Sabtu, 9 Mac 2024

BERAPA RAMAI WARGA SABAH SEDAR IC PALSU?

"Berapa Ramai Warga Sabah Menyedari Pemegang IC PALSU  Yang Sudah Ditahan Pihak Berkuasa, Malah Ada Yang Pernah Bertugas Pasukan Keselamatan Dahulu, Pengawal Keselamatan, Dan Yang Terbaru Sebagai Cekgu Selama Dua Puluh Sembilan Tahun"

 Oleh. Basron Kirwan 

Menyingkap pemalsuan dokumen warga asing Fhilipina di Sabah bukan sahaja tertangkap dinegeri tersebut sendiri malah terlepas juga sampai kenegeri Melaka keberanian mereka menggunakan Kad Pengenalan tersebut.

Kedua dua dalam gambar memegang I C palsu ada lah puluhan tahun namun mampu bebas bergerak kesana sini tanpa ada penduduk Sabah sangsi golongan terlibat.

Adakah hanya berdua ini sahaja yang memegang IC Palsu dari Fhilipina berada dalam negeri Sabah mahupun Malaysia amnya jika diburu secara berterusan?, ini lah cabaran yang perlu warga Sabah serta Malaysia amnya lihat serta maklumkan kepada pihak berkuasa tempatan setiap negeri dan bukan jadi kawan dikedai kopi.

Sebilangan warga Malaysia yang ditemui bimbang dengan pegangan IC PALSU etnik warga Fhilipina berikutan banyak helah mendakwa pewaris Sultan Sulu melakukan pelbagai tuntutan, jika ini gagal disedari warga Malaysia di Sabah sudah pasti akan datang mereka juga boleh melakukan pelbagai tuntutan diluar jangka yang mampu menggugat Sabah dan Malaysia amnya.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan