Jumaat, 3 Mei 2024

RAMAI WARGA MENGABAIKAN JEJANTAS

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah.  Isu ramai warga mengabaikan penggunaan jejentas sebagai laluan keselsmatan jalan raya perlu disedari semua lapisan masyarakat walau apa juga status mereka. 

Pertumbuhan pembinaan JEJENTAS demi keselamatan pejalan kaki menyeberang jalan raya namun masih ramai mengabaikan nya terutama sebilangan pekerja asing, sebaliknya bila berlaku kemalangan berlanggar semasa berlari menyeberang jalan raya baharu lah  terbayang kesilapan sendiri tanpa mengguna jejentas yang disediakan.

Dalam tinjauan kru Media Terkini dekat sini, sebilangan penduduk tempatan serta pekerja asing terus mengabaikan penggunaan laluan jejentas demi mempamerkan diri mereka sangat senang menyeberang jalan berjalan kaki tanpa keraguan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

PENGGUNA KURANG TAHU HAK MEREKA

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Ramai pengguna pengangkutan awam seperti BUS MINI dilaporkan tidak tahu hak mereka selaku pengguna pengangkutan Bus Mini sehingga dipermainkan oleh sebilangan pemandu tidak bertanggongjawab 

Terdapat pengguna (penumpang) bus mini dilaporkan sesuka hati dibuang pemandu ditepi bus stop bagi menggejar penumpang dilorong jalan bertentangan sebelah yang penuh sesak bus stop, masa tersebutlah sebilangan penumpang tidak mengetahui hak mereka walaupun diarah turun pemandu bus berkenaan pada pertengahan jalan tanpa sampai kelokasi yang dituju.

Isu ini dilaporkan bukan perkara baharu malah bertahun sudah sebilangan pemandu mempermainkan penumpang dengan menurunkan mereka ditengah jalan, penumpang kena berani bersuara dengan melaporkan kepada JPJ atau mana mana Jabatan yang ada kaitan dengan Bus Mini Pengangkutan Awam negeri Sabah.

Pemandu Bus Mini tidak boleh sesuka hati menurunkan penumpang jika tidak sampai ketempat yang mereka tuju apa tak  lagi mengenakan kos tambang yang terlalu tinggi.

Sehubungan dengan paparan ini penumpang haruslah mengetahui hak hak mereka sebagai penumpang Bus Mini atau apa juga pengangkutan awam jika wujud keraguan  perbuatan pemandu bus mini disetiap Bus Stop sepanjang jalan raya yang dilalui.






Nota. Diarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam.akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Khamis, 2 Mei 2024

PEMIMPIN ISLAM MAUFAKAT TENTANG ISRAEL

Oleh. Huzera Ben

Turki. Maufakat pemimpin Turki dan Gambia dalam penentangan Israel wajar dicontohi set-
iap pemimpin negara negara Islam setiap masa. 

Maufakat kedua dua pemimpin tersebut dapat dilihat dalam setiap pertemuan mereka, namun tidak ramai yang sepakat bagi melakukan penentangan keatas kekejaman Rejim Zionis Israel dibumi Gaza dan 
Rafah. 

Antara yang kerap dibincangkan oleh Recep Tayyip Erdogan Presiden Turki dan Adama Barrow Presiden Gambia kearah memperjuangkan nasib warga Plastine di Gaza dan Rafah.

Kedua dua pemimpin nombor satu Turki dan Gambia sememangnya lantang bersuara tanpa tunduk tekanan negara barat seperti Amerika Syarikat serta kroni Israel sampai masa kini. 

Kedua dua pemimpin terlibat juga terkilan ada juga pemimpin negara Islam tetap membisu walaupun Gaza dan Rafah sudah hancur dibedil oleh Zionis Israel entah sampai bila baru menentang sesuatu kezaliman.

Sehingga berita ini ditulis Zionis Israel masih lagi terus menyerang bumi Gaza dan Rafah entah sampai bila ianya akan berakhir, tidak banyak pemimpin nombor satu negara negara Islam yang berani bersama Turki dan Gambia bersuara mendesak Israel menamatkan serangan bumi Plastine. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

SEMPADAN MUDA DIBOLOSI

Oleh. Basron Kirwan

Golok. Sempadan sungai antara Thailand dan Malaysia bukan muda dikawal tanpa kerjasama semua penduduk sepanjang sempadan bagi melaporkan segala yang mencurigakan.

Isu penyeludupan  barangan dan manusia rentas sempadan kedua dua negara terlalu sukar dikawal berikutan terdapat kumpulan yang bersubahat menjadi tonto mereka merentasi sempadan, ini menyukarkan pihak berkuasa membenteras mereka bukan sahaja sempadan Malaysia Thailand malah juga disemua sempadan negara turut serupa apa yang berlaku seluruh sempadan negara tegas mereka.

Dalam konteks ini gandaan kawalan sempadan perlu dipertingkatkan dari masa kesemasa disamping wajar memberi penerangan keatas warga sekitar sempadan agar membantu membenteras pelbagai penyeludupan ujar aktivis masyarakat tempatan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga fidalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

APA ADA DI KOTA KINABALU

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Kinabalu. Pusat sehenti bandaraya Ibu Negeri gah pada nama dan rebutan pelancong datang setiap masa, namun sesekali terancat mata memandang apabila warga dipercayai asing bebas HIDU GAM dilorong pejalan kaki hampir setiap hari. 

Bagaimana mahu sembunyikan golongan PENGHIDU GAM selagi mereka bebas berkeliaran diseluruh bandaraya Kota Kinabalu tanpa dihiraukan sebilangan orang tempatan Sabah.

Menurut aktivis warga Sabah di Kota Kinabalu, selain PENGHIDU GAM KASUT Kota Kinabalu juga dipenuhi PEMINTA SEDEKAH JALANAN juga dipercayai warga asing. 

Ada juga warga Sabah mendakwa sukar mengenali warga asing meminta sedekah memandangkan golongan terlibat tidak bercakap sepatah kata pun. 

Dua perkara yang mengganggu pemandangan masyarakat dalam dan luar negara ini melibatkan PENGHIDU GAM dan PEMINTA SEDEKAH sukar dihentikan tanpa kerjasama semua lapisan masyarakat serta pihak berkuasa tempatan.

Sehingga berita ini ditulis tidak ada tanda tanda kehilangan PENGHIDU GAM serta PEMINTA SEDEKAH diseluruh Kota Kinabalu setiap hari ujar orang ramai.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Rabu, 1 Mei 2024

UMAT ISLAM SEDIH MELIHAT MADINAH BANJIR

Oleh. Huzera Ben 

Madinah. Umat Islam dunia sedih dengan apa yang berlaku di beberapa kawasan Arab Saudi khusus 
nya Madinah yang dilanda banjir sehingga banyak kawasan ditenggelami banjir. 

Ada juga sesetengah warga menyifatkkan banjir di Arab Saudi merupakan ujian dari Allah swt agar teruji segala kesabaran berlandaskan syariat agama Isalam tanpa mengeluh, namun ada yang tidak tahu hikmah sebenar banjir berkenaan walaupun berpegang pelbagai agama dengan hanya berteka teki apakah punca nya banjir seumpama tanpa mengira negara asal mereka.

Menurut pakar agamawan setiap manusia akan ditunjuk kan ujian terbesar walaupun berbilang bangsa dan agama dimana juga muka BUMI kediaman mereka, sebaliknya tidak ramai mampu mendepani ujian dari Allah swt apa tak lagi golongan yang cetek pengetahuan agama disamping enggan merujuk pihak berkuasa.

Sama sama lah mendepani ujian dari Allah swt walau sebesar mana sekalipun sepanjang kehidupan golongan yang diuji tanpa merungut atau berputus asa. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

CABARAN KALIMANTAN BORNEO LETUSAN GUNUNG

Oleh. Helary Sukiono

Sulawesi Utara. Cabaran pemerintah mendepani letusan demi letusan Gunung Ruang tidak kira 
siang dan malam sehingga debu merebak melebihi 2,000 meter. 
Tidak siapa yang tahu sampai bila Gunung Ruang meletus sehingga menjejaskan kualiti udara seluruh penduduk kampung berhampiran. 

Setiap kenderaan awam yang terdapat sekitar pekan berhampiran mahupun rumah rumah kampung sekitar berhampiran Gunung Ruang semuanya penuh debu hasil letusan Gunung Ruang.

Sehingga berita ini ditulis belum ada laporan sebarang kemalangan jiwa dilapor akibat letusan gunung Ruang, namun ada juga penduduk berhampiran mendakwa rasa sesekali mengalami gatal kulit serta kesukaran bernafas jelas mereka.

Penduduk sekitar Gunung Ruang sedang menanti sebarang tindakan kerajaan  Indonesia dalam langkah menyelamatkan warga yang berhampiran dengan Gunung Raung demi nyawa para penduduk kampung setempat.


ANEH DAN AJAIB 

Pelik tapi benar, pelbagai jenis burung berada dibandar Kota Kinabalu tanpa takut dengan kewujudan manusia disekeliling perainggahan kediaman mereka.







Nota. Dilarang meĺmbuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang