Sabtu, 1 Oktober 2022

PENGUNDI CINA PENSIANGAN MENINGKAT 

Oleh. Jasly Dollah 

Pensiangan. Peningkatan sehingga 500 pengundi muda mudi etnik Cina seluruh kawasan parlimen pensiangan mampu memberi kemenangan kepada siapa juga calon Barisan Nasional jika terus didampingi golongan muda mudi terbabit setiap lawatan kepimpinan BN Sabah dan Malaysia amnya. 

Parlimen Pensiangan diwakili oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) didalam parti kompenan Barisan Nasional bersama UMNO, MCA dan MIC masa kini, walaupun  tidak banyak masyarakat Cina dikawasan Parlimen Pensiangan masa kini namun mereka merupakan penyokong tegar Barisan Nasional sejak sekian lama tanpa bertukar keparti lain ujar etnik Cina setempat. 

Ini diakui Dato' Wong Wai Yuan ketika dihubungi Media Terkini sebagai mendapat maklumat jumlah pengundi Cina dikawasan parlimen Pensiangan, kebanyakan pengundi parlimen Pensiangan adalah  kaum Murut dan Dusun yang teguh bersama BN menerusi PBRS sehingga masa kini walaupun terdapat juga kumpulan kecil penyokong parti parti pembangkang dalam dan luar negeri ujar penduduk setempat. 

Golongan pemimpin parti pembangkang masa kini terus berusaha meraih simpati dibeberapa kawasan parlimen Pensiangan terutama golongan yang sering tersisih dengan kunjungan para pemimpin bahagian UMNO, MCA, MIC dan PBRS yang sedaya upaya menemui warga penduduk dikawasan terlibat.

Apapun etnik diseluruh Parlimen Pensiangan mahupun Sabah amnya segenap pemimpin politik BN wajar berusaha mendampingi sebenar mereka yang memberi sokongan keatas perjuangan Barisan Nasional sepanjang masa sampai hari ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun  berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan