Oleh. Tedung Selar
RAHMAT KERJA PENDEK
Kuala Lumpur. Jadual berkerja seminggu dari 48 jam yang diturunkan ke 45 jam satu rahmat kepada seluruh kakitangan awam kerajaan diseluruh negara, namun bagaimana nasib dikalangan kakitangan sektor swasta adakah mereka juga memperolehi manafaat tugasan yang sama demi keseimbangan kerjaya dan pendapatan bulanan masing masing.
Kerajaan perlu mencari kaedah kepada pekerja swasta agar mendapat sebarang manafaat dengan pengurangan tempoh masa bertugas bermula 1 September 2022 supaya sama sama mendapat manafaat dengan segala apa yang dibentangkan oleh kerajaan masa kini.
Perkhidmataan selama 45 jam dalam seminggu juga perlu diambil kira seluruh majikan syarikat swasta supaya mencari kaedah untuk kakitangan mereka mendapat sedikit rehat dalam kerjaya harian mereka selari dengan pengurangan masa kerja di Jabatan Jabatan Kerajaan.
Sektor swasta perlu seiring dengan jabatan kerajaan bagi meringankan bebenan para kakitangan mereka sepanjang berkhidmat dengan pelbagai syarikat swasta diseluruh negara.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan