Rabu, 31 Ogos 2022

DIMANA JOH LOW BERADA ? 

Oleh. Huzera Ben 

Australia. Sejak Joh Low menghilangkan diri tidak ada satu pun berita berhubung penemuan beliau dimerata dunia malah tidak diketahui bagaimana beliau meneruskan empayar perniagaan nya disetiap negara sampai masa kini. 

Sedihnya bagi warga Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun menjadi penghuni penjara Kajang yang dikaitkan 1MDB namun Joh Low terus bebas bagai dunia tak mampu menemui beliau dimana berada pada masa sekarang apa tak lagi menjadi saksi utama dengan kes yang berprofile tinggi tersebut. 

Benarkah Joh Low  telah menjadi golongan orang ghaib atau ada negara didunia sengaja melindungi beliau bagi mengelak memasuki negara Malaysia?, ini lah persoalan yang cukup sukar dijelaskan memandangkan sehingga hari ini tidak ada satu pun berita mendedahkan pernah menemui beliau semasa bersembunyi sekitar pelusuk negara seluruh dunia.

Terdapat rumusan bahawa Malaysia boleh meminta khidmat golongan Penyiasat Antara Bangsa Dari Amerika Syarikat atau kuasa kuasa besar dunia mencari Joh Low bagi merungkai sebenar kes yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga menjadi penghuni penjara Kajang masa kini. 

Sesungguhnya sepandai pandai Tupai Melompat Akhirnya Suatu Masa Ianya Jatuh Ketanah juga, demikian juga Joh Low pada suatu masa nanti akan diketahui juga kemana ianya bersembunyi selama ini menurut badan badan penyiasat bebas dirantau ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus  Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan