Ahad, 12 Disember 2021

BUS MINI TERUS BERKUASA 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Kota Kinabalu. Pemandu Bus Mini terus berkuasa lebih dari kerajaan Sabah bukan sahaja sesuka hati menjadikan Perhentian Bus sebagai Terminal tetap mereka malah penumpang juga bersesak penuh didalam Bus Mini mereka tanpa penjarakan seperti yang ditetapkan kementerian kesihatan bagi mengelak penularan Covid 19. 

Kuasa pemandu Bus Mini cukup kuat memandangkan didalam Masjid dan Surau terus diperketatkan SOP PENJARAKAN DIRI namun semua Bus Mini bebas membuat terminal sendiri serta memuat penuh penumpang didalam Bus Mini mereka setiap hari. 

Ini disuarakan sekumpulan kelab penaja pengangkutan awam Kota Kinabalu yang menemui kru Media Terkini Borneo berhubung isu kekuasaan pemandu Bus Mini bagaikan melebihi kuasa penuh kerajaan tegas mereka. 

Kumpulan terlibat juga bertanya siapakah yang memberi kuasa penuh terhadap sebilangan besar pemandu bus mini bagi membuat terminal sendiri disetiap perhentian Bus serta memenuhkan penumpang dalam bus mini mereka sedangkan tambang yang dikenakan adalah pada kadar separuh penumpang seperti yang digariskan kerajaan masa Covid 19 menyerang tinggi yang lepas. 

Seharusnya dalam kedudukan penumpang dipenuhkan antara 12 hingga 13 penumpang pemandu kena menurunkan kadar tambang seperti sebelum separuh penumpang namun mereka degil malah menengking penumpang jika tidak membayar wang tambang seperti yang pemandu minta bagaikan kuasa pemandu Bus mini ini melebihi kuasa kerajaan Sabah.

Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan Sabah kena turun padang meninjau segala rungutan pengguna bus mini setiap hari agar pemandu bus mini tidak berlagak kuasa besar melebihi undang undang yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Sabah amnya. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan