Jumaat, 19 Ogos 2022

KEMANA TANGGONGJAWAB ORANG BARU 

Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Orang baru negeri ini ditanya kemana tanggongjawab anda dalam memelihara kuasa dan hak orang asal asli Sabah?, soalan ini didedahkan oleh aktivis orang asli Sabahan berikutan kian menjadi jadi orang baharu Sabah dengan menguasai segala kemudahan awam setiap 

hari tanpa menghormati orang asli Sabahan terutama golongan pesara Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang tidak mereka kenali didepan mata.

Kebanyakan kelakuan ini dilakukan oleh sebilangan pemandu bus mini yang kedengaran bahasa pun masih diimport dari negara jiran bahasa mereka namun perhentian bus tengah jalan semua mereka kuasai tanpa ruang kenderaan lain 

ujar orang asli Sabah hari ini. 

Perbuatan sebilangan pemandu ini dilaporkan orang asli Sabahan memakan masa bertahun tahun namun masih tidak ada tindakan dari pihak kerajaan Sabah masa kini bagai tidak kelihatan perbuatan orang baru dinegeri ini. 

Sehubungan dengan pendedahan ini Kementerian Pengangkutan Malaysia diminta turun padang melakukan penyamaran bagi melihat sendiri perilaku pemandu bus mini orang baru yang bagaikan semua bus stop milik mereka sebagai terminal tetap sepanjang masa tanpa ada peluang orang lain menggunakan bus stop berkenaan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat turun, mencetak, menyebarkan serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan