Ahad, 15 April 2018

 Oleh. Jopis Anak Lagau
ANCAMAN DARI LUAR PERLU DITELITI
(JANGAN SILAP MAIN SOKONG POLITIK)
Sabah. Percaturan politik yang terlalu banyak dalam negeri ini memerlukan penelitian rapi dikalangan rakyat jelata terutama masyarakat anak negeri diluar bandar dimana jika tersilap pilih mampu merugikan generasi keturunan mereka, apa yang kita lihat masa kini pergolakan diluar negara ialah kemelut penindasan orang yang tidak berdosa ini kan pula tanah air Sabah yang kerdil mampu menahan tekanan orang luar jika kita tersilap pilih pemimpin yang sedia ada bertungkus lumus mengekang kebanjiran orang luar tidak bernegara namun masih tidak habis dinegeri ini.
Kajian beberapa pesara keselamatan tanah air menyifatkan BN masa kini berada dilandasan benar membela serta memajukan negeri Sabah walaupun bukan dalam sekelip mata namun jelas nampak ketelusan perjuangan mereka khususnya Sarawak dan Sabah, namun bagi segelintir pemimpin parti pembangkang pula terlalu jauh melihat misi dan visi perjuangan mereka dengan tidak menumpukan sumbangan orang kampung walaupun mereka meminta undian dalam pilihan raya demi mencapai target impian sebagai wakil rakyat.
Isu pendedahan Herdeing Ansulok pesara keselamatan dalam pertemuan dipekan Keningau hari ini sebagai mengulas percaturan politik Sabah masa kini walaupun pelbagai usaha kerajaan BN membangun rakyat tanpa mengira bangsa namun masih ada orang tempatan Sabah sanggup menidak segala usaha pemimpin kerajaan terkini demi mencapai agenda jawatan mereka, sungguhpun ada pegawai rendah kerajaan BN masa kini yang memilih rakyat untuk dibantu namun ianya hanya 0.1% sahaja dan boleh ditukar ganti jika rakyat jelata bersatu membuat penyingkiran golongan terlibat menerusi aduan kepihak atasan berpandukan pada bukti bukti yang jelas tegas beliau.
Media Terkini difahamkan sungguhpun pelbagai kawalan ketat kerajaan BN berhubung PATI namun sentiasa juga tangkapan kemasukan mereka ke Sabah setiap bulan akibat ada tempat berteduh dalam Sabah tanpa susah payah menyewa, PATI memasuki negeri ini memiliki pelindung saudara mara mereka yang sudah menjadi warganegara atau penduduk tetap dengan pelbagai helah melindungi mereka termasuklah berpakaian ketayap jubah supaya dianggap warak dengan pengetahuan agama walaupun ianya sekadar melindungi orang tanpa dokumen yang sah.
Beringatlah memilih pemimpin parti politik menerajui kerajaan negeri ini  dalam jangka masa panjang supaya seluruh rakyat jelata terpelihara  termasuk lah diperingkat luar bandar disamping memperkasa pembangunan dan ekonomi tanah air Sabah.
Gambar pendatang tanpa izin dari Indonesia tertangkap dikawasan Tawau, peperangan di Syiria bukan kepalang akibat pergolakan dalam negara mereka dengan campur tangan orang luar, dan Gambar peminta sedekah golongan pelancong asing melambak seluruh Sabah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan