Jumaat, 14 Oktober 2022

UPKO PH TURUN PADANG? 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Tunjang kekuatan parti politik adalah sokongan padu rakyat jelata yang sentiasa didampingi pemimpin parti politik sepanjang masa tanpa ada yang keciciran. 

Sebilangan penduduk negeri ini mendakwa UPKO menerusi kepimpinan baharu Datuk Ewon Benerdick Presiden baharu UPKO boleh menggerak jentera semua kepimpinan bagi menemui rakyat jelata dalam mendepani rakyat jelata menghadapi pru ke 15. 

Gabungan parti seperti UPKO, PARTI KEADILAN RAKYAT, AMANAH dan DAP mampu diterima rakyat jika kepimpinan mereka terus bergerak menemui dan mendengar keluhan rakyat didalam setiap kawasaan masing masing tanpa bermusim.  

Parti UPKO juga mampu diterima generasi muda mudi jika usaha diteruskan bagi mendampingi mereka sepanjang masa berdasarkan hubungan baik pemimpin berjiwa rakyat. 

Sehingga berita ini ditulis hanya beberapa pemimpin UPKO diperingkat bahagian dan cawangan yang kerap menghubungi Media Terkini Harian Malaysia sebagai rakan media tempatan jelas pemimpin UPKO berkenaan. 

Peluang UPKO dan PAKATAN HARAPAN meraih sokongan rakyat Sabah boleh digandakan jika mereka ada kemahuan meminta sokongan undi warga Sabah dalam pru kali ke 15 sebelum pembuangan undi berjalan dalam masa terdekat ini. 

Hanya para pemimpin UPKO dan PAKATAN HARAPAN mampu merangka jadual mereka dalam menemui seluruh rakyat Sabah dalam 26 kawasan parlimen termasuk pulau Labuan. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan