Jumaat, 30 September 2022

PEMANDU BUS MINI KOTA KINABALU MENCABAR 

Oleh. Jopis Anak Lagau

Sabah. Masyarakat dalam negeri ini perlu bersatu menentang pemandu Bus Mini dari Kota KInabalu ke Telipok Ria yang membuatkan Bus Stop sebagai milik perkumpulan mereka tanpa 


 kenderaan lain  mahupun bus mini lain boleh mengambil penumpang diperhentian bus sepanjang Kota  Kinabalu ke Telipok Ria serta Rugading amnya.

Kejadian seumpama berlaku sepanjang tahun walaupun pelbagai aduan orang ramai dibuat namun pemandu bus mini terlibat umpama kebal dinegeri Sabah, selain dari itu pemandu bus berkumpulan ini bagai geng samseng mencabar orang awam yang tidak menaiki kumpulan bus mini mereka dengan perwatakan diri tidak berdisiplin sebagai pemandu ujar penduduk asli Sabah. 

Menurut orang asli Sabah yang ditemui, sepanjang laluan jalan lama Telipok Ria sampai ke Likas semua Perhentian Bus Mini sentiasa dipenuhi Bus Mini menunggu penumpang sepanjang hari bertukar ganti kumpulan mereka dengan perwatakan samseng ujar mereka. 

Berdasarkan saranan orang orang veteran keselamatan Sabah, semua pengguna Bus Mini perlu bersatu memboikot pemandu yang tidak beradab, pemandu yang kaki gaduh boleh diadukan kepada pihak berkuasa kerajaan dan Polis, JPJ dan LPKP supaya golongan terlibat boleh diambil tindakan setimpal dengan kesalahan mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan