Rabu, 18 April 2018

 PBS MENDEPANI CABARAN GETIR PRU 14?
Sabah. Parti Bersatu Sabah diuji sekali lagi apabila MCA berusaha memohon penukaran Parlimen Kota Kinabalu yang dipimpin PBS  dengan bertukar ke DUN Luyang kini dipegang MCA menerusi Datuk Dr. Hiew King Chew wakil rakyat Luyang masa kini selepas meninggalkan DAP bagi menyertai MCA dekat sini, malah selain MCA dilaporkan juga ada pemimpin Umno yang cuba meminjam kerusi DUN Matunggong kepada Umno namun mendapat bantahan meluas dikalangan kepimpinan PBS seluruh  Sabah demi memelihara kawasan yang telah diagihkan sejak sekian lama.
Parti Bersatu Sabah juga kena memperhalusi tinjauan diperingkat akar umbi bagi memperkasa kepimpinan agar dalang dalang perosak perhubungan antara pemimpin bawahan dengan ahli ahli amnya penduduk bumiputera yang menyanjung perjuangan PBS namun disebabkan wujud kepimpinan bawahan yang rapuh mengakibatkan ada parti lain berusaha mengambil kawasan berharga bagi PBS, dalam konteks PBS Parti yang berpengaruh dan berusia lama sudah tiba masa nya kepimpinan tertinggi PBS membentuk unit penggempur parti bagi memantau perilaku kepimpinan bawahan yang banyak menyakitkan hati rakyat jelata demi kekuatan PBS sepanjang masa jelas para penyokong PBS yang ditemui.



DAP TANDING PARLIMEN TENOM
Sabah. Parti DAP melebarkan sayapnya bagi bertanding di Parlimen Tenom walaupun mereka tahu ianya kawasan kerusi KDM sejak dahulu lagi namun kini DAP terpaksa mempertaruhkan calon masyarakat KDM bagi menawan dari kubu kuat BN kata pemimpin DAP Sabah dekat sini, sejauh mana kah kekuatan BN mempertahankan kerusi Parlimen Tenom bukan perkara senang jika tidak diperkasakan jentera pada peringkat bawahan seluruh parti kompenan BN antara PBS, UPKO dan PBRS serta UMNO yang dianggap parti pembangkang Sabah tidak menambat jiwa rakyat jelas penyokong DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan