Isnin, 13 Disember 2021

Oleh. Tedung Selar 

AHLI PARTI POLITIK SERIBU DALIH 

Sabah. Ramai ahli parti politik menyimpang seribu dalih jika ada rakyat memohon peruntukan kewangan terhadap mereka.  Selain dari itu  ada juga ahli parti politik yang bercita cita mahu dipilih calon dalam pilihan raya namun permohonan  rakyat sekadar RM200.00 sekalipun tidak mampu dilaksanakan  sebagai bantuan peribadi mereka. 

Ada juga yang bercita cita mahu menjadi calon DUN atau PARLIMEN  namun membelakangi tuntutan rakyat terus ditolak walaupun golongan terlibat mampu  dalam aspek kewangan namun semuanya terus ditolak tanpa alasan yang munasabah menyebabkan ramai rakyat berpaling tadah menyokong parti lawan dalam setiap kali pilihan raya. 

Sungguhpun pelbagai teguran rakyat keatas ahli ahli parti politik diperingkat bahagian kearah membantu rakyat yang memerlukan namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri sehingga tiba pilihan raya ujar mereka. 

Menjelang pilihan raya parlimen Sabah akan datang semua ahli parti politik diperingkat bahagian yang mengecewakan rakyat setempat apa tak lagi sekadar mahu memburu kepentingan politik sendiri dimata pemimpin tertinggi parti mereka bakal terima hukuman kehilangan undi sebenar rakyat dalam kawasan mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan