Oleh. Jopis Anak Lagau
Sarawak. Kejujuran Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO terbukti apabila tidak meletak calon dalam pilihan raya negeri pada 8 December 2021 berbanding PN yang mengintai kerusi DUN KEMENA untuk Bersatu Duke Jateng manakala Pas mencalonkan Mohd. Arifiriazul Paijo berusia 37 tahun di DUN Beting Maro.
Percaturan politik Perikatan Nasional pimpinan BERSATU jauh berbeza dengan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO dan jelas diselami seluruh rakyat Sarawak dalam perjuangan GPS yang bakal menguji jiwa raga rakyat Sarawak siapakah yang bakal mereka pangkah dalam pilihan raya 18 Dec 2021 akan datang.
Parti Sarawak Bersatu (PSB) telah mengesahkan bertanding di70 Kerusi DUN dengan 10 calon wanita telah disenaraikan kata Datuk Seri Wong Soon Koh yang melepaskan 12 kerusi tidak ditandingi ujar beliau. PSB memilih 70 kerusi ditandingi demi menumpukan perhatian keatas jumlah keahlian ramai dan penyokong mereka juga kian meningkat dalam kawasan pilihan yang ditandingi.
Siapapun menurunkan calon bertanding bakal terjawab pada pengundian rakyat Sarawak pada 18 Dec 2021 dan jumlah bertanding bakal diketahui pada 8 Dec 2021 akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan