Khamis, 20 Oktober 2022

JALAN RAYA LUAR BANDAR MUSNAH  

Oleh. Helary Sukiono 

Sulawesi Selatan. Jalan Raya keperkampungan Barakah musnah tertimbus tanah runtuh melibatkan beberapa tiang letrik serta pokok pokok kayu berhampiran. 

Tragedi ini berlaku sejak beberapa minggu lepas akibat hujan kuat dari pergunungan sehingga beberapa kawasan tanah rendah runtuh akibat hakisan tanah tanah tinggi menggelonsor jatuh diatas jalan raya menuju ke desa Baraka. 

Kebanyakan kawasan tanah runtuh disepanjang jalan raya tersebut sukar dilalui kenderaan dan memerlukan pembaikan dari pemerintah seberapa segera ujar penduduk desa disepanjang jalan raya berkenaan.

Majoriti penduduk desa sepanjang jalan raya yang mengalami runtuhan adalah terdiri dari golongan petani malah ada juga golongan pekerja swasta serta berkhidmat dibeberapa kantor pihak pemerintah jelas warga desa setempat. 

Selain dari itu, warga desa juga mencadangkan supaya sepanjang laluan jalan raya mereka dibina perparitan konkrit yang terbaik agar terhindar dari kejadian tanah runtuh setiap kali berlaku hujan yang lebat terang penduduk setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa  kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan