Isnin, 2 April 2018

 Oleh. Noor Abdullah/Basron Kirwan
KLINIK KESIHATAN PERLU PENAMBAH BAIKAN
Sepanggar. Penal Penasihat Klinik Kesihatan Menggatal meminta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia peruntukan penambahbaikan prasarana dalam dan luar Klinik tersebut mengikut keutamaan penting sangat walaupun dilaksanakan secara berperingkat demi menampung keperluan pesakit seluruh kawasan Sepanggar tiap hari, klinik tersebut bukan sahaja sempit malah serba serbi kekurangan dalam pelbagai prasarana dalaman yang menjadi kepentingan pemeriksaan dan rawatan terbaik seluruh pesakit yang meminta rawatan  setiap hari tanpa rasa perit membuat kerja kerja walaupun dalam pelbagai kekurangan termasuklah kekurangan bilik bilik perubatan amnya yang dianggarkan berjumlah kos
Pembaikan dalam dan luar berharga lebih kurang 1.4 Juta ringgit  Malaysia.
Pengurusi Penasihat Penal Kesihatan Menggatal Mr. Tong Chung Hing berkata demikian dalam pertemuan Media Terkini sempena lawatan kerja rasmi  Datuk Seri Panglima  Abdul Rahman Dahlan yang diwakili Dr. Kibin Samad Setiausaha politik DSP Menteri DiJabatan Perdana Menteri pada 2  April  2018,  malah program tersebut turut disertai sebahagian ahli ahli penal kesihatan kawasan Menggatal dan beberapa Pegawai Kanan dari kesihatan Kota Kinabalu tegas beliau. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dr. Ibrahim Ali Timbalan Pengarah Kesihatan Awam yang mewakili Datuk Dr. Christina Rundi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Jiloris Sepanggar,  Fredrick Dony Pegawai Kesihatan Kota Kinabalu,  Fredoline Totin Bangon Pemimpin Pembangunan Masyarakat Merangkap Ketua Bahagian PBS N. 13 Inanam, En. Christhoper Motigil Pemangku Ketua Bahagian Parti UPKO Parlimen P. 171 Sepanggar,  Dr. Juliana Udora Abd. Jalal Yang Menjaga Klinik Kesihatan Menggatal serta seluruh kakitangan Klinik Kesihatan Menggatal amnya wakil wakil dari Polis kawasan Menggatal beberapa badan sukarela serta beberapa orang JKKK sekitar Menggatal Kota Kinabalu, dengan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan jika klinik kesihatan Menggatal mendapat segala kelengkapan yang diperlukan demi para pesakit yang mendapat rawatan setiap hari visi kakitangan klinik tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan