Sabtu, 27 Ogos 2022

Berita Ringkas 

MAMPUKAH GPS DIGUGAT 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sarawak. Tekad lima parti pembangkang negeri Sarawak bergabung dalam menghadapi pilihan raya kali ke 15 berharap memperolehi sokongan setiap pengundi dinegeri mereka. 

Tekad ini disertai PSB, PBK, PARTI SEDAR, PBDSB dan ASPIRASI  namun adakah mereka mampu menggugat kekuatan Gabungan Parti Sarawak yang menerajui kerajaan negeri masa kini.

Seandainya gabungan parti pembangkang sepakat dalam agihan kerusi dalam pru ke 15, bagaimana dengan Pakatan Harapan seperti PKR, AMANAH dan DAP serta PPBM yang berpusat di Semananjung Malaysia mampukah membentuk gabungan bagi mendapat sokongan pengundi Sarawak.

Berdasarkan jentera persediaan semua parti politik Sarawak masa kini mereka yakin bahang pilihan raya sudah menghampiri  dan perlu bersiap siaga mendekati rakyat agar memperolehi sokongan padu semasa pilihan raya. 

Siapapun bertanding dan parti mana sekalipun mahu merebut kerusi parlimen negeri Sarawak yang jelas hanya rakyat jelata sahaja yang berhak memilih calon yang diyakini rakyat boleh memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat Sarawak tegas penduduk yang ditemui.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan