Ahad, 12 Februari 2017

Oleh. Weillem Anak Lagau 
PCS MELEBAR SAYAP KE TAMPULAN
Inanam. Agenda Sabah yang akan dilaksanakan oleh gabungan Sabah jika disokong membentuk kerajaan Sabah kini mendapat sambutan berikutan pelancaran Cawangan PCS Kg. Tampulan Telipok pada 11 Febuari 2017 dirumah seorang penduduk kampung tersebut, majlis penyerahan borang keahlian hampir 50 orang diketuai oleh Mr. Tingku Sombuling mantan pemimpin veteran politik setempat disaksikan oleh Datuk Kalakau Untol Dr. Anthony Tibok,  Dr. Nickholas J. Guntobon Ketua PCS Bahagian DUN Inanam dan En. Nicklos Wayan Setiausaha PCS Bahagian DUN Inanam. Antara matlamat PCS membuka sayap di Kg. Tampulan Telipok adalah melaksanakan 15 Piagam dalam gabungan Sabah disamping merealisasikan agenda hak hak rakyat Sabah disamping mempertingkatkan ekonomi seluruh warga Sabah tanpa membiarkanan pendapatan aset negeri ini diambil pada kuasa kuasa yang setaraf dengan Sabah pada 1963 sehingga hari ini tidak ada lagi yang tinggal pada orang orang Sabah jelas pemimpin PCS bersama gabungan pada majlis tersebut. Bagi Nicklos Wayan perjuangan PCS bersama gabungan Sabah dari SAPP, SOLIDERITI dan HARAPAN RAKYAT Sabah tidak terbilang pengorbanan mereka cuba mengembalikan hak hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam agenda 1963 namun kini bukan senang mahu nelaksanakan nya jika rakyat Sabah tidak memberi sokongan sehingga parti gabungan Sabah menawan kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah pada PRU ke 14 yang dijangka tidak lama lagi tanpa menghiraukan parti yang tidak berkerjasama dengan gabungan Sabah akibat pelbagai agenda yang tersembunyi.
Menurut pemimpin PCS yang menemui penduduk Kg. Tampulan Telipok hanya rakyat yangberdaftar sebagai pemilih sahaja mampu mengembalikan kuasa kuasa yang telah hilang akibat pemimpin yang tidak mengutamakan hak hak orang Sabah seperti agenda 1963, sudah pasti rakyat masa kini sudah sedar dan membuka mata kemana perjuangan yabg mampu membela serta melaksanakan hak hak Sabah yang telah diketepikan oleh ketajaan BN sejak 1976 dimana dihentikan pengagihan apa yang terkandung dalam agenda 1863 jelas mereka. Kg. Tampulan Telipok merupakan kubu PBS BN sejak sekian lama dimana tidak pernah membuka parti lain secara umum namun atas kesedaran orang kampung apa yang berlaku pada masa kini maka warga kampung tersebut nekad menjemput seluruh pemimpin PCS mewakili gabungan menerima sokongan mereka demi mendapat hak hak rakyat yang tertinggal sejak 1976 lalu, jika rakyat jelata mahu mengemvalikan hak setara Sabah Sarawak dengan Malaya seperti yang termaktub dalam pembentukan Malaysia maka satu sahaja pilihan ialah memberi kemenangan PCS, SAPP, SOLIDERITI dan PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH tanpa termakan gula gula pasukan pembangkang yang lain apa tak lagi berpusat dari luar Sabah jelas ahli ahli PCS Kg. Tampulan Telipok. "SEKALONG UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN MORAL DAN KERJASAMA SELURUH KG. TAMPULAN TELIPOK MAHUPUN RAKAN RAKAN GABUNGAN YANG HADIR MENJAYAKAN PELANCARAN CAWANGAN PCS KG. TAMPULAN SEMOGA KITA SEMUA MAMPU MENCAPAI KEMENANGAN DALAM PILIHAN RAYA JE 14 AKAN DATANG . DARIPADA EN. NICKLOS WAYAN".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan