Selasa, 23 Ogos 2022

SEMANGAT TANGISAN PENYOKONG  

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Apapun terjadi den

gan hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia para penyokong beliau tetap mendoakan supaya mendapat hidayah 
dan pengampunan disuatu masa nanti sejajar dengan bakti beliau pada negara dan rakyat berpendapatan rendah diseluruh negara sepanjang 

 tempoh beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kesungguhan dan ketabahan para penyokong menanti sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke Penjara Kajang cukup memilukan malah ada yang berharap keluarga dan peguam beliau terus mengemukakan permohonan Pengampunan kepada yang paling tertinggi dinegara ini ujar penyokong beliau. 

Kru Media Terkini dimaklumkan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak diseluruh negara akan terus mendoakan keampunan dirinya dari Allah swt dan mampu mengharungi cabaran yang dilaluinya masa kini sehingga ada keajaiban keampunan dari pemimpin tertinggi dinegara ini jelas penyokongnya.

Ramai peguam yakin langkah memohon pengampunan dari pemimpin tertinggi negara Malaysia boleh dikemukakan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini bagi mendapat pengampunan hukuman yang dijatuhkan keatas Mantan Perdana Menteri tersebut.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan