Ahad, 21 Ogos 2022

PARLIMEN TUARAN SIAPA BERPENGARUH? 

Oleh. Gufkir Aming 

Tampaluri. Persaingan politik kawasan parlimen Tuaran cukup hebat dan panas berikutan belum ada tanda permaufakatan  GRS dan BN khususnya agihan kerusi pada pru kali ke 15 kelak.

Mereka akan disaingi oleh Pakatan Harapan UPKO dan Parti WARISAN Sabah jika kedua parti ini tidak mampu berkerjasama sehingga pru kali ke15 akan datang.

Kerusi parlimen Tuaran terdiri dari 4 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuklah Dun Dalit (Umno), Dun Sulaman  (PPBM),  Dun Tampaluri (PBS), dan Dun Kiulu (PBS) menerajui masa kini namun PH WARISAN , PEJUANG, dan beberapa parti kecil turut membayangkan mahu bertanding dalam pru ke 15 akan datang.

BN dari UMNO, PBRS, MCA dan MIC perlu bergerak awal supaya mampu menyelami hari naluri rakyat diperingkat akar umbi jika mahu berhasrat memenangi kerusi Parlimen tersebut pada pru kali ke 15.

Sementera media terkini dimaklumkan UPKO PH dan WARISAN secara diam bergerak mendampingi rakyat jelata sebagai meraih sokongan rakyat jelata terhadap perjuangan parti mereka yang berada dalam pembangkang masa akan datangn.

Pelbagai usaha kru Media Terkini menghubung ahli parti politik GRS, PH UPKO dan WARISAN namun gagal tanpa sebarang jawapan sehingga befita ini ditulis. 

Apapun terserah kepada pemacu parti politik kawasan parlimen Tuaran bagi meraih sokongan seluruh pengundi kawasan tersebut dimana rakyat lebih berkuasa bagi memilih pemimpin mereka yang benar benar memahami masaalah mereka sepanjang 5 tahun  berikutnya.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak menyebarkan amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan