Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Umno
Misi Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno memperjuangkan parti bersama Barisan Nasional kini memperolehi sokongan padu masa kini namun masih memerlukan gerak gempur diperingkat akar umbi dan segenap lapisan masyarakat supaya kekal memberi sokongan UMNO dan Barisan Nasional dalam pru ke 15 akan datang.
Gandingan antara Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan dalam memperjuangkan UMNO dan BARISAN NASIONAL harus disertai dengan menggandakan usaha menemui semua lapisan rakyat terutama kepimpinan bahagian dan cawangan secara berkekalan.
Sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan sokongan rakyat Malaysia dengan UMNO BN kekal berpengaruh, sehingga hari ini sebaik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan menerajui kepimpinan tertinggi parti sokongan kekal teguh namun perlu diperkasa hubungan pada peringkat rakyat jelata bermula dari sekarang tanpa memberi ruang parti lawan memperdayakan ahli dan penyokong UMNO dan BARISAN NASIONAL khususnya dinegeri Sabah.
Menurut sumber maklumat dinegeri Sabah, Umno dan Barisan Nasional pada peringkat akar umbi muda dipengaruhi jentera parti lawan sebaik mereka merasa sukar bertemu dengan kepimpinan bahagian mereka, namun ianya boleh ditangani segera jika ada usaha pemimpin bahagian menemui rakyat jelata disetiap kawasan perumahan, perkampungan serta merta tanpa ada hentinya secara kekal.
Adalah menjadi tanggongjawab bersama jentera pusat diteruskan kepimpinan bahagian sampai keakar umbi rakyat jelata termasuklah warga kampung demi mengembalikan sokongan berkekalan sepanjang masa tanpa berpaling tadah terhadap parti lawan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan