Ahad, 21 Ogos 2022

GENAP SETAHUN PM MALAYSIA 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Pencapaian khidmat tertinggi dan memberangsangkan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia masa kini genap setahun pada Ahad 21 Ogos 2022. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera merangkap Naib Presiden Umno menamakan kerajaan Malaysia masa kini sebagai Keluarga Malaysia yang cukup sinonim mengutamakan kepentingan rakyat jelata yang  berpendapatan rendah sejak menjawat Perdana Menteri.

Keberkesanan pencapaian khidmat beliau sebagai Perdana Menteri cukup dirasai seluruh tanah Melayu dimana dapat menurunkan harga ayam daging yang cukup rendah namun tidak jelas dinikmati seluruh Sabah yang masih tinggi kadar harga ayam dan minyak masak sehingga hari ini.

Masaalah harga ayam, telur, minyak masak di Sabah perlu tindakan drastik kerajaan negeri walau dengan apa cara sekalipun bagi memastikan keseragaman diseluruh negara.

Kebijaksanaan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia dalam menangani pelbagai masaalah rakyat semasa pandemik covid 19 harus dicontohi setiap pemimpin kerajaan terutama di Sabah jika mahu rakyat hidup dengan lebih selesa tegas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya menyebarkan serta memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan