SEMUA WARGA PERLU BERTINDAK ISU BUANG BAYI
Oleh. Gason Dumiri
Tambunan. Semua warga penduduk kawasan Tambunan perlu bertindak memastikan kaum wanita yang melahirkan bayi agar tidak membuangnya ditengah jalan seperti yang tular baru baru ini.
Ketua Ketua Kampung dan seluruh JPKK perlu memastikan warga penduduk mereka tidak melakukan perbuatan membuang bayi walau apa keadaan sekalipun demi menyelamatkan nyawa kanak kanak yang tidak berdosa sehingga dibuang ditepi jalan raya.
Untuk rekod tular bayi dibuang beberapa hari lepas diatas jalan raya dalam daerah Tambunan dan pihak polis dilaporkan masih menyiasat kejadian tersebut disamping meminta orang ramai yang mengetahui kes tersebut menghubungi pihak polis.
Kejadian buang bayi bukan perkara baru malah telah lama berlaku diseluruh negeri ini namun masih ramai golongan yang sengaja tidak menyedari perbuatan mereka melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan.
Antara kes seumpama berlaku dilaporkan menurut sumber maklumat orang ramai ialah, wanita dan lelaki berkerja kilang yang bebas bergaul dibiarkan ibu bapa mereka sehingga bebas pergaulan khususnya berbeza agama sampai berlaku perbuatan sumbang namun terus dibiarkan ibu bapa sumber laporan orang ramai.
Wanita dan Lelaki Kilang berlainan agama terus bebas berhubungan intim manakala ibu bapa sekadar mendiamkan diri asal sianak tiap bulan hantar duit bebas berikutan dengan lelaki tanpa ditegur ibu bapa mereka jelas orang ramai hari ini.
Sehubungan dengan kejadian kejadian seumpama semua pemimpin kampung yang dilantik kerajaan perlu saling berkerjasama dengan pemimpin kampung lain bagi menangani wanita dan Lelaki kilang bergaul bebas sehingga menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling setiap masa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan