Oleh. Williem Anak Lagau
Pilihan Raya negeri Sarawak bakal ditentukan rakyat bumi kenyalang pada 18 Dec 2021 akan datang dengan 349 jumlah calon yang bertanding pelbagai parti politik termasuklah Bebas yang memanas kerusi pertembungan bagi meraih sokongan undi seluruh rakyat setempat.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilaporkan mendapat tentangan sengit dalam pilihan raya kali ini bukan sahaja parti parti dari Semenanjung Malaysia malah termasuklah parti parti tempatan yang tidak menyertai Gabungan Parti Sarawak serta kumpulan calon calon Bebas.
UMNO, MCA dan MIC setia kawan pada GPS dengan tidak bertanding di Sarawak namun menggesa seluruh rakyat Sarawak agar terus mengekalkan sokongan undi pada semua calon GPS pada 18 Dec 2021 ujar para pemimpin pusat mereka.
Mampukah PAS, PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA, PKR, AMANAH, DAP mendapat undi kemenangan dalam pilihan raya kali ini ? Terpulang kepada rakyat Sarawak bagi memilih pemimpin kerajaan negeri mereka demi ketelusan, perjuangan, kesiapsiagaan tiap hari pemimpin mereka demi jangkamasa kemajuan bumi kenyalang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan muat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan