Rabu, 22 Disember 2021

MAMPUKAH BN KEMBALI KEGE
MILANGAN? 

Oleh. Koijul Hairul 

Sepanggar. Dalam gerakan menjejaki semua lapisan rakyat diluar bandar mampukah Barisan Nasional meraih sokongan golongan generasi muda Mudi dalam menghadapi pilihan raya ke 15 akan datang?.

Ini lah cabaran kepimpinan BN Sepanggar bagi mendepani pilihan raya ke 15 akan datang dimana BN hanya menawan DUN Kerambunai sahaja manakala DUN Inanam (PKR) dan DUN Darau (Warisan) sudah pasti terlalu besar cabaran BN menawan semula  kerusi  Parlimen Sepanggar dalam pilihan raya akan datang.

Dalam usaha menawan semula kerusi Parlimen Sepanggar UMNO, PBS, STAR, PBRS, MCA harus  berganding bahu mendepani seluruh rakyat yang berdaftar sebagai pemilih dikawasan tersebut bermula dari sekarang seperti langkah kanan yang dibuat oleh Datuk Haji Yakub Khan Menteri Sains Inovasi Sabah merangkap Adun Kerambunai yang santai bersama rakyat di Kg. Kebayau TAMALANG sehingga berjaya menawan Heiking Bulu Kebayau bersama generasi muda kampung tersebut beberapa hari lalu. 

Menurut masyarakat kawasan Parlimen Sepanggar jika pemimpin semua parti seperti STAR, PBS, MCA, PBRS bersatu dan berganding bahu mendampingi rakyat jelata tidak ada yang mustahil BN mampu menawan kerusi Parlimen tersebut dalam pilihan raya akan datang. 

Sehingga hari ini  terlalu sukar meramal bagaimana langkah PBS, STAR, PBRS dan MCA dalam menggerak kempen mendekati seluruh pengundi bagi kawasan DUN Inanam dan DUN Darau sebagai jentera bagi menawan Parlimen Sepanggar tegas rakyat kawasan tersebut yang ditemui. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan