Isnin, 2 April 2018


ISU SEMASA MEMBIMBANGKAN
Oleh. Wiliem Anak Lagau
PELANCONG MINTA SEDEKAH PAKSA DIMANA SILAP NYA?
Sabah. Orang orang dalam negeri ini takut bila berlaku pelancong asing berani memaksa minta sedekah tanpa memilih orang dan tempat asalkan mereka memperolehi wang dari setiap yang mereka temui dalam restoran atau kedai kopi setiap hari, golongan terlibat berbadan sasa dengan tidak memahami sepatah pun perkataan Bahasa Malaysia serta Inggeris melainkan menggunakan signal tangan bagi meminta wang dari pagi hingga kepetang tanpa rasa malu badan sihat mahu minta sedekah pada orang ramai.
Golongan peminta  sedekah ini juga  bergerak secara berasingan bagi mengaburi mata masyarakat awam  serta pihak berkuasa tempatan sebagai tabungan mereka sepanjang berada dalam Sabah, namun perilaku mereka ini cukup bijak tanpa disedari seluruh rakyat berbilang kaum sekadar RM1.00 hingga RM10.00 dihulur sahaja tanpa mengira kelayakan yang menerima menyebabkan lebih banyak pelancong sihat terjun kepada kerjaya minta sedekah diseluruh negeri Sabah.
Sama sama lah membuka mata dengan masaalah ini agar KERJAYA MINTA SEDEKAH PELANCONG ASING dapat dibendung dari masa kesemasa supaya nama baik negeri ini terus terpelihara dimata pelancong asing.
GAMBAR DIRAKAM SEKITAR KOTA KINABALU HINGGA KE KAWASAN INANAM PADA 3 APRIL 2018.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan