Khamis, 18 Ogos 2022

TEKA TEKI PARLIMEN KENINGAU PRU KE 15 ? 

Oleh. Gifkir Aming 

Keningau. Percaturan parlimen Keningau terus menjadi teka teki sampai hari ini berikutan belum ada sebarang kerjasama jelas  antara Gabungan Rakyat Sabah dengan Barisan Nasional sampai hari ini yang dimeterai bagi mendepani Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah menjelang pru ke 15.

Parlimen Keningau pada PRU ke 14 dimenangi oleh BN menerusi parti STAR menerusi Datuk Dr. Jeffery Kitingan Presiden Parti STAR namun kini partinya menyertai GRS pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia bagi negeri Sabah masa kini jelas warga Keningau.

Barisan Nasional parlimen Keningau masa kini dianggotai oleh parti UMNO, PBRS, MCA dan MIC dimana menurut warga Keningau yang masih setia terhadap BN salah satu pemimpin berwibawa didalam keempat empat parti tersebut bakal dipilih calon mendepani pru ke 15 akan datang lapor mereka.

Media Terkini dimaklumkan penduduk Keningau bahawa Gabungan Rakyat Sabah disokong oleh BERSATU, PBS, STAR, USNO, PAS, KDM, SAPP dan beberapa parti kecil tempatan berhasrat menyokong gabungan tersebut ujar mereka.

Sebilangan warga Keningau yang sempat ditemui yakin BN masih mendapat tempat dihati para pengundi seluruh parlimen Keningau dalam masa pru ke 15 apa tak lagi jika semua jentera bahagian BN terus turun padang menemui setiap rumah rakyat yang mengundi diseluruh parlimen tersebut tegas mereka. 

Kesesuaian pemilihan calon BN Keningau dilaporkan warga Keningau adalah dikalangan ahli parti UMNO atau PBRS sebagai mendepani GRS, PAKATAN HARAPAN dan WARISAN jika mereka mahu bertanding dikawasan tersebut ulas penduduk Keningau hari ini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya menyebarkan, memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarang  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan