PARTI MANA BERPENGARUH
Oleh. Tedung Selar
Sabah. Percaturan parti politik negeri ini panas berikutan sebanyak 25 kerusi parlimen bakal direbut menjadi wakil parlimen namun berpuluh parti yang berhasrat mahu mengintai peluang dalam semua kerusi parlimen tersebut.
Percaturan parti politik berkenaan juga bergantung kepada jentera diperingkat cawangan sejauh manakah pengaruh pemimpin dan keupayaan diperingkat akar umbi bagi meraih sokongan rakyat mengundi parti politik mereka kearah kemenangan pilihan raya kelak.
Ramai pemerhati politik meramalkan perebutan kerusi parlimen negeri Sabah pada pru ke 15 sememang cukup panas dan dijangka melebihi 6 penjuru setiap kerusi parlimen yang akan dipertandingkan ungkap beberapa pemerhati politik yang ditemui hari ini.
Diantara parti yang panas ialah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui PPBM, Barisan Nasional yang diterajui UMNO autonomi Sabah, Parti WARISAN Sabah dan Pakatan Harapan yang diterajui UPKO parti Sabahan disamping beberapa parti kecil kecil Sabahan yang bergerak senyap masa kini.
Media Terkini Malaysia yang cuba menjejaki beberapa pemimpin tertinggi dari GRS, BN, PH dan Warisan gagal dan tidak ada jawapan semua yang dihantar bagai belum bersedia untuk mendepani media massa melainkan LDP Sabah yang sudah beberapa kali suai kenal dengan Media Terkini Malaysia Borneo.
Jentera pergerakan pemuda LDP Sabah muda mesra dengan rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama dimana tanpa rakyat pengundi calon mewakili parti tidak mampu memenangi mana mana kerusi yang bakal ditandingi dalam misi beberapa pemimpin pemuda LDP yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan