Selasa, 21 Disember 2021

SIAPA PEMINTA SEDEKAH INI ?

Oleh. Gifkir 

Aming 

Sabah. Ratusan orang melintasi Peminta Sedekah


 ini setiap hari namun tidak ada yang tahu siapa dan dari mana asal usul mereka berselerakan meminta sedekah setiap hari tanpa seorang pun bertanya asal usul dan suku etnik mereka yang sebenar menyebabkan kumpulan terlibat bebas bergerak Kemana sahaja mereka bergerak meminta sedekah setiap hari.

Kebebasan peminta sedekah ini menjadi tanda tanya siapa kah pelindung mereka dan pembawa bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain semata mata mengaut hasil dari simpati orang ramai diseluruh negeri Sabah soal beberapa kumpulan aktivis masyarakat yang menghubungi kru Media Terkini Borneo hari ini. 

Anehnya sebilangan besar peminta sedekah ini tidak fasih berbahasa Melayu membuatkan aktivis masyarakat Sabah meramalkan peminta sedekah ini mungkin orang asing yang dibawa melakukan kerja meminta sedekah walau dengan apa cara sekalipun tegas mereka
 
Semua kegiatan peminta sedekah ini harus diberi perhatian pihak kerajaan Sabah masa kini agar ianya tidak terus mencemar nama baik seluruh Sabah dimata pelancong seluruh dunia dalam jangkamasa panjang 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan membuat iklan niaga didalam  akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Press Kuala Lumpur. Pengarang 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan