Isnin, 15 Ogos 2022

KES RAYUAN DATUK SERI NAJIB DISOKONG MORAL 

Oleh. Basron Kirwan. 

Kuala Lumpur. Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersendirian dalam kes rayuan nya yang diterima hari ini di Istana Kehakiman 

Puterajaya hari ini, malah di temani beberapa penyokong UMNO BN yang terus setia memberi semangat walau apa juga pun keputusan segala rayuan Bekas Perdana Menteri tersebut. 

Semua kes yang ditempuhi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melemahkan semangat para penyokong beliau menunggu segala keputusan setiap hari menemaninya dan ramai juga merasa yakin mantan Perdana Menteri tersebut  mendapat hidayah kemenangan dari semua kes yang ditempuhinya.

Berdasarkan perkembangan semasa terdapat  dua pandangan yang dirumuskan oleh para penyokong UMNO BN bahawa doa dikalangan penyokong setia UMNO BN merasa yakin kemenangan boleh berpihak terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala dipihak penyokong parti pembangkang yakin Mantan Perdana Menteri berkenaan boleh disabitkan kesalahan seperti yang telah dijatuhkan terdahulu bagi mereka setiap masa.

Apapun kita tidak perlu membuat andaian mengikut naluri hati masing masing dan biarlah semua hakim bijaksana yang menentukan semua isu tersebut sehingga selesai. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita serta menyebarkan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan