Ahad, 29 April 2018

 Berita Ringkas.
MAMPUKAH CABARAN MENAWAN PARLIMEN PANAS INI?
Calon dari Gabungan Sabah Parti Harapan Rakyat Sabah (GS) dilaporkan En. Miasin Mion @ Iward Muin (gambar) dipertanggongjawabkan  berhadapan dengan calon BN Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak seorang pemimpin berpengalaman berserta dengan calon dari Parti WARISAM, PAS, bagi merebut kerusi tersebut pada 9 Mei 2018. Oleh. Bujie Tukarang




PARLIMEN KENINGAU SIAPA MERAIH SOKONGAN?
Parti Solideriti Tanah Air Ku STAR mencuba sekali lagi bagi menawan kerusi Parlimen Keningau disamping berusaha menawan kerusi baru Dun Tambunan dilaporkan kubu kuat PBS BN pada pru ke 13 oleh abang beliau Tan Seri Pairin Kitingan dan kini terus dipertahankan oleh Huguan Siou berkenaan kali ini berhadapan dengan parti Warisan sebagai 3 penjuru. Oleh Noor Abdullah


 POLITIK VETERAN MENCUBA NASIB DIDUN KUNDASANG
Datuk Henrynus Amin Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah mencuba kekuatan parti beliau dengan mendapat rakan kerjasama dari Parti Cinta Sabah berhadapan calon PARTI KEBANGSAAN SABAH, Warisan, BN, SAPP rakan Gabungan Sabah berentap pada 9 Mei 2018. Oleh. Basron Kirwan


BEKAS CALON DAP SEPANGGAR BERTANDING PARTI STAR
Jeffery Kumin (gambar) yang bertanding atas parti DAP pada pru ke 13 lalu dengan undi lebih kurang 13,000 kini bersaing sekali lagi atas parti STAR berdepan dengan BN, WARISAN, PCS, dan PKS yang menanti saat getir pada 9 Mei 2018, mampukah Jeffery Kumin meraih sokongan Undi Cina berikutan DAP dan KEADILAN berkempen membantu calon Warisan secara habis habisan terserah dengan jentera beliau dan GS yang dilapor bergerak selamba sahaja. Oleh Williem Anak Lagau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan