Isnin, 19 September 2022

RAMAI PEMIMPIN POLITIK BAHAGIAN  SUKAR DITEMUI 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Beberapa pemimpin parti politik bahagian dinegeri ini (bukan BN) dilaporkan rakyat sombong dan ego bila dihubungi oleh rakyat pengundi dikawasan mereka sendiri malah ada yang dihantar pesanan ringkas langsung tidak berjawab.

Kes seumpama berlaku bukan perkara baru malah telah bertahun tahun kes seumpama berlaku tanpa ada yang berani bersuara walaupun pernah ditegur bersua muka namun tidak pernah berubah tegas rakyat jelata yang ditemui dekat sini. 

Rakyat jelata bertanya juga besar sangat kah jawatan pemimpin parti politik diperingkat bahagian sehingga tidak lagi menghiraukan segenap lapisan rakyat jelata walau dalam kawasan mereka sendiri tegas penduduk yang ditemui. 

Dengan teguran ini setiap pemimpin parti politik diperingkat bahagian perlu menumpukan usaha mendekati rakyat jelata jika mahu meminta sokongan didalam pilihan raya namun jika tidak mahu sokongan undi biar lah dilupakan segenap lapisan rakyat. 












Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pelbagai pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan