Jumaat, 25 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. ISU PENCEROBOH MENCULIK DIMANA DALANGNYA?
Sabah. Kes Kes penculikan yang berlaku sekitar perairan pantai timur negeri ini meliputi zon perintah berkurung perlu kajian terperinci dikalangan penduduk yang bermastautin tetap seluruh ceruk rantau zon perintah berkurung yang dipercayai kerjaya subahat cari makan, kemelut penculikan dalam kawasan perintah berkurung juga dipercayai kerja kerja terancang dikalangan bergelar orang dalam bagi mengaut untung dan sabotaj menjatuhkan nama baik pasukan keselamatan khususnya kerajaan negeri Sabah dimata negara luar.
Selain dari itu penculikan dalam kawasan perairan perintah berkurung tidak perlu persalahkan pihak kerajaan memandangkan ada juga pihak penyokong parti pembangkang berkongsi tempat kerja dan tempat tinggal dikalangan warga asing tanpa izin dalam Sabah, tohmahan sebilangan penyokong parti pembangkang bagi menyalahkan pihak kerajan merupakan sekadar politik murahan dimana pandai bercakap tapi tidak serupa bikin orang kata sekadar ingin mencari pengaruh politik agar dipilih menjadi YB supaya tiap bulan di bayar gaji.
Tidak kurang juga hebat sebilangan orang pembangkang disesebuah daerah mengutuk pendatang tanpa izin yang terdapat dalam negeri Sabah namun bila PATI jemput belanja dikedai KOPI kecil tapak tangan baldi cuba dipenuhkan apa juga hidangan, jelas sekali ramai masyarakat Sabah khususnya sebilangan orang parti pembangkang suka salakan orang lain namun duduk kedai kopi PATI korban belanja bagai kata baling batu sembunyi tangan agar tembelang mereka terus tersembunyi sampai pilihan raya.
Pendedahan Georgei Tonukod seorang bekas anggota keselamatan selama 18 tahun dan banyak mengalami asam garam kehidupan menjaga keselamatan negara terutama perairan Sabah yang luas terbentang dan tidak senang melakukan tugas kawalan setiap jam, jika golongan orang pembangkang menuding jari memyalahkan mana mana pihak berhubung kes penculikan dikawasan perintah berkurung sekarang elok lah mereka cuba menjadi pengawal pantai siang dan malam kurang 7 hari agar merasai kepayahan nya ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan