Isnin, 12 September 2022


 PERBUATAN MEMALUKAN ANGKARA ALONG? 

Oleh. Tedung Selar 

Sabah. Penduduk negeri ini kesal dengan tindakan memalukan orang lain dengan menampal POSTER PELBAGAI TULISAN semata mata mahu menjatuhkan reputasi  khususnya penjawat awam. 

Setiap orang yang melakukan kesalahan mahupun sebarang penipuan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan khususnya Polis DiRaja Malaysia bagi melakukan siasatan dan bukan menggunakan tindakan sendiri tanpa merujuk perundangan.

Antara luahan masyarakat Sabah berhubung kumpulan dipercayai pinjaman wang paksa dan tidak berlesen yang sesuka hati memalukan orang lain tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa bagi mengambil tindakan jika perkara yang ditulis adalah benar.

Pelbagai gambar yang dihantar orang ramai bertampal didinding setiap bangunan kedai dengan tulisan memalukan individu mengikut emosi mereka (ALONG) sekadar memalukan orang lain tegas masyarakat sekeliling hari ini. 

Sehubungan dengan paparan ini segenap lapisan masyarakat Sabah wajar berhati hati serta menjauhi  skim pinjaman tidak berlesen (ALONG) bagi mengelak mereka dimalukan sebaik tidak mahu membayar berganda ganda pinjaman kecil yang mereka buat. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan