Selasa, 30 Ogos 2022

SEMANGAT WARGA DIAMBANG MERDEKA 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sambutan Kemerdekaan sekitar lokasi terpilih tempat Bumi Panglima  Rentap menghimpunkan masyarakat Betong di Dewan Sukan Datuk Amar Tan Sri Stephen Kalong Ningkan malam tadi. 

Tidak diduga warga Betong membanjiri lebih 2000 orang dimajlis Sambutan Kemerdekaan  Malaysia ke 65 tahun memberi semangat pelbagai lapisan masyarakat setelah 2 tahun tidak meraihkan Hari Kemerdekaan berikutan pandemik covid 19.

Selain dari itu ada juga warga Betung teruja menyambut Kemerdekaan tahun ini dengan semangat aura Kebilangan Panglima Rentap di Bumi Betung ini tegas mereka penuh sayu mengenang pahlwan mereka dahulu. 

Turut hadir pada majlis Sambutan Hari Kemerdekaan kawasan Betung malam tadi ialah Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak bersama Isteri Datin Amar Doreen Mayang.

Acara kemuncak sambutan kemerdekaan Bumi Panglima Rentap di Betong ialah persembahan Bunga Api yang sangat meriah dan dikawal ketat pasukan keselamatan  bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang majlis tersebut. 

Ramai menteri negeri Sarawak yang hadir serta para pegawai kanan kerajaan sekitar yang membanjiri sepanjang majlis sambutan hari merdeka berkenaan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan