Jumaat, 23 September 2022

KEBENARAN BERPIHAK ORANG YANG TELUS 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kemenangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional Malaysia dalam menghadapi empat puluh kes pertuduhan membuktikan beliau telah diaibkan namun semangat ahli ahli UMNO dan BARISAN NASIONAL seluruh negara kembali bangkit sama sama didalam perjuangan.

Cabaran Presiden Umno dan Pengurusi Barisan Nasional tersebut mendepani segala pertuduhan memberi satu kekuatan dan semangat sehingga terbukti kebenaran yang beliau dibebaskan dan dilepaskan hari ini, oleh badan kehakiman yang perlu digarap seluruh ahli UMNO dan BARISAN NASIONAL supaya berjuang sehingga keakar umbi menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia kebenaran yang memihak kepada pemimpin nombor satu berkenaan.

Umno dan Barisan Nasional hari ini mencapai kejayaan besar berikutan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjaya membersihkan nama beliau dengan pelbagai pertuduhan yang ditempuhinya, ianya juga memberi satu kekuatan dalam meneruskan perjuangan meyakini rakyat jelata Malaysia betapa Umno dan Barisan Nasional terus unggul dan perlu kembali diberi peranan memerintah negara Malaysia.

Umno dan Barisan Nasional Sabah dan Labuan juga perlu turun padang membawa mesej kepada seluruh lapisan rakyat jelata bahawa kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus didokong tanpa berbelah bahagi sebaik sahaja dibebaskan serta dilepaskan oleh badan kehakiman Mahkamah hari ini.

Amat jelas sekali pemimpin nombor satu Umno dan Barisan Nasional Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus berdiri memperjuangakan agenda bersama rakyat mengembalikan kekuasan kerajaan Barisan Nasional yang lebih mengutamakan seluruh rakyat jelata tanpa ada yang keciciran. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan