Selasa, 6 September 2022

POLITIK SABAH GOYAH 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Pemacu politik dalam 25 kawasan parlimen Sabah perlu berkerja keras bagi meraih undi rakyat menjelang pru ke 15 akan datang. 

Kegagalan pemacu politik meraih undi dari rakyat jelata bakal memberi tamparan hebat jika sebilangan besar rakyat jelata enggan mengundi calon parti yang bertanding malah mungkin ramai yang bakal kehilangan wang pertaruhan selepas proses pilihan raya. 

Antara calon parti bertanding yang ditolak awal oleh rakyat ialah; Sombong ditemui rakyat, tidak prihatin masaalah rakyat, menafikan sebarang pandangan bernas rakyat,  telunjuk lurus  kelingking berkait,  lain dimulut lain dihati dan bermacam lagi ragam calon yang sangat dibenci rakyat jelata. 

Sejak beberapa bulan yang lepas gerak pemacu politik disetiap bahagian mula kelihatan  berusaha mendampingi segenap lapisan masyarakat sedaya upaya  namun tidak semudah apa yang mereka duga bagi memperolehi sokongan undi sebaik bertahun menghilang  dari pandangan pengundi setempat. 

Kru Media Terkini yang membuat tinjauan dibeberapa kawasan parlimen dimaklumkan ada sesama dalam GRS berpindah sesama sendiri didalam parti yang  mereka sertai bagaikan goyah disetiap peringkat bahagian mereka walaupun belum sampai masa pilihan raya. 

Menurut terbaharu yang melompat ialah pemimpin STAR Inanam Jeffry Kumin menyertai USNO dan Pemimpin STAR Tampaluri Jasmin Dulin juga menyertai USNO sama sama didalam Gabungan Rakyat Sabah. 

Media Terkini turut dimaklumkan Dun Inanam bakal diterajui ahli perniagaan yang berjiwa kental dan jujur pada rakyat melalui satu parti dalam BN pimpinan UMNO yang memiliki outonomi didalam parti tersebut untuk Sabahan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan menyebarkan tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan