk negeri ini cakap besar keiklasan  tiada jelas beliau.
Media Terkini juga dihujani panggilan bertanya letaknya pejabat Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah namun sehingga berita ini ditulis belum ada maklumat dari Jawatankuasa Pusat dan Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah diletak kan bagi kemudahan ahli dan penyokong parti tersebut bagi berurusan perjuangan mereka, malah dimana juga terdapat lawatan pemimpin parti berkenaan sentiasa dikerumuni rakyat helata berbilang kaum walaupun dalam peringkat pengenalan oleh jawatan kuasa pusat parti berkenaan.

Isnin, 24 Julai 2017


Oleh. Peranak Samah Betiru
PEMBANGKANG VS BN SELURUH TUARAN SIAPA PEMENANG ?
Tuaran. Kedudukan kerusi Tuaran satu Parlimen dan diramal empat  Dun diramal berentap antara lima ke enam penjuru antara BN lawan semua parti pembangkang pada PRU ke 14 akan datang,  masa kini satu kerusi DUN kawasan tersebut dikuasai oleh Parti Cinta Sabah Datuk Seri Welfred Mojilip Bumburing Wakil Rakyat ADUN Tamparuli dengan menang pada pru ke 13 yang lalu.
Parti Keadilan Rakyat Parlimen Tuaran dilaporkan aktif jelajah mendampingi  rakyat berkumpulan antara Adun Kiulu, Adun Tamparuli, Adun Sulaman serta Adun Dalit dimana semua jentera  kekampung kampung cukup menambat jiwa rakyat, namun dalam situasi seumpama tidak ada  upaya menghulur sebarang bantuan kepada rakyat jelata walaupun ada hati mahu menjadi calon dalam pilihan raya dikalangan ketua jentera bahagian bahagian parti parti pembangkang tempatan dan bertaraf nasional sebagai meraih simpati rakyat.
Sejauh manakah kekuatan jentera parti pembangkang setempat menghadapi BN dalam PRU ke 14 akan datang tanpa sebarang kewangan membantu rakyat jelata? terpulang lah kepada seluruh rakyat berdaftar sebagai pengundi dikawasan tersebut dimana menjadi dermawan mengguna wang sendiri membantu parti mereka bagi memenangkan calon pilihan raya kelak tanpa sebarang surat perjanjian dengan calon.

Ahad, 23 Julai 2017


Semua gambar album ini berjuang dengan kefahaman politik masing masing bagi kawasaan DUN INANAM.
Oleh. KEKIH PERANAK SAMAH DEMBILA
Sepanggar. Kerusi DUN Inanam diramal panas jika percaturan calon bertanding  BN bakal berhadapan dengan beberapa parti pembangkang yang bakal mahu bertanding dalam pru ke 14 akan datang bagi kawasan DUN Inanam sebagai percaturan politik mahu menjadi wakil rakyat, bagi BN tidak banyak masaalah menambat sokongan asal kepimpinan terus membantu pelbagai prasarana masyarakat luar bandar apa tak lagi jika ada orang politik lupa keperluan  rakyat jelata setempat.
Kerusi DUN Inanam kini dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat (Pakatan Harapan) YB. Dr. Roland Chia, PPM (BN) Fredoline Totin Bangon (PBS) CDO LUKIN TALIBAN (PBS) Datuk Joseph Paulus Lantip disamping ketua bahahian parti kebangsaan sabah (PKS) serta beberapa lagi parti pembangkang lain mengidam  juga mahu menjadi calon bagi kerusi DUN INANAM, siapa kah kepimpinan para parti politik yang mampu mempengaruhi sokongan terbuka seluruh rakyat jelata diseluruh kawasan DUN Inanam tanpa perancangan lebih teliti dikawasan perkampungan terpencil apa tak lagi bersendirian menentang BN bagi kawasan DUN Inanam jelas orang ramai.
Media Terkini dimaklumkan sekurang kurang nya akan ada pertembungan 6 penjuru calon bertanding dalam DUN Inanam bagi PRU ke 14 akan datang, namun rakyat bijak memilih siapa yang mampu membela mereka cara berterusan tanpa berhenti ditengah jalan sudah pasti golongan terlibat akan mengundi berbanding politik berbohong tegas masyarakat Inanam.

Warna warni di Bukit Gonipis Dongkungon dalam keadaan cuaca cerah dengan pelbagai jenis tumbuh tumbuhan menarik perhatian golongan pengunjung golongan muda mudi khususnya kaum wanita walaupun mendaki dengan tali dibeberapa tempat namun mampu wanita muda ini lakukan, unik mereka ini golongan OKU namun semangat kental mereka amalkan sehingga mampu menawan Bukit Gonipis Dongkungon penuh selesa disamping keriangan terpancar wajah gadis gadis molek comel ini walaupun keletihan mendaki bukit mencabar penuh bersejarah MISTERI SOGINDAI yang tersimpah pada wargatua Kg. Logkou Baru kampung berhampiran Bukit Gonipis.

Warga pembaca yang mahu ke Bukit Gonipis Dongkungon dengan sejarah misteri setempat boleh menghubungi Aki Gumagandang ditalian
0113554026 waktu pejabat

Sabtu, 22 Julai 2017

Gambar gambar pendaki dan tumbuhan yang unik di NULU GONIPIS DONGKUNGON indah menarik lokasi Kg. Kebayau Telipok Sabah
Oleh. Bujie Tukarang
Tuaran. Dalam kesibukan generasi muda menjalankan tugas mereka seharian tidak dilupakan menyelusuri tempat tempat menarik bagi melihat sendiri nilai nilai tersergam indah dimuka bumi ini apa tak lagi membentuk kesihatan diri disamping memberi ketenangan diri yang luar biasa, melihat dipelbagai laman sesawang tidak memberi maklumat lengkap apa yang menarik sangat di NULU GONIPIS DONGKUNGON namun apabila sendiri menjejaki perjalanan sepanjang laluan tersebut sememangnya luar biasa bukan sahaja dari udara segar malah pelbagai tumbuhan yang tumbuh meliar dipelusuk kawasan tersebut juga unik dan menakjubkan apa tak lagi waktu pagi atau petang bagai berada dipuncak sesebuah gunung.
Antara luahan beberapa pendaki muda dari beberapa daerah dalam negeri Sabah yang ditemui media terkini sabah dalam satu jejak langkah mencari pelancongan Sabah dekat sini hari ini 23 Julai 2017  bersamaan hari ahad dengan cuaca yang  cerah dan terang menerangi kawasaan tersebut, nulu gonipis dongkungon yang terletak diatas bukit Kg. Kebayau Telipok Tuaran sangat menarik bagi generasi muda mudi pencinta alam apa tak lagi jika penaja kesatuan pelancongan Kg. Kebayau
berusaha  mempertingkatkan daya tarikan
sepanjang perjalanan menuju Bukit Gonipis
Dongkungon dalam pelbagai aspek keindahan dan keselamatan setiap pelawat kawasasn tersebut termasuk menyediakan perhubungan radio frikuensi wakie talkie agar semua pelawat mendapat manafaat sepanjang melawat kawasan tersebut, selain dari itu badan pengelola pendakian Bukit Gonipis Dongkungon (nama sebenar bukan seperti dilaman maya) boleh mempelajari asas pengendalian keselamatan dan kajian rekod perwatakan setiap pelawat dari luar bagi mengelak sebarang risiko dikawasan pendakian dimasa akan datang dari kesatuan bekas Tentera berdaftar.
Dalam tinjauan media terkini yang membuat pendakian bersama beberapa generasi muda OKU disertai seorang Biro Keselamatan Persatuan Bekas Tentera Sabah bagi memantau keselamatan pendaki OKU melihat kawasan tersebut indah, dikemuncak bukit udara nyaman dan sesuai sekali untuk kesihatan namun amat memerlukan werden dari bekas Tentera bagi mengelak terdapat anasir tidak baik masuk menyusup masuk bersembunyi dikawasan tersebut merancang sesuatu dalam jangkamasa anjang.
BUKIT GONIPIS DONGKUNGON
SEINDAH DIKEMUNCAK GUNONG
KINABALU.

DALAM MEMENUHI KEPERLUAN PARA PEMBACA AKBAR KENDALIAN AZOM PRODUCTIONS HOUSE MALAYSIA KINI TELAH MENGEMBANGKAN AKBAR SENSASI TANPA SEMPADAN, media-terkini-sabah.blogspot.com SEBUAH SYARIKAT PERNIAGAAN BAGI MDMENUBI PERMINTAAN PELANGGAN DI BORNEO. BERMULA OPERASI JAM 08.00 SAMPAI JAM 06.00 PETANG. KEUTAMAAN SEMUA KUMPULAN PENIAGA BAGI MEMBUAT PELBAGAI PROMOSI PERNIAGAAN DENGAN MENGHUBUNGI TALIAN INI.
0145748469 EDITORIAL 0113554026 KETUA OPERASI BORNEO.
BAGI TALIAN TERSEBUT HANYA BEROPERASI DARI JAM 08.30 PAGI HINGGA JAM
06.00 PETANG SETIAP HARI. KETUA PENGARANG
WILLIEM ANAK LAGAU
BUJIE TUKARANG
JASLY DOL (JURU GAMBAR EDISI SIASAT)
JOPIS ANAK LAGAU (KETUA WARTAWAN SUB EDITOR)
MR. ABDUL KARIM (KETUA BIRO/PENGURUS KAWASAN BORNEO)

DATO' AZHAR HAJI OMAR
KETUA PENGARAH/PENERBIT
IBU PEJABAT DIAMOND SQUARE KUALA LUMPUR

Jumaat, 21 Julai 2017

Oleh. Jasly Dol
BN BERTENTANG PEMBANGKANG SELURUH KOTA BELUD SIAPA MENANG?
Kota Belud. Percaturan politik dalam kerusi Parlimen dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri terus menjadi teka teki berikutan belum ada teraju pemimpin parti benar benar mendepani segala keperluan rakyat jelata setempat apa tak lagi berbakti membantu rakyat secara menyeluruh seperti kerajaan BN buat setiap tahun, selain dari itu Siti Ali parti parti pembangkang yang dilaporkan kurang sumber kewangan dalam mengutamakan pelbagai keperluan rakyat jelata memberi sebilangan kekuatan BN bagi memenangi hati rakyat menyokong Parti BN yang berganda menambat hati masyarakat sekeliling Supaya mampu memberi undi pada calon akan bertanding masa hadapan. Antara kerusi panas rebutan BN dan SEMUA PARTI PEMBANGKANG ialah DUN Kadamaian, DUN Tempasuk, DUN Usukan dan DUN Pendasan dimana sehingga sekarang baru jelas rakyat menikmati beberapa sumbangan kepimpinan kerajaan BN secara berperingkat setiap tahun berbanding beberapa pemimpin parti pembangkang yang sekadar berkempen memberi sokongan undi keatas calon mereka masa PRU ke 14 akan datang, namun bagi jentera BN tidak mengira apapun keperluan rakyat jelata diperingkat kampung sirius diusahakan mengikut kemampuan peruntukan kerajaan negeri Dan persekutuan amnya agar keperluan rakyat tidak diabaikan oleh pihak kerajaan Sabah dan Persekutuan amnya.
Penganilisis politik Kawasan Kota Belud yang menemui media terkini mendakwa BN yang diterajui oleh UMNO masih memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen setemoat apa tak lagi jika DUN Kadamaian PBS senaraikan nama pilihan calon PPM Daimin Sulukan (gambar berbaju kot) berhadapan beberapa penjuru dari parti pembangkang, bagi parlimen Kota Belud pula ramai dari parti pembangkang berusaha mempertaruhkanvAktivis Politik Sosio Ekonomi Dan Penulis Veteran Mr. Kanul Gindol berwibawa berhadapan dengan calon PILIHAN UMNO atas keakraban beliau dengan rakyat berbilang kaum disamping pelbagai kepakaran strategi politik menghadapi kekuatan lawan  dan berpengalaman twknuk berpolitik luar negara serta memiliki hubungan baik kaum Dusun, Samah Bajau Iranun serta Cina Sabah ujar mereka.
Siapapun main politik golongan pembangkang kawasan Kota Belud sukar menemui akbar media terkini berbanding dengan kompenen BN yang bersikap terbuka tanpa temujanji dengan media terlebih dahulu sejak beberapa tahun lalu, terpulang lah kepada jentera kedua dua penama dalam gambar disiarkan bagi menggerak jentera politik berkerja demi membantu rakyat jelata dalam pelbagai keperluan serta merangka pelan kerja agar meyakinkan kepimpinan nombor satu parti memilih mereka sebagai calon pada pilihan raya ke 14 akan datang.

Khamis, 20 Julai 2017

SUKA HATI MELETAK TAMBANG BUS KK KE INANAM
Oleh. Bujie  Tukarang
Kota  Kinabalu. Kerajaan Sabah perlu mengambil tindakan penyiasatan setiap hari keatas semua Bus Mini 13 penumpang serta lebih 30 penumpang dari Kota Kinabalu menuju Inanam, Menggatal, Telipok, Telipok Ria dan Tuaran yang sesuka hati menaik kadar tambang setiap hari mengikut kemahuan sendiri, perkara ini telah berlaku sejak setahun lalu dipercayai pemandu kedua tanpa dikesan pemilik sebenar bus berkenaan disamping membebankan rakyat jelata yang menjadi pengguna tetap pengangkutan awam negeri Sabah sejak bertahun tahun lamanya.
Selain operasi siasatan bus setiap hari pihak kerajaan juga perlu membatalkan pemandu kedua memadangkan mereka ini bukan sahaja menaik harga kadar tambang setiap hari bah kan sanggup membawa GENG KONDAKTOR antara 3 hingga 4 orang sebagai pengawal peribadi jika ada menegur kadar tambang naik yang amat menyusahkan orang ramai.
Dalam kejadian terbaru bersama edisi siasat media terkini yang membuat penyamaran dengan penumpang yang kerap menjadi mangsa penipuan kadar tambang dari Kota Kinabalu ke Inanam dan Telipok mendapati kegiatan seumpama terus berleluasa tanpa menyedari mereka diperhatikan, malah geng kondaktor berkampung didalam Bus bagi menghadapi teguran penumpang dengan kata kata, "kalau tidak ada duihnya inggah usah naik, jalang kaki saja bodoh botol ini orang", abtara bait kata kata kondaktor bus dengan rakan rakan subahat mereka didalam bus dengan penuh angkuh bagaikan mereka lah paling besar dan berkuasa didalam bus dan jalan raya kawasan Kota Kinabalu dan sekitar masa kini.
Sehubungan dengan pendedahan ini rakyat jelata seluruh daerah Kota Kinabalu sehingga ke Tuaran meminta operasi besar besaran dari pihak Kerajaan Negeri perlu dipergandakan setiap hari bagi mengesan perbuatan pemandu dan kondaktor berkaitan agar kegiatan mereka dapat diambil tindakan sewajarnya sebagai pengajaran serta teladan dikalangan pemandu dan kondaktor lain, kes seumpama tidak seharusnya dibiarkan jika kerajaan tidak mahu reputasi negeri Sabah dari pandangan orang ramai khususnya melibatkan golongan pelancong dari luar negara yang sentiasa silih berganti setiap hari memasuki negeri Sabah.

Rabu, 19 Julai 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
UMNO BN DIRAMAL BERSAING PARTI PEMBANGKANG ?

Membakut. Beberapa parti pembangkang diramalkan bersaing sengit dengan UMNO BN dalam pertembungan pilihan raya ke14 yang dijangka tidak lama lagi berikutan jelajah parti pembangkang yang dilaporkan cukup panas kawasan DUN Membakut walaupun menjadi kubu kuat UMNO sejak beberapa tahun yang lepas, malah DUN Membakut memiliki cawangan parti kompenan PBS yang banyak mewakili KDM namun tidak menarik perhatian oleh seluruh parti komenan BN lain menyebabkan rakyat setempat mula mendamingi beberapa orang parti pembangkang yang berhajat mahu bertanding pilihan raya DUN Membakut pada PRU 14 akan datang.
Bahang bertambah panas apabila kemunculan pelbagai parti pembangkang yang tekad mahu menawan kerusi DUN Membakut dari UMNO sebagai berhasrat mahu menjadi wakil rakyat  selepas pilihan raya ke 14 akan datang ini, semua ini bergantung kepada rakyat pengundi kawasan DUN Membakut apa tak lagi pertambahan pengundi baru dikalangan masyarakat KDM setempat disamping kekerapan parti pembangkang menemui masyarakat setempat dengan pelbagai penerangan menarik bagi meraih sokongan rakyat setempat sebagai langkah kemenangan undi mereka.
Pendedahan Egol Onsim Basintal Mantan Ketua Bahagian PBS DUN Membakut dalam pertemuan dengan Media Terkini Malaysia sebagai menjelaskan pelbagai pergolakan parti politik yang bakal bertembung dalam kawasaan tersebut melalui PRU ke 14 akan tiba, memandangkan beliau (Egol) bukan lagi Ketua PBS Bahagian Membakut terserahlah kepada kebijaksanaan ketua bahagian PBS masa kini bagi memperkemaskan jentera bersama semua parti kompenan BN mendepani jentera parti pembangkang yang membayangkan kemenangan bagi kerusi DUN tersebut dengan muda katanya.
Sama sama lah kita menanti apa keputusan percaturan politik DUN Membakut selepas pilihan raya ke 14 akan datang asalkan seluruh rakyat berbilang kaum mendapat pembelaan sepenuhnya tanpa ada yang keciciran ujar beliau.
Oleh. Jopis Anak Lagau
KOMITED MEMUPUK PERMAUFAKATAN BERBILANG KAUM DIBUMI SABAH
Tuaran. Dalam membentuk permaufakatan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan beragama kita memerlukan toleren dan kesedarhanaan dalam berhadapan situasi masyarakat berbilang kaum dan bangsa serta agama hari ini, sikap berpuak puak dikalangan kaum bumiputera hari ini jelas kurang memahami konsep permaufakatan kearah kemajuan ekonomi bersama disamping pembangunan mapan yang sedang dibangun atau dalam pelan perancangan kerajaan masa kini khususnya dalam negeri Sabah.
Permaufakatan kesedarhanaan dan toleren merupakan satu kunci pelan kemajuan ekonomi bersama jelas digunapakai oleh tenaga buruh asing dalam negeri ini menyebabkan corak hidup mereka kelihatan pantas maju bersaing dengan kaum bumiputera asli dalam negeri ini tanpa disedari warga bumiputera tempatan, konsep permaufakatan kesedarhanaan toleren juga kunci golongan rakyat asing yang berkerja dalam Sabah membuktikan mereka pantas meningkat maju  dan mudah dihormati golongan syarikat swasta dalam keperluan tenaga pekerja walau dalam apa juga bidang yang diceburi tiap masa sehingga lah kepada perladangan sekalipun golongan terlibat kuasai.
Pendedahan sebilan..gan penduduk mukim Kiulu dalam lawatan media terkini sabah sebagai mencari sumber dan kunci kekuatan orang asing mampu bertahan dan kini mula menguasai sistem pertanian sebagai bahan jualan ditamu mingguan dan pasar malam sekitar Parlimen Tuaran melibatkan tamu Tuaran, Tamu Tamparuli dan Tamu Kiulu sejak beberapa tahun lalu, ini jelas tidak disedari kaum bumiputera sejak berahun lamanya namun cepat melenting apabila melihat warga asing mula mengambil tempat ditamu tamu mingguan sebagai penjual pelbagai hasil pertanian dan ikan bahan basah setara apa yang dilakukan oleh kaum bumiputera sejak sekian lama.

SELAMAT MERAIH AIDILFITRI TAHUN 2017, KEPADA SELURUH LAPISAN MASYARAKAT KAWASAAN DUN KIULU DUN TAMPARULI KHUSUSNYA SAHABAT DAN RAKAN RAKAN BERAGAMA ISLAM SETEMPAT. SEMOGA KITA MAMPU MEMUPUK PERPADUAN DALAM SEBUAH RUMAH YANG KUKUH BERDIRI TEGUH DEMI  GENERASI ANAK CUCU KITA DI MASA HADAPAN. DIHARAP KITA SENTIASA SALING MENGINGATI SEDAERAH SERTA MAAF SEGALA KESILAPAN YANG TIDAK DISEDARI SELAMA INI.  DARIPADA, MR. JULIAM SUGARA AKTIVIS SOSIA MASYARAKAT DUN KIULU.


Selasa, 18 Julai 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
AKIBAT PEKERJA MERAGUKAN MULUT GELAS PELANGGAN MINUM RETAK
Inanam. Ramai pelanggan mengingatkan semua pengunjung Restoran Muslim kawasan Taipan agar Berwaspada dengan semua minuman gelas kaca berikutan pendedahan seorang pelanggan kedai terlibat pada 18 Julai 2017 waktu makan tengahari sehingga hilang selera pelanggan terlibat, sangat mengejutkan pejerja kedai terlibat masih mengenakan harga tanpa rasa bersalah walaupun pelanggan terlibat memesan gantian kedua kali namun masih juga gelas serupa yang pecah tanpa memohon maaf terhdap pelanggan terlibat walaupun mereka yang bersalah.
Peristiwa ini berlaku dikawasan sebuah Restoran berstatus Islam dikawasan Taipan yang menjadi tumpuan seluruh lapisan masyarakat setiap hari namun jarang sekali memerhati gelas kaca minuman mereka tanpa menghiraukan keselamatan nyawa sendiri jika berlaku sesuatu terhadap gelas minuman mereka, sikap pekerja dan pengusaha Kedai terlibat sekadar memalingkan muka semasa pelanggan bertanya mengapa Restoran Terbaik masih menggunakan gelas kaca yang mula retak pada bahagian mulut kaca tanpa berusaha menukar gelas baru demi pelanggan yang sayangkan nyawa mereka.
AWAS KEPADA SELURUH PELANGGAN BILA MELALUI TAIPAN JANGAN DIPERDAYA PELANGGAN GADIS CANTIK, JAUHI KEDAI SERUPA DEMI KESIHATAN DAN NYAWA ORANG RAMAI.

Oleh. Bujie Tukarang
JALAN  RAYA DITAGIH PULUHAN TAHUN
Kota Kinabalu. Penduduk Telipok Darat menagih pembinaan Jalan Raya yang terbiar hampir empat puluh tahun yang lalu tanpa sebarang pemimpin berusaha membina Jalan Raya yang amat diperlukan pelbagai lapisan masyarakat setempat demi kepentingan petani dimasa kini, ketiadaan Jalan Raya dibeberapa rumah perkampungan mukim Telipok Darat amat mengeciwakan masyarakat bumiputera setempat bukan sahaja terhadap pemimpin BN malah turut melibatkan pemimpi Parti Pembangkang yang menjadi pemimpin Dun Inanam masa kini.
Kemelut puluhan tahun kepimpinan terdahulu gagal membina JALAN RAYA BERTURAP lebih kurang 500 meter sahaja ketangga rumah penduduk bumiputera tulen Sabahan membuktikan bukan Kerajaan Pusat yang salah sebaliknya pemimpin bawahan kerajaan yang dilantik bergaji gagal menjalankan tanggongjawab tidak menyenaraikan masaalah tersebut untuk dibangunkan oleh kerajaan, sikap berebut jawatan dikalangan orang pengikut politik jelas membuktikan mereka bukan membangun segaka keoentingan rakyat luar bandar namun mereka lebih nemburu jawatan bergaji bulan namun jalan raya rakyat luar bandar terus diabaikan berpuluh tahun sehingga rakyat bosan nenuding jari oada peneraju kerajaan BN walhal pemimpin kerajaan diperingkat bawahan terus menyalahkan pihak kerajaan membelakangkan semua masaalah penduduk kampung ujar penduduk kampung berhampiran. Demikian pendedehan masyarakat mukim Telipok Darat semasa menemui media terkini bagi mendedahkan telah diketepikan dari menerima projek membina jalan raya disamping bantuan percuma rumah termiskin seperti kerajaan BN bina lengkap didaerah lain dalam Sabah, jika kes ini dijadikan bahan politik pembangkang pada pilihanraya ke 14 akan datang setiap orang politik yang pernah menjadi YB di DUN Inanam kena buat dahulu jalan raya 500 meter baru rakyat setempat yakin memilih siapa layak dipilih menjadi wakil rakyat  di DUN Inanam tanpa mengira fahaman politik kearah kemajuan penduduk luar bandar tanpa dianaktirikan.
SEHUBUNGAN PAPARAN INI AHLI AHLI PARTI POLITIK PERLU ADIL SAKSAMA DAN TELUS BAGI MEMILIH PEMIMPIN DIPERINGKAT BAWAHAN AGAR TIDAK ADA MASYARAKAT KAMPUNG TERPINGGIR APA TAK LAGI PENGGAL 5 TAHUN JADI WAKIL RAKYAT JALAN 500 METER PUN TIDAK MAMPU DILAKSANAKAN, PARA OEMIMPIN DAN PEGAWAI KERJA DIPERINGKAT BAWAHAN ASYIK BERBORAK KOSONG TANPA MENEMUI ORANG KAMPUNG BAGI MENCUNGKIL SEGALA KEPERLUAN MASYARAKAT SETEMPAT TERUTAMA GOLONGAN YANG TIDAK SUKA MENCAMPURI URUSAN POLITIK DEMI MEMELIHARA PERGAULAN SEMUA RAKAN DALAM PELBAGAI POLITIK TEMPATAN.

Isnin, 17 Julai 2017

Oleh. Bujie Tukarang
JUDI GELAP BERLELUASA DIBAWA BAYU?
Sabah. Rakyat yang memusuhi perjudian gelap amat keciwa berikutan kebanyakan permis kedai dijadikan sarang perjudian seumpama secara tersembunyi melainkan orang yang melakukan penyamaran sahaja mampu memerhati mereka secara jelas, antara perjudian yang berani membuka kedai ialah nombor ekor gelap dan perjudian teka jawapan (WA HUI) sebagai memenangi hadiah seolah olah teka teki berlainan jawapan disampaikan taukeh mereka tiap hari.
Perjudian gelap diseluruh Sabah merupakan perkara yang berlarutan puluhan tahun dengan cukup licik kegiatan mereka dengan sistem berjualan produk lain namun induk gelap merupakan perjudian tidak berlesen, kegiatan tersebut  umpama kebal sehingga tidak mampu dilihat pihak berkuasa tempatan walaupun berlaku setiap hari secara terbuka dalam permis kedai perniagaan disetiap pekan namun tidak ada tanda tanda pihak berkuasa tempatan bertindak menggempur permis terlibat yang disifatkan oleh penduduk anak negeri Sabah sebagai memiliki pelindung dari dikesan pihak berkuasa tempatan malah dilaporkan ada juga kakitangan kerajaan turut terlibat menjadi pembeli perjudian gelap berkenaan.
Perjudian gelap ini juga turut dikawal oleh kumpulan warga asing jika ada yang mencurigakan berusaha mendekati permis terlibat terutama golongan yang mirip pasukan keselamatan dipercayai bimbang kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa tempatan jika tidak bersiap siaga membuat kawalan setiap permis mereka dipelusuk negeri Sabah, perjudian gelap Nombor Ekor dan Wah Hui cukup menggerunkan golongan suri rumah memandangkan mereka risau anak dan suami terjebak main judi menghabiskan wang tiap hari bersama anak anak sehingga dapur kosong tidak berasap akibat ketagihan permainan judi gelap tanpa pulangan yang diharapkan oleh pemain pemain judi namun sukar bagi meninggalkan nya.
Mohd. Jerrey Abdullah berkata demikian semasa ditemui Media Terkini di Taman Perumahan Kelombong Inanam sebagai mengulas kes perjudian gelap dan WAH WUI yang masih bebas dibeberapa permis kedai setiap pekan dalam negeri ini berlindung menjual handpone, topup pelbagai telipon dan perhiasan seperti barang kemas, kes seumpama tidak mampu ditinggalkan oleh para pembeli setiap hari tanpa mengira orang mewah mahupun golongan fakir miskin asalkan sikap tapak mahu menang bersarang dalam sanubari golongan yang mahu menang dalam perjudian nombor ekor gelap serta WAH HUI yang laris umpama goreng pisang ujar beliau.
PERJUDIAN PERLU DIJAUHI OLEH UMAT ISLAM JIKA MAHU MEMELIHARA EKONOMI MEREKA TANPA MELIBATKAN MEREKA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM DEMI KEHARMONIAN KELUARGA DISAMPING BERPEGANG TANGAN AGAR MENDAPAT HIDAYAH KEHARMUNIAN SELURUH KELUARGA

Jumaat, 14 Julai 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
SEMUA ANAK NEGERI DIPERJUANGKAN
Sabah. Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) akan memperjuangkan seluruh kepentingan anak anak negeri jika rakyat Sabah memberi kemenangan parti tersebut dalam pilihan raya ke 14 akan  datang, malah perjuangan parti kerjasama anak negeri sabah memperjuangkan 5 perkara yang tertera di Batu Sumpah Keningau diperbuat 1963 sejajar Malaysia mempertahankan 5 Rukun Negara sejak sekian lama mengapa pula anak negeri Sabah bagai terbiar.
Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah akan terus mengadakan jelajah menerangkan misi dan visi perjuangan mereka keatas anak anak negeri Sabah yang lahir dibumi Sabah agar mampu memelihara semua hak dan kepentingan orang Sabah yang bagai terbiar sejak puluhan tahun lalu dengan komited berani dan sepakat seluruh anak anak negeri Sabah berbilang kaum penuh kebebasan beragama, hanya dengan penuh kesedaran dan penuh sepakat dalam satu landasan parti anak negeri Sabah pasti mampu mencapai kejayaan demi menentukan perjuangan tampuk kerajaan bagi menguasai Dewan Undangan Negeri Sabah bagi PAN selepas pilihanraya ke 14 bergantung kesungguhan anak negeri Sabah menerajui kerajaan negeri mereka.
Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (PAN) Datuk Henrynus Amin berkata demikian dalam sidang media pertama parti tersebut di Dewan salah sebuah hotel terkemuka sekitar bandaraya Kota Kinabalu pada 14 Julai 2017 disaksikan sebahagian pemimpin tertinggi dan penyokong parti tersebut, semangat para pemimpin tertinggi PAN cukup teguh diketuai seorang tokoh politik berpengalaman disamping ketelusan menerusi perjuangan membela seluruh rakyat anak anak negeri Sabah berbilang kaum dan agama namun masih mampu duduk semeja bermaufakat memelihara kemajuan dan keselamatan negeri kita ujarnya.

SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN PEMIMPIN PEMIMPIN TERTINGGI SERTA PARA PENYOKONG PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH BERSAMA SELURUH MEDIA DALAM SIDANG AKBAR DISEBUAH HOTEL TERKEMUKA DEKAT BANDARAYA KOTA KINABALU.  SEMOGA PERJUMPAAN KITA SEMUA MAMPU MEMPERKASA PERPADUAN SERTA MENYEMARAK SEMANGAT PERJUANGAN YANG BERTERASKAN 5 PERKARA UNTUK MASYARAKAT ANAK NEGERI SABAH SERTA SEGALA APA YANG DIPERJUANGKAN MENDAPAT SOKONGAN SERTA DOA DARI SELURUH MASYARAKAT ANAK NEGERI SABAH. DARIPADA, DATUK HENRYNUS @ RINUS AMIN PRESIDEN PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH.

Berita Lanjut Ikuti Keluaran Kedua Media Terkini Malaysia di media-terkini-sabah.blogspot.com tiap hari.
KAMI MENGALU ALUKAN PENYUMBANG PELBAGAI IKLAN DEMI KEPENTINGAN KEWANGAN KAMI. EDITOR BORNEO

Khamis, 13 Julai 2017


Gambar gambar dimana juga Dato' Jakariah Janit jelajah pasti sentiasa didampingi rakyat jelata bagi kawasan DUN Inanam menandakan beliau prihatin dan pembela rakyat jelata.
Oleh. Williem Anak Lagau
RAKYAT YAKIN PKS MAMPU TAWAN KERUSI DUN INANAM
Parlimen Sepanggar. Teraju kepimpinan PKS Inanam boleh mendapat undi majoriti terbanyak jika jelajah mahu membantu pelbagai kepentingan masyarakat sekeliling terus dipertingkatkan sehingga menjelang pilihan raya ke 14 yang dijangka tidak lama lagi, rakyat peribumi melibatkan generasi muda dan warga emas sudah muak dengan cakap politik berjuang untuk rakyat namun tidak nampak apa yang mereka ketua ketua politik setempat cakap yang sekadar politik bermusim tanpa dikota sehingga setiap kali pilihan raya tiba tanpa satu pun kata diungkap berjaya dilaksanakan mengikut keperluan umum masyarakat setempat.
Rakyat kawasan DUN Inanam yakin kepimpinan Dato' Jakariah Janit mampu membela nasib rakyat golongan termiskin berdasarkan kepada keupayaan beliau mencari alternetif bagi menghulur bantuan keatas rakyat yang amat memerlukan, kesungguhan PKS Inanam dan Sepanggar pimpinan Dato' Jakariah Janit dalam program jelajah mendekati rakyat mampu menawan jiwa rakyat pribumi yang susah disamping berusaha menghulur derma seiklas hati membuatkan hati dan perasaan seseorang itu sedih dan hibah seseorang yang belum pun menjadi kakitangan kerajaan mahupun berjawatan lain sudah mampu membuktikan usaha
membela masyarakat susah  ujar orang ramai yang ditemui.
Penduduk kawasan Parlimen Sepanggar yang dibuat tinjaun secara rawak memaklumkan tiadak silap seseorang yang berkelayakan, pemurah, tidak pilih kasih, serta berpandangan jauh bagi merancang pembangunan merubah status kemiskinan rakyat yang didominasi golongan bumiputera sejak sekian lama, amat menyedihkan selama ini ada bergelar wakil rakyat sanggup menutup mata jika bersemuka orang miskin yang mohon simpati bantuan seiklas dikalangan berjawatan wakil rakyat sama sekali tidak diberi sumbangan walaupun sekupang  jauh berbeza dengan Dato' Jakariah Janit suka menolong fakir miskin sah jelas masyarakat yang mengenali beliau.
Mohd. Jerrey Abdullah dari Kelombong Inanam berpandangan Dato' Jakariah Janit boleh disokong oleh seluruh pengundi DUN Inanam sebagai memberi peluang untuk mencurahkan bakti kepimpinan berjiwa rakyat tanpa merasa ragu demi membela bangsa dan agama berbanding mereka yang asyik berebut melobi menjadi calon namun tidak juga bekerja untuk rakyat, masyarakat DUN Inanam tidak rugi jika memberi eluang kepada PKS diterajui Dato' Jakariah Janit selaku Ketua Bahagian Inanam merangkap Pengurusi Penyelaras Parlimen Sepanggar memiliki hubungan baik dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa agama asalkan mereka rakyat Sabah dan Malaysia tulen amnya tidak ada yang dicicirkan nya jelas beliau.
Menurut Mohd. Jerrey Abdullah, jika masyarakat pengundi DUN Inanam mencuba seorang wakil rakyat yang berkelayakan dan memiliki ciri ciri keperibadian yang sentiasa prihatin pada golongan fakir miskin ini lah masanya memilih Dato' Jakariah Janit sebagai calon yang layak pada PRU ke 14 akan datang, Parti Kebangsaan Sabah kini memiliki pejabat DUN Inanam di Kawasan Taipan Inanam dengan bertujuan berkerja untuk rakyat setempat termasuklah meliputi kawasan Parlimen Sepanggar namun semua usaha beliau (Dato'Jakariah Janit) tidak mampu direalisasikan tanpa kerjasama dan sokongan rakyat DUN Inanam serta Parlimen Sepanggar amnya tegas beliau.
Gambar Puan Normalawati Haji Hassim Pengurusi Penganjur Majlis Silaturrahim Perpaduan KRT Zon 2 Bandar Raya Kota Kinabalu merangkap Pegawai Perpaduan Zon Bandaraya Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar.
Oleh. Bujie Tukarang
MAJLIS SILATURRAHIM PERPADUAN KRT TERBUKA DIDEWAN MASYARAKAT MENGGATAL
Kota Kinabalu. Orang ramai kawasan Bandaraya dijemput meneriahkan Majlis Silaturrahim KRT Zon 2 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Menggatal pada 15 Julai 2017 bermula jam 08.00 pagi dengan pelbagai acara telah disusun, majlis tersebut akan dirasmikan oleh Datuk Hajah Zainab DSP Haji Ahmad Ayed Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap Wakil Rakyat Dun Kerambunai bagi memupuk perpaduan dan mengeratkan silaturrahim masyarakat berbilang kaum sekitar kawasan tersebut.
Akbar Media Terkini yang mendapat sekadar nota pendek dari pegawai dipejabat berkenaan tidak cukup sumber maklumat bagi rujukan pihak  pembaca didalam kawasan namun warga mukim Menggatal dan sekitar adalah dijemput memeriahkan majlis tersebut, dipercayai pelbagai acara telah disusun dari awal pagi hingga melepasi waktu tengahari dan juga disediakan jamuan ringan bagi jemputan rasmi bagi menghargi kehadiran terhadap para jemputan khas tanpa memilih bangsa dan agama jelas AJK penganjur.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Puan Delin Liet Blaun Pengarah JPNIN Sabah serta beberapa jemputan khas dari beberapa jabatan kerajaan kawasan Kota Kinabalu dimana acara dijangka berakhir lebih kurang jam 3.00 petang.