Khamis, 2 Februari 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
PAKATAN SABAH PILIHAN RAKYAT
Pedalaman. Rakyat kawasan pendalaman tidak lagi sanggup berputih mata melihat parti politik dari luar Sabah mahu menguasai pengaruh dengan ibarat kunci rumah semua dipegang oleh MR. SOLDADU diluar negeri ini demi konsep kuasa besar, jika tidak diselami lebih mendalam hala tuju politik dalam Sabah maka generasi muda mudi akan datang tetap dengan kuasa taklukan politik tanpa memberi ruang berkuasa apa tak lagi berserah tanpa berjuang demi masa depan.
Kebangkitan kekitaan dalam politik Sabahan oleh pemimpin yang berwawasan telah membuka minda anak anak watan Sabah bergabung dalam satu pakatan Sabah demi menjadikan Sarawak sebagai idola kematangan berfikir kearah generasi akan datang, malah bukan sahaja pemimpin Sabahan yang wajar bersatu malah menjadi keutamaan adalah rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih bergabung dalam sebuah rumah yang kukuh tanpa dikongkong orang seberang.
Masyarakat pendalaman juga harus bijak menyertai pembangkang yang asli bersatu dalam gabungan Sabah tanpa dimainkan oleh politik dari luar Sabah apa tak lagi taring yang sedia mencengkam kekuasaan dibumi Sabah jika mendapat kuasa penuh selepas piihan raya ke 14 tidak lama lagi, namun rakyat berdaftar sebagai pemilih juga kena bijak menilai setiap calon pilihan raya yang prihatin dan tidak sombong setiap kali menemui rakyat terutama calon yang sombong dan kedekut bila sebilangan rakyat meminta bantuan dimana mampu kah calon bertanding menjadi pemimpin rakyat.
Mr. Gosibin Yosundang berkata demikian dalam kenyataan pada media-terkini-sabah. Sebagai mengulas sebenar agenda orang orang politik masa kini terutama bagi kawasan Sabah yang bersaing mempromosikan diri namun sukar merealisasikan permohonan keperluan rakyat jelata, ada juga golongan tertentu berhajat mahu menjadi calon pilihan raya namun menghulur seringgit pada orang kampung bagai menyimpan barang kemas berharga ratusan ribu ringgit apa tak lagi individu yang benar benar dhaif umpama tidak pernah wujud dalam kawasan mereka ujar beliau.
Menurut Mr. Gosibin Yosundang, ada juga orang politik masa kini mengharapkan dibeli oleh pemimpin parti  pihak lawan jika memiliki penyokong diperingkat akar umbi demi mencari wang keuntungan walaupun rakyat jelata gagal membaca tujuan perjuangan mereka, tidak hairan lah jika orang politik masa kini berebut rebut menjadi calon sebagai langkah kanan mereka walaupun sukar mendapat liputan meluas dikalangan mediamedia cetak mahupun media eletronik sebagai paparan menambat hati golongan pengundi ujarnya.
Dalam tinjauan media terkini sabah bersama Mr. Gaibin Yosundang kawasan yang menjadi kubu pakatan Sabah ialah Tambunan, Keningau, Sook, Apin Apin, Nabawan, Tenom dandan Pensiangan dimana gabungan HARAPAN RAKYAT, SOLIDERITI, PARTI MAJU SABAH DAN PARTI CINTA SABAH jika calon dipilih atas suara masyarakat setempat, namun jika pemilihan berlaku disebalik suara masyarakat setempat jangan kata menang dapat dicapai malah mungkin ada CALON TERJUN bakal hilang wang pertaruhan sama juga seperti pilihan raya masa lalu dimana akan menguntungkan Barisan Nasional ujar orang kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan