Selasa, 19 Mac 2024

DUN INANAM PERLU PEMIMPIN BAHARU

(Gambar Siaran Sebagai Hiasan Berita Ini Sahaja) 

Oleh. Basron Kirwan 

Kota Kinabalu. Generasi muda mudi mencadangkan pembaharuan kepimpinan politik Dun N.18 Inanam dalam 

PRN Sabah akan datang.

Teraju politik dan pemimpin lama dikawasan tersebut sudah jauh misi dalam agenda generasi muda mudi masa kini, selain dari itu pemimpin dan parti politik baharu sangat perlu dalam misi agenda politik moden yang mesra rakyat setiap masa.

Ini didedahkan penduduk tiga kaum KDM, CINA dan BUMIPUTERA ISLAM dikawasan tersebut demi meneruskan pembelaan rakyat jelata seimbang tanpa ada keciciran dipekan mahupun perkampungan terpencil.

Sejak beberapa hari lepas terdapat beberapa aktivis masyarakat berwibawa setempat dilamar parti politik bagi merungkai suara sebenar rakyat pengundi Dun Inanam, aktivis masyarakat berkenaan sememangnya dikenali ramai warga Cina, KDMR dan bumiputera Islam seluruh Dun Inanam sejak beberapa tahun lepas.

Kru Media Terkini Borneo yang cuba menjejaki aktivis masyarakat dan nama parti berkenaan dimaklumkan oleh penduduk Dun Inanam belum sampai masa mendedahkan nya, namun kaum Cina, KDMR dan Bumiputera Islam Dun Inanam terpinggir bakal bermaufakat bernaung pada aktivis masyarakat terlibat membawa parti yang bersih membela rakyat jelas mereka. 

Ramai penduduk Dun Inanam yang ditemui mengaku sangat mengenali aktivis masyarakat yang menetap dikawasan Inanam berkenaan namun belum dimaklumkan jenama parti yang melamarnya masa kini, sehingga berita ini ditulis nama aktivis masyarakat Dun Inanam serta nama parti yang melamar keupayaan aktivis masyarakat Dun Inanam masih lagi disembunyikan golongan pengundi  setempat demi kejutan akan datang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan