Rabu, 14 September 2022

JASA PEMIMPIN BAHARU TIDAK DILUPA 

Oleh. Norsham Tukirin

Inanam. Penduduk kampung Dambai tidak akan melupakan keprihatinan pemimpin dan penggerak jentera PBRS En. Paul Paut yang pertama kali bersama warga kampung kami penuh mesra dan prihatin pada warga yang susah. 

Wong Sui Ming (Gambar duduk bertongkat) berkata

demikian sejurus menerima sumbangan hamper dari badan ngo dan syarikat swasta yang disampaikan oleh En. Paul Paut di Kg. Dambai pada Ahad yang lepas. 

Wong Sui Ming juga yakin seluruh penduduk Kg. Dambai yang hadir dalam lawatan pertama En. Paul Paut akan terus mengingati jasa beliau sampai bila bila walaupun tidak berjawatan dalam politik bahagian Inanam namun mampu menemui warga kampung Dambai katanya.

Menurut Wong Sui Ming, penduduk Kg. Dambai hanya dimaklumkan En. Paul Paut merupakan jentera penggerak kerja Parti Bersatu Rakyat Sabah semasa melawat kampung tersebut namun dari kemesraan nya membuktikan beliau memahami derita rakyat yang susah dan perlu bantuan tegasnya.

Wong Sui Ming optimis jika PBRS pusat memberi ruang beliau (En. Paul Paut) terus menjadi pemimpin PBRS pasti lebih banyak rakyat memberi sokongan terhadap kepimpinan orang yang prihatin berterusan jangka panjang bukan sahaja untuk penduduk Kg. Dambai  malah seluruh kawasan N. 18 Inanam ujarnya. 

Kebanyakan penduduk Kg. Dambai yang ditemui dalam majlis tersebut juga percaya kepimpinan En. Paul Paut akan lebih terserlah mendampingi rakyat N. 18 Inanam jika beliau diberi peranan dalam memimpin PBRS oleh Presiden parti dimasa hadapan.

Turut hadir pada majlis perjumpaan pertama kali PBRS Kg. Pemotodon ialah Datuk Kalakau Untol dan beberapa pemimpin dari PBRS pusat yang sangat mesra rakyat ujar warga Kg. Pemotodon.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan