Selasa, 28 Februari 2017

Oleh. Jasly Dol
DUA KERUSI DUN CABARAN GETIR BN?
Tuaran. Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menghadapi cabaran getir dengan parti pembangkang jika tidak memulakan jelajah rakyat kampung dari sekarang memandangkan pemimpin pembangkang telah memulakan jelajah serupa hampir setahun lalu, diantara yang aktif jelajah rakyat ialah Parti SOLIDERITI, HARAPAN, PCS, SAPP dan PERPADUAN yang telah membentuk Gabungan Sabah disamping Parti Warisan Sabah (Bersendirian) serta Pakatan Keadilan, Dap, Amanah dan Bersatu yang berhasrat mahu menukar kerajaan BN akan datang.  Bagi beberapa parti tempatan Sabah seperti USNO, PARTI KEBANGSAAN SABAH dan PARTI DAMAI SABAH dilaporkan cuba mencari penyokong agar boleh diterima rakyat dalam pilihan raya ke 14 diramal tahun ini tanpa berkongsi gabungan dengan HARAPAN, SAPP, PCS, PERPADUAN dan SOLIDERITI,  ini menimbulkan kegusaran dikalangan kepimpinan BN dalam DUN Tamparuli serta Kiulu apa tak lagi dilaporkan sukar mendapat calon berpotensi bagi berhadapan dengan kekuatan pengaruh parti pembangkang Sabah mahupun Malaysia amnya yang aktif bersemuka dengan seluruh raktat jelata tanpa mengira bangsa dan agama.  Pendedahan J. Sammy Monsoud dalam pertemuan Media Terkini dipekan Kiulu sebagai mengulas percaturan politik kawasan Tamparuli dan Kiulu sejak beberapa bulan lepas berikutan kebangkitan politik generasi muda yang yakin merosot sokongan keatas BN demi menaik perjuangan parti pembangkang, selain dari itu juga ramai keluarga pemimpin BN setempat telah meniup semangat memperjuangkan PARTI PEMBANGKANG agar BN setempat mampu ditewaskan pada pilihan raya yang menentukan masa depan calon parti pembangkang dikawasan Tamparuli dan Kiulu pada pilihan raya ke 14 jika BN gagal memilih calon kelak katanya.  J. Sammy Monsoud percaya Tamparuli dan Kiulu sukar ditawan BN jika pencarian Calon tidak membuat perubahan sejak sekarang apa tak lagi sesetengan pemimpin bahagian bagai tidak kenal rakyat atau rakan rakan didepan mata setiap hari, apapun pendedahan ini sekadar memberi kesedaran dan peringatan seluruh orang politik serta halatuju seluruh orang politik kawasan setempat menjelang pilihan raya ke 14 dijangka sepanjang tahun 2017 ini ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan