Sabtu, 20 Ogos 2022

SISIPAN KAD MENGEJUTKAN 

Oleh. Gason 

Sabah. Kumpulan dilaporkan peminjam wang tanpa lesen bergerak aktif mengedarkan KAD yang disisip setiap pintu kenderaan persendirian setiap hari. 

Kumpulan terlibat juga  bergerak pantas dan bersembunyi dari pengawasan pihak berkuasa sehingga sukar dikesan pergerakan mereka namun masih ada individu terdesak melanggani pinjaman terlibat tanpa memikirkan risikonya dihari kemudian.

Kebanyakan agent pengedar KAD PINJAMAN tanpa lesen adalah dikalangan warga asing yang diragui status mereka malah ada yang langsung  tidak mengerti bahasa melayu bila terserampak dengan warga Melayu menyapa mereka. 

Kumpulan pengedar KAD PINJAMAN juga hanya menghulur kad mereka tanpa bersuara dengan setiap yang ditemui sepanjang hari walaupun ramI yang mahu bertanya lebih jelas berkaitan status pinjaman terlibat.  

Gerakan skim pinjaman along dilaporkan berpengaruh dengan rangkaian ramai bergerak mengedar kad pinjaman muda tanpa disedari masyarakat masa kini mereka dipengaruhi dengan pelbagai daya tarikan melekat dalam setiap kenderaan mereka tiap hari. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuatkan dan menyebarkan berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan