Sabtu, 22 Oktober 2022

MAMPUKAH DUA WAKIL RAKYAT PERTAHAN KERUSI? 

Oleh. Norsham Tukirin 

Tawau. Mampukah dua wakil rakyat Dun Kukusan dan Dun Sebatik yang keluar dari Parti Warisan Sabah membawa penyokong mereka menyertai parti baru yang mereka sertai. 

Adun Sebatik dan Adun Kukusan merupakan pemimpin Warisan sebelum menang dalam pilihan raya negeri yang lepas atas tiket Parti Warisan Sabah.

Kedua dua wakil rakyat terlibat menyokong Parti Harapan Rakyat Sabah dan menyokong Parti GRS sebaik keluar dan meletak jawatan didalam parti Warisan Sabah.

Ramai warga Kukusan dan Sebatik mempersoalkan adakah kedua Wakil Rakyat ini masih mampu mempertahankan kerusi tersebut didalam parti baharu mereka atau Warisan bakal merampas kerusi tersebut dalam pilihan raya negeri akan datang soal mereka.

Kru Media Terkini dimaklumkan warga Kukusan dan Sebatik masih ramai penyokong Parti Warisan Sabah, malah mereka mendakwa bukan senang mahu menewaskan Parti Warisan dikedua dua kawasan Dun tersebut ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan