Ahad, 25 September 2022

Sorotan Seminggu 

AKTIVITI PROGRAM KEMASYARAKATAN PERLU PENONJOLAN 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Penduduk negeri ini yang menganjur pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan perlu ditonjolkan sebagai contoh teladan masyarakat sekeliling sepanjang masa khususnya dimusim cuti hujung minggu. 

Membiarkan sebarang program dan aktiviti seumpama sebagai fail penganjur tidak mampu membuka minda masyarakat bagi mencontohi aktiviti yang berguna kepada pelbagai lapisan masyarakat didalam jangkamasa 
panjang contoh generasi muda mudi.

Sepanjang bulan Septembar 2022 lensa kamera penduduk tempatan memaparkan terlalu banyak program bergotong royong penghujung minggu dianjurkan penduduk dan kakitangan kerajaan, namun semua program tersebut sekadar fail golongan penganjur tanpa dihebahkan sebagai tatapan umum serta menarik sokongan masyarakat sekeliling menjayakan aktiviti serupa dipelusuk negeri ini sepanjang tahun musim ada kelapangan.

Mujurlah terdapat lensa kamera masyarakat yang menyalurkan maklumat seumpama sebagai bahan rujukan umum betapa baiknya setiap kampung menganjur aktiviti gotong royong terbuka dihujung minggu bagi pembersihan, malah ianya juga mampu memupuk kerjasama serta perpaduan dan permaifakatan masyarakat sejagat dalam apa juga program yang boleh dianjurkan bersama sepanjang tahun ujar orang ramai yang ditemui. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan