Khamis, 16 Februari 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
PPRS PERJUANG PEMBANGKANG SABAH FOR SABAHAN
 Sabah. Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) kekal berjuang falam agenda suara rakyat dalam negeri ini sejajar dengan matlamat penubuhan nya penuh berliku hampir tujuh tahun menanti kelulusan kini nekad bersama sama dengan parti pembangkang yang tidak memiliki hubungan parti dari luar Sabah, mana mana parti pembangkang yang berjuang bersama parti pembangkang yang bergabung dengan parti dari luar Sabah tidak akan berkongsi perjuangan dengan PPRS demi mengekalkan kehendak perjuangan rakyat orang Sabah yang memerlukan kejujuran keberanian dan keiklasan walau bersendiri.
Berjuang teguh dalam konsep 25 Parlimen dan berjaya menerajui 73 kawasan DUN setakat ini masih menanti keputusan dari rakan rakan parti gabungan Sabah (Pembangkang) USA pimpinan Datuk Haji Mohamad Noor Mansur sebagai pemangkin kepimpinan muda muka baru diseluruh Sabah,  malah tidak akan sekali kali menjalinkan kerjasama dengan mana mana parti pembangkang dari luar Sabah termasuk lah WARISAN jika mereka masih bergabung dengan parti dari Semananjung Malaysia demi memelihara tuntutan kepimpinan akar umbi khususnya rakyat jelata pelbagai kaum dalam negeri Sabah.
PPRS juga sentiasa berkongsi pandangan dengan parti pembangkang SOLIDERITI, SAPP, HARAPAN dan PCS sejajar memantapkan perjuangan mahu menukar kerajaan BN dibawa kepimpinan UMNO agar orang Sabah boleh mengurus tabdir negeri mereka sendiri tanpa dikongkong oleh pemimpin yang berpaksikan telunjuk mereka tanpa mendengar rintihan sebenar rakyat Sabah, selain dari itu PPRS sudah memperkasa jentera diperingkat akar umbi hasil sokongan rakyat dari pelbagai suku kaum dan agama sejak beberapa tahun yang lalu walaupun memiliki pengalaman berliku bukan bermakna kepimpinan  PPRS patah semangat dalam perjuangan keatas rakyat dan negeri Sabah amnya. Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah Datu Mohd. Arshad Datu Abdul Mualap berkata demikian dalam satu sidang Hos Sidang Media Terkini Sabah disalah sebuah hotel terkemuka dekat sini disaksikan lebih 100 orang pemimpin PPRS meliputi seluruh negeri Sabah, malah parti tersebut digandingi kepimpinan tertinggi Timbalan Presiden kaum Dusun En. Dusi Gingging Timbalan Presiden kaum Cina Mr. Ho Kin Hoon berganding bahu mendampingi rakyat Sabah tanpa sempadan disamping banyak menonjolkan muka muka baru cara terbuka asalkan mampu menggalas tanggongjawab membantu rakyat penuh kesungguhan. Sementara itu Ketua Bahagian PPRS  Dun Tamparuli En. Paranting Lipayan menyokong agenda perjuangan Datu Presiden bergabung dengan USA memandangkan parti politik akan mendapat kekuatan menerusi kerjasama gabungan pakatan Sabah tanpa campur tangan dari gabungan parti pembangkang luar Sabah, malah tohmahan dari gabungan USA mendakwa kami pro BN UMNO wajib dibuang selepas kami PPRS mengistiharkan bergabung dengan mereka (USA) menerusu sepucuk surat rasmi yang dikemukakan kepada 4 Presiden Parti Gabungan USA melalui Datu Presiden PPRS ujar beliau.
 Bagi bahagian Tamparuli, Paranting Lipayan berjanji atas bantuan seluruh gandingan kepimpinan PPRS akan bergerak kerja bersama gabungan (USA) dari PCS, SOLIDERITI, HARAPAN dan SAPP seluruh Parlimen Tuaran selepas diterima surat penggabungan, beliau juga bangga disebabkan Timbalan Presiden En. Dusi Gingging merupakan penduduk Dun Kiulu yang banyak menimba ilmu pengetahuan dalam dan luar negara disamping gandingan kepimpinan muda muka muka baru Parlimen Tuaran dan Sabah amnya. Paranting Lipayan yakin cadangan nya bagi menubuhkan jawatankuasa kaji selidik bersama gabungan USA dalam menilai prestasi pemilihan calon boleh menang berdasarkan kehendak rakyat seluruh kawasan mampu digunapakai demi menukar kerajaan masa kini, suara majoriti rakyat berdaftar sebagai pengundi harus digunapakai demi memenangi pilihan raya ke 14 diramal tahun ini 2017, dalam memenangi hati seluruh berdaftar sebagai pengundi pelbagai rangka gerak kerja bakal disusun sebagai persediaan menangkis pelbagai serangan politik musuh antara kompenen BN dengan Parti Pembangkang gabungan pakatan harapan Sabah dari DAP, KEADILAN, AMANAH, BERSATU dan WARISAN yang masih bersandar pakatan parti pembangkang dari Semananjung Malaysia yang berusaha menerajui kerajaan negeri kelak tegasnya.
SETINGGI UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH AHLI PPRS YANG BERJAYA MENYEMPURNAKAN PROGRAM SIDANG MEDIA DENGAN LUAR BIASA MENERUSU KERJASAMA DATU PRESIDEN. SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA MEDIA YANG MEMBANTU MEMBERI RUANG PADA SUARA PPRS DIKETENGAHKAN KEPADA RAKYAT SABAH AMNYA SEMOGA HUBUNGAN MEDIA DENGAN KAMI PPRS AKAN TERUS BERKEKALAN. DARIPADA, EN. PARANTING LIPAYAN DAN SELURUH AJK PPRS N.9 TAMPARULI SABAH MAHUPUN SELURUH PPRS NEGERI SABAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan