Ahad, 28 Ogos 2022

GABUNGAN GTA BERSAING SENGIT 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur.  Parti didalam gabungan tanah airku bertekad mahu meraih sokongan dikalangan penyokong pengundi Melayu, India dan Cina diseluruh tanah melayu namun dilaporkan berkawan dengan parti Warisan bagi negeri Sabah sebagai persediaan dalam pru ke 15 pada bila bila masa sahaja. 

GTA juga bersaing dengan Parti Perikatan Nasional pimpinan PPBM, Parti Pakatan Harapan Harapan dan Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 15 dimana sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang perbincangan mereka mempunyai kerjasama diantara satu sama lain. 

Percaturan politik GTA, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dengan tunjang Barisan Nasional dari UMNO terus meraih sokongan rakyat dengan pelbagai kata ditabur padar seluruh rakyat Malaysia yang sedap didengar namun rakyat banyak mengharap bantuan berterusan untuk rakyat berpendapatan rendah. 

Slogan Anti Rasuan, Tolak Rasuah, Musuhi Rasuah tidak menarik bagi rakyat orang kampung atau rakyat berpendapatan rendah memandangkan mereka tidak langsung melihat apa itu rasuah didalam hidup mereka sepanjang hayat. 

Warga kampung dan rakyat miskin hanya mahu pemimpin kerajaan yang berupaya memberi kepelbagaian bantuan untuk rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah sepanjang masa  dan rakyat tidak mahu campur hal dengan pihak yang memberi dan menerima rasuah disebabkan mereka tidak nampak kes serupa yang berlaku. 

Para pemimpin tertinggi parti politik saling meminta sokongan rakyat jelata namun bila sudah sudah jadi YB terlalu sedikit yang mengingati golongan rakyat miskin pengundi mereka apa tak lagi menghulur bantuan memang jauh sekali. 

Apapun percaturan politik yang ada masa kini seluruh rakyat Malaysia termasuklah Sarawak dan Sabah bijak berfikir memilih pemimpin prihatin pembela rakyat memandangkan kami yang berhak memangkah undi setiap kali pilihan raya jelas mereka yang ditemui hari ini. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya menyebarkan dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan