Rabu, 31 Ogos 2022

SIAPA TAWAN PARLIMEN KENINGAU? 

Berita Ringkas 

Oleh. Jasly Dollah

Keningau. Penduduk parlimen Keningau berhak memilih pemimpin parlimen mereka pada pru ke 15 tanpa terpengaruh kesukuan nama atau pangkat sekalipun asalkan berwawasan untuk seluruh warga parlimen tersebut sepanjang masa. 

Matlamat rakyat memilih pemimpin parlimen mereka adalah memerlukan pemimpin yang senang dihubungi atau ditemui pada bila bila masa walau dimana juga berada, sebaliknya pru ke 15 kali ini merupakan tekad seluruh penduduk parlimen Keningau dari Dun Liawan, Dun Bingkor serta Dun Tambunan  sepakat hanya memilih satu sahaja ahli parlimen yang berjiwa bersama rakyat dalam apa juga situasi. 

Perpecahan undi dengan membahagikan sampai 6 hingga 7 calon parlimen hanya merugikan seluruh warga parlimen Keningau dalam jangkamasa panjang apa tak lagi memberi ruang kemenangan terhadap calon yang sukar ditemui rakyat apa tak lagi sukar dihubungi talian telipon mereka pastinya rakyat keningau yang menanggong risiko pemimpin jauh pada rakyat. 

Antara suara yang sempat ditemui kru media terkkni sepanjang jelajah parlimen Keningau minggu lepas dimana warga desa bukan semua dapat bersemuka dengan MP mereka sepanjang 5 tahun memimpin dikawasan mereka sejak sekian lama dan ini lah masa pru ke 15 rakyat memastikan pemilihan mereka tepat jelas beberapa aktivis masyarakat setempat yang ditemui.

Parlimen Keningau dilapirkan bakal pertembungan dengan GRS terajui PPBM, Pakatan Harapan teraju UPKO, Parti WARISAN SABAH dan Barisan Nasional autonomi UMNO Sabah dimana sehingga hari ini belum memiliki sebarang kerjasama yang jelas perkongsian mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan