Rabu, 8 Februari 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau (9 Feb 2017 Khamis)
HARAPAN RAKYAT NEKAD TAWAN SEPANGGAR
Telipok. Perjuangan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat Sabah) bersama dengan  parti parti gabungan Sabah seperti SOLIDERITI, PCS DAN SAPP akan berjuang bersama merebut kerusi Parlimen Sepanggar Dun Inanam dan Dun Kerambunai serta Dun Darau pada pilihan raya ke 14 tidak lama lagi, malah gabungan Sabah juga tidak terlibat dengan tohmahan parti parti pembangkang lain mengaitkan pakatan Sabah dengan BN UMNO tanpa bukti yang jelas apa tak lagi penyebaran tersebut menjatuhkan imej perjuangan gabungan Sabah yang berusaha membela masa depan kearah merealisasikan agenda 63, sudah tiba masanya rakyat kawasan Parlimen Sepanggar memilih parti tempatan yang memiliki rakan rakan seperjuangan agar kuat mantap dan berintegriti memajukan ekonomi rakyat Sabah disamping mencari jalan bagi mengawal pelbagai anasir luar yang masuk kedalam negeri ini walaupun pelbagai usaha kerajaan masa kini mengawalnya masih lagi warga asing pendatang tanpa izin mampu membolosinya tanpa dikesan arah mana lubuk mereka memasuki negeri ini apa tak lagi sekitar pesisir laut sekitar Sempadan keliling kawasan dalam negeri ini sejak sekian lama namunbelum lagi mampu membendung kes seumpama.  Perjuangan Harapan Rakyat Sepanggar juga tidak bersendirian dimana ada rakan gabungan seperti Solideriti, Parti Cinta Sabah dan Parti Maju Sabah kearah perjuangan menukar kepimpinan masa kini yang gagal merealisasikan segala usul rakyat jelata dalam semua hal berkaitan masaalah negeri asalkan seluruh Sabah mampu dikawal secara bermaufakat umpama satu rumah 15 keluarga mendudukinya. Mr. Miasin Mion (dalam gambar) berkata demikian semasa jelajah Tamu Pekan Telipok hari ini sebagai misi mendekati rakyat berbilang kaum dan agama agar tidak lagi boleh diperdaya dengan pelbagai dakyah politik yang tidak memberi manafaat kepada masyarakat setempat sejak sekian lama,  gabungan parti parti pakatan Sabah juga tidak berhenti bagi memberi penerangan semua rakyat jelata ternasuk lah diperkampungan terpencil sejajar mahu kemenangan dalam pilihan raya ke 14 dijangka tidak lama lagi. Mr. Miasin Mion juga optimis boleh menang jika rakyat diberi kefahaman sejujurnya agenda perjuangan Harapan serta gabungan parti SAPP, SOLIDERITI mahupun PCS yang seperjuangan menukar kerajaan BN masa kini yang sedaya upaya mempengaruhi rakyat dengan pelbagai cara meraih sokongan rakyat terutama Parlimen Sepanggar serta Dun Kerambunai Dun Darau serta Dun Inanam.  Dalam perjumpaan bersama masyarakat mukim Telipok Laut, Mukim Telipok Darat sekitar Tamu Pekan Telipok Mr. Miasin Mion turut bersama dengan Ketua Bahagian Harapan Rakyat Sabah Haji Hasyim Jemat serta kepimpinan bahagian, Pemuda dan Wanita bagi mengagihkan kalender (haribulan 2017) terhadap orang kampung dan pekedai setempat amnya tanpa memilih kaum mahupun agama dalam kawasan tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. SELAMAT MENYAMBUT CAP GOH MEH (GONG XI FATT CAI 2017. KEPADA KAUM TIONGHUA KAWASAN PARLIMEN SEPANGGAR SERTA NASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN AGAMA SELURUH SABAH AMNYA. SEMOGA KITA MAMPU BERSATU MEMELIHARA MEMPERJUANGKAN GABUNGAN PAKATAN SABAH DEMU TANAH AIR SABAH DALAM JANGKA PANJANG. DARIPADA, MR. MIASIN MION NAIB KETUA BAHAGIAN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN SEPANGGAR.
Miasin Mion mengangkat kalender Harapan Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan